Zaman dahulu, jika kita mahu membeli barangan keperluan, kita harus ke kedai runcit mahu pun pasaraya. Namun kini, semua barangan yang mahu dibeli hampir boleh didapati secara atas talian. Malah trend ini nampaknya semakin disukai ramai dengan kehadiran pelbagai portal jualan atas talian. Saya tidak menafikan bahawa kaedah pembelian atas talian memudahkan pengguna. Anda tidak perlu memikirkan tentang tol, parkir, kesesakan lalulintas dan pastinya ia menjimatkan masa.
Antara portal jualan atas talian yang cukup terkenal di Malaysia adalah PG Mall. Saya sendiri adalah antara pengguna setia portal penjualan atas talian ini kerana ia menyediakan pelbagai produk seperti barangan dapur, fesyen, kelengkapan elektrik dan banyak lagi. Malah anda juga boleh membeli emas menerusi portal PG Mall ini.
Sebagai info, PG Mall merupakan platform e-dagang nombor satu di Malaysia sejak ia ditubuhkan pada tahun 2017 dan satu-satunya platform e-dagang milik anak tempatan yang bertapak di Malaysia. Menariknya, PG Mall berkonsepkan Consumerchant, pertama seumpamanya didunia dimana konsep ini menawarkan nilai tambahan kepada pembeli antaranya pulangan wang tunai (cashback). Dalam erti kata lain, jika anda membeli belah di PG Mall, anda dijanjikan ganjaran dalam bentuk pulangan wang tunai. Bukan itu sahaja! Anda juga berpeluang menerima pulangan wang tunai menerusi pembeli lain jika mereka mendaftar menerusi pautan rujukan yang anda kongsi. Menarik bukan?
Terbaru, PG Mall sedang menjalankan peraduan bagi produk Nestle yang dipanggil Top Spender Contest. Peraduan ini yang sedang berlangsung sehingga 31 Oktober 2020 menawarkan ganjaran menarik berupa baucar tunai kepada pelanggan yang membuat pembelian produk Nestle paling tinggi. Menariknya, Top Spender Contest ini menawarkan hadiah mingguan kepada 3 pemenang berupa baucar tunai RM80 dan 2 pemenang bulanan bakal memenangi baucar tunai bernilai RM150. Sebagai info, Nestle adalah antara stor atas talian rasmi yang terdapat di dalam portal PG Mall ini.
Antara produk keluaran Nestle yang terdapat di PG Mall adalah Nescafe. Jenama kopi ini sudah pastinya cukup sinonim dengan rakyat Malaysia. Malah saya sendiri adalah penggemar setia kopi Nescafe ini. Bila mengetahui adanya produk Nescafe di dalam PG Mall, sudah pasti ia menggembirakan hati saya kerana saya tidak perlu lagi bersusah payah ke kedai runcit atau pasaraya untuk membeli. Hanya beli dihujung jari!
Banyak juga pilihan produk Nescafe di dalam portal PG Mall ini. Saya hanya perlu mencari produk yang mahu dibeli dan masukkan dalam shopping cart. Saya membeli dua paket NESCAFE GOLD Creamy Latte 12x31g dan 2 paket NESCAFE Latte Hazelnut 20x24g. Menariknya, setiap produk ini diberikan hadiah berupa cawan ikonik NESCAFE berwarna merah secara PERCUMA!
Setelah selesai membuat pilihan produk, saya terus tekan butang checkoiut dan kemudian masukkan informasi seperti alamat penghantaran dan terus pilih mod pembayaran. Menariknya, terdapat pelbagai pilihan mod pembayaran yang boleh anda pilih samada secara pembankan atas talian, kad kredit atau e-wallet. Saya juga akan menerima notifikasi menerusi emel berkenaan pembelian dan juga boleh memantau proses penghantaran menerusi portal sehingga barangan sampai di depan pintu.
Masakan saya tidak jatuh cinta dengan PG Mall kerana pusat e-dagang ini bukan sahaja mesra pengguna, tetapi ia memberi penawaran harga murah dan variasi produk berkualiti. Tahukah anda, menurut laporan laman Iprice Insight, PG Mall berada di tangga ketiga platform membeli-belah yang paling utama di Malaysia dan juga platform membeli-belah terulung milik syarikat Malaysia yang sering dikunjungi. Jadi, terbukti PG Mall digemari oleh rakyat Malaysia. Jangan lupa ikuti Telegram PG Mall di
https://t.me/pgmall001 untuk info terkini.
LAMAN SESAWANG RASMI
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PGMALL #GAYAHIDUP
0 Comments