REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI TRIBECA SERVICED SUITES BUKIT BINTANG

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI TRIBECA SERVICED SUITES BUKIT BINTANG

Banyak pilihan penginapan di Kuala Lumpur sebenarnya. Setiap pilihan adalah bergantung kepada kehendak masing-masing. Ada yang suka menginap di hotel mewah kerana inginkan layanan VIP, ada pula lebih gemar menginap di hostel kerana harga lebih murah dan mahukan feel seorang backpacker. Edisi #HotelHunting kali ini saya akan berkongsi pengalaman menginap di salah sebuah serviced suites terkemuka di Kuala Lumpur iaitu Tribeca Serviced Suites Bukit Bintang

Barangkali ada yang sudah pernah menginap disini dan ada yang tidak tahu kewujudan Tribeca Serviced Suites Bukit Bintang ini. Saya sendiri secara jujur tidak pernah tahu Tribeca Serviced Suites yang terletak di Jalan Imbi ini boleh ditempah sebagai penginapan walaupun sering melalui jalan ini.

Apa maksud Tribeca? Untuk pengetahuan semua, nama Tribeca ini diambil daripada nama Triangle Below Canal Street (singkatan Tribeca), sebuah kejiranan di Lower Manhattan, New York. Jadi Tribeca Serviced Suites Bukit Bintang diinspirasikan daripada vibe bandar Manhattan tapi ia menyuntik elemen ketimuran pada falsafah dan hospitaliti. Jadi Tribeca Serviced Suite Bukit Bintang adalah penginapan suite yang moden kontemporari sesuai buat anda yang mahukan percutian urban di tengah-tengah Kuala Lumpur. Sebagai info, Tribeca Serviced Suites Bukit Bintang diuruskan oleh Federal Hotel International, pengurusan yang sama yang mengendalikan Hotel CaPITOL Bukit Bintang dan The Federal Bukit Bintang.

LOKASI

Tidak sukar mencari lokasi Tribeca Serviced Suites ini kerana ia terletak di tepi Jalan Imbi dan berhampiran dengan The Ritz-Carlton Kuala Lumpur dan Dorsett Kuala Lumpur. Tersergam indah bangunan yang mempunyai 37 tingkat ini. Seperti yang saya nyatakan di awal tadi, lokasi Tribeca Service Suites Bukit Bintang ini yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur pada hemat saya cukup strategik. 

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI TRIBECA SERVICED SUITES BUKIT BINTANG

Ia juga mudah diakses dengan pengangkutan awam seperti Monorel dan MRT kerana cuma berjarak 10 minit berjalan kaki. Siapa yang tak kenal Bukit Bintang, syurga membeli belah dan makanan di tengah kotaraya yang sering menjadi tumpuan ramai. Bagi anda yang datang menaiki kenderaan sendiri, jangan risau kerana Tribeca Serviced Suites Bukit Bintang menyediakan ruang parkir buat anda. 

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI TRIBECA SERVICED SUITES BUKIT BINTANG
RUANG PARKIR MODEN

Urusan daftar masuk di lobi yang terletak di aras bawah cukup lancar. Kami turut diberikan pilihan menu sarapan pagi yang akan dihantar terus ke suite keesokkan pagi. Antara yang saya kagum tentang Tribeca ini adalah kawalan keselamatan dimana anda memerlukan kad akses untuk memasuki setiap pintu masuk dari pintu utama sehingga menaiki lif ke suite anda. 

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI TRIBECA SERVICED SUITES BUKIT BINTANG

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI TRIBECA SERVICED SUITES BUKIT BINTANG

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI TRIBECA SERVICED SUITES BUKIT BINTANG

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI TRIBECA SERVICED SUITES BUKIT BINTANG

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI TRIBECA SERVICED SUITES BUKIT BINTANG

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI TRIBECA SERVICED SUITES BUKIT BINTANG

DUO (2 BEDROOM SUITE)

Saya memilih untuk menempah di suite jenis Duo yang menyediakan dua bilik dengan satu katil bersaiz King dan satu katil bersaiz single memandangkan saya datang bertiga jadi pada saya Duo adalah pilihan tepat buat kami. Untuk suite jenis Duo yang saya tempah ini, ia mempunyai ruang tamu, ruang makan, dua bilik, sebuah bilik air. Terdapat pilihan suite lain buat anda seperti Studio Suite, Executive Suite dan Pinnacle Suite bergantung kepada kehendak anda kerana setiap suite mempunyai keluasan dan jenis katil berbeza. Menariknya, setiap suite didatangkan bersama penghawa dingin, ruang dapur dengan kemudahan untuk memasak, mesin basuh, seterika, peti ais, TV, internet. 

