Merancang untuk bercuti di Kuala Lumpur? Masih tak jumpa hotel atau penginapan menarik di Kuala Lumpur? Saya tahu antara masalah utama bila bercuti adalah mencari tempat penginapan yang sesuai. Pemilihan hotel menarik bergantung kepada beberapa faktor seperti lokasi, keselesaan, hospitaliti, masakan di hotel dan banyak lagi. Semuanya bergantung kepada individual preferences bukan! Edisi #HotelHunting kali ini saya akan berkongsi pengalaman menginap pada hujung minggu di hotel EQ Kuala Lumpur (EQ KL). Apa yang menarik di hotel EQ Kuala Lumpur ini? Adakah berbaloi menginap di hotel EQ Kuala Lumpur? Teruskan membaca bingkisan ini.
Kenapa memilih untuk menginap di hotel EQ Kuala Lumpur? Soalan menarik! Walaupun agak banyak hotel di Kuala Lumpur yang saya sudah inapi, namun hotel EQ Kuala Lumpur belum berada dalam senarai saya. Saya dimaklumkan bahawa hotel ini yang dahulunya dikenali dengan Equatorial Hotel sudah mengalami transformasi mega dari segi rekabentuk dalaman bangunan dan penjenamaan semula. Jadi pasti ini adalah masa terbaik untuk saya teroka apa yang menarik tentang EQ Kuala Lumpur yang serba baru ini.
Sebagai info, hotel EQ Kuala Lumpur merupakan hotel bertaraf 5 bintang ini sering menjadi tumpuan kepada mereka yang mempunyai urusan bisnes di Lembah Klang. Namun ia juga sering menjadi lokasi percutian santai di Kuala Lumpur buat keluarga dan juga sahabat handai yang mahukan suasana mewah dan elegen. Tidak susah mencari lokasi hotel EQ Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Sultan Ismail memandangkan saya selalu melalui jalan ini. Malah lokasi hotel EQ Kuala Lumpur yang berada dalam lingkaran segitiga emas ini mudah diakses dengan stesen monorel dan hanya berjarak 15 minit berjalan kaki ke mercu tanda Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas.
Melangkah keluar dari ruang lif, saya terus disapa oleh warga kerja hotel EQ Kuala Lumpur dan terus dibawa ke kaunter untuk daftar masuk. Bagus sungguh hospitaliti mereka. Tidak lekang dengan senyuman. I am impressed at the first sight! Ruang lobi tidak la terlalu besar tapi terasa aura mewah dan elegen. Urusan daftar masuk juga cukup lancar dan pantas. Lantas saya terus dibawa naik terus bilik hotel oleh salah seorang staf bertugas. Saya menempah bilik jenis Deluxe Room Twin Tower View kerana mahukan pemandangan indah dari bilik hotel. Sampai sahaja di bilik, staff bertugas terus menerangkan informasi asas mengenai bilik. Pertama kali saya menerima treatment sebegini. Datangnya pula dari hotel jenama tempatan. Oh ya! Sebagai info, EQ Kuala Lumpur dan hotel Equatorial Penang adalah hotel dibawah pengurusan syarikat tempatan sama dan jenama hotel ini telah wujud sejak 1971.
MAKAN MALAM DI NIPAH RESTAURANT
Memandangkan penginapan kali ini benar-benar mahu berehat, jadi saya malas mahu keluar dari bangunan mencari makanan. Maka, saya menempah makan malam di Nipah Restaurant yang terletak sama aras dengan ruang lobi. Percaya atau tidak,harga bufet yang ditawarkan semasa kunjungan saya adalah cuma RM88 net bagi seorang dewasa manakala kanak-kanak berusia 6- 12 tahun adalah separuh harga. Belum pernah saya jumpa mana-mana hotel bertaraf 5 bintang menawarkan harga bufet kurang daripada RM100 net walaupun di musim pandemik Covid-19 ini. Menarik bukan!
Nipah Restaurant menawarkan kepelbagaian sajian terbaik dari menu tempatan dan antarabangsa. Makan malam disini adalah berkonsepkan hidangan tanpa had dimana walaupun tersedia bufet, makanan akan dihidang kepada anda disebabkan ini adalah antara SOP yang telah ditetapkan. Saya suka dengan susun atur restoran ini yang memberi impak mewah dan privasi. Bicara soal menu, kegemaran saya adalah Sate Ayam dan Daging serta Roti Canai. Kualiti rasa dan tekstur cukup sempurna. Kedai terkenal jual sate pun kalah tau! Roti Canai pula macam roti canai di warung Melayu di kampung-kampung. Kalau di Nipah Restaurant, dua menu ini wajib dicuba! Makan malam di Nipah Restaurant berlangsung setiap hari dari jam 6 petang hingga 9.30 malam. Hubungi +603 2789 7839 atau emel ke dineateqkl@kul.equatorial.com untuk pertanyaan.
SKY15
Sesudah selesai makan malam di Nipah, saya lantas ke aras 51 kerana ingin mengabadikan momen di Sky51. Apa yang ada di aras 51 ini sehingga ia menjadi tular di media sosial? Sudah pastinya gemerlapan lampu di ruang ini pada waktu malam persis bintang di angkasa. Sky51 merupakan salah satu tarikan menarik EQ Kuala Lumpur dimana pada aras ini terdapat restoran Sabayon yang menawarkan sajian Eropah kontemporari. Pada aras sama terdapat sebuah bar yang diberi nama BLUE, KL’s latest bespoke speakeasy bar. Anda boleh berpesta sambil menikmati koktail bersaksikan panorama kota KL dari outdoor rooftop.
SARAPAN PAGI DAN HOTEL TOUR
Bangun awal pagi terus menuju ke Nipah Restaurant sekali lagi untuk menikmati sarapan pagi. Antara sajian yang saya cuba antaranya Lontong dan Roti Canai. Tidak dinafikan bahawa Roti Canai disini adalah antara terbaik yang pernah saya cuba.
Selain Nipah Restaurant, Sabayon dan Blue, EQ Kuala Lumpur juga mempunyai premis makanan lain iaitu Etoile yang lebih berkonsepkan kafe kecil dengan penawaran menu seperti grab-and-go menu, pastri dan roti segar, dan juga minuman panas & sejuk. Anda sukakan makanan Jepun, restoran Kampanchi. Wujud sejak 1974 dan menjadi pelopor sajian Jepun di Malaysia, Kampanchi menawarkan sajian asli masakan Jepun menggunakan ramuan berkualitit tinggi dibawa khas dari negara matahari terbit. Manakala Bottega, sebuah lounge hasil kolaborasi bersama jenama premium dari Itali yang terletak disebelah kaunter daftar masuk. Malangnya ia ditutup sepanjang PKP ini.
Sempat juga saya meninjau fasiliti yang terdapat di hotel EQ Kuala Lumpur ini antaranya Santrum Spa dan Santrum Fitness yang terletak di aras 29. Kalau anda masuk ke dalam Santrum Fitness, jangan lupa mencuba Aromatherapy Steam Bath, Himalayan Salt Sauna dan Tropical Monsoon Shower. Pada aras sama terletak juga kolam renang yang dipanggil INFINITY & VITALITY POOL.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #EQKUALALUMPUR #HOTELHUNTING
1 Comments
Lepas habis PKPB kita nak serbu hotel ni memang lama dah mengidam ni hehehe rasa lama dah tak bermalam kat hotel mewah macam ni hehehe tak ajak kita pun..
ReplyDelete