FASILITI

Antara fasiliti/kemudahan yang disediakan di Tribeca Serviced Suites Bukit Bintang adalah kolam renang dimana menariknya, ia mempunyai dua kolam renang iaitu Sun Deck di aras 32 dan Moon Deck di aras 37. Anda boleh melihat panorama KL dari sudut berbeza di kedua-dua tingkat. Tribeca Serviced Suite juga mempunyai kemudahan gimnasium, Zen Pod khusus buat anda yang mahu menjalaankan aktiviti seperti yoga, Social Pod untuk anda lepak santai, Business Pod sesuai untuk anda melakukan urusan kerja. 

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI TRIBECA SERVICED SUITES BUKIT BINTANG
MOON DECK

SUN DECK

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI TRIBECA SERVICED SUITES BUKIT BINTANG
SOCIAL POD

ZEN POD

Selain itu, Tribeca Serviced Suites turut mempunyai kemudahan salon rambut di aras 8 serta co-working space di aras 7. Anda rasa lapar, terdapat sebuah restoran menarik di aras G yang dipanggil Wizards At Tribeca atau berkunjung ke lounge bar di aras 8 yang dipanggil Flying Monkeys Bar. 

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI TRIBECA SERVICED SUITES BUKIT BINTANG
REGUS (CO-WORKING SPACE)

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI TRIBECA SERVICED SUITES BUKIT BINTANG
WIZARDS AT TRIBECA

SARAPAN PAGI

Penginapan saya di Tribeca Serviced Suites Bukit Bintang ini turut didatangkan dengan set sarapan pagi. Terdapat 5 pilihan set sarapan pagi untuk anda pilih bersama pilihan minuman dan jus. Kalau anda rasakan tidak puas,anda juga boleh masak sendiri kerana terdapat kemudahan dapur di suite ini. 

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI TRIBECA SERVICED SUITES BUKIT BINTANG

Secara jujur, saya cukup berpuas hati sepanjang berada di Tribeca Services Suites Bukit Bintang ini. Walaupun percutian hujung minggu sahaja, saya masih dapat menikmati rehat secukupnya. Malah saya dapat bersama rakan karib sepanjang hujung minggu sambal berborak dan masak bersama-sama. Kalau saya perlu membeli barang makanan, saya hanya perlu singgah di 7-Eleven yang berada di jauh dari bangunan ini. Sebelah bangunan Tribeca juga terdapat bank dan kedai makan. Cukup strategik. Kalau malas masak, pesan sahaja menerusi FoodPanda atau GrabFood.

Dekorasi suite cukup minimalis dan cukup selesa. My concern adalah tilam dan bantal yang empuk, jadi Tribeca menepati standard itu sehingga saya malas nak bangun tidur. Keperluan seperti perkakas memasak juga lengkap dan ini memudahkan saya untuk memasak dan menjamu selera bersama rakan-rakan.

Jika anda mencari penginapan untuk kumpulan kecil, Tribeca Serviced Suites Bukit Bintang pilihan penginapan terbaik buat anda. Selesa, privasi dan santai untuk anda bercuti bersama keluarga dan sahabat handai. Anda juga boleh menggunakan fasiliti seperti Zen Pod untuk sesi yoga atau zumba mahupun Social Pod sambal bermain pool bersama- sama. Selamat bercuti! 

REVIEW PENGALAMAN MENGINAP DI TRIBECA SERVICED SUITES BUKIT BINTANG

TRIBECA SERVICED SUITES BUKIT BINTANG 
215, JALAN IMBI, 
55100, KUALA LUMPUR. 

-

TELEFON: +603-2727 2288 

-

LAMAN SESAWANG RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 

#HOTELHUNTING #TRIBECAKL

0 Comments