Edisi #HotelHunting kali ini saya sempat menginap di salah sebuah hotel yang cukup terkenal di Lembah Klang iaitu Dorsett Grand Subang. Kali ini agak istimewa kerana saya bukan menerjah bukan satu tetapi dua buah hotel dibawah pengurusan yang sama iaitu hotel Dorsett. Untuk bahagian kedua Hotel Hopping, selepas Dorsett Putrajaya, saya terus menuju ke Dorsett Grand Subang untuk percutian 3 hari 2 malam saya. Bagi anda yang terlepas bahagian pertama, boleh klik pautan dibawah ini.
DORSETT PUTRAJAYA:
https://www.thisisreef.com/2020/09/pengalaman-menginap-di-dorsett.html
Bagi anda yang pernah ikuti aktiviti Hotel Hunting saya, pasti perasan saya pernah menginap di hotel Dorsett Grand Subang sebelum ini. Kenapa masih mahu menginap disini untuk kali kedua? Sebagai mukadimah, Dorsett Grand Subang merupakan hotel bertaraf 5 bintang yang terletak di kawasan bandar kosmopolitan Subang Jaya. Hotel ini mempunyai 478 pilihan bilik dan suite berkonsepkan kontemporari menjadikan Dorsett Grand Subang pilihan terbaik samada untuk percutian santai atau urusan perniagaan. Klik pautan dibawah untuk tahu kisah lanjut penginapan saya di Dorsett Grand Subang sebelum ini.
Kali ini boleh saya katakan agak istimewa kerana percutian di Dorsett Grand Subang ini adalah ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Sudah pasti pengalaman kali ini sedikit berbeza memandangkan hotel harus patuh kepada SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Dari pintu masuk, bacaan suhu dan imbasan kod QR MySejahtera wajib dilakukan bagi memastikan anda bebas dari ancaman virus Covid-19. Ketika di kaunter daftar masuk juga warga kerja Dorsett Grand Subang memakai pelitup muka dan sarung tangan sebagai langkah pengecahan daripada wabak merebak. Seperti biasa, urusan daftar masuk cukup lancar dan tidak memakan masa lama. Saya telah menempah bilik jenis Club Room.
Bagi anda yang menggemari menu dim sum, promosi An Afternoon Dim Sum Affair ini wajib anda cuba! Promosi ini berlangsung dari hari Isnin sehingga Jumaat, dari jam 12 tengahari hingga 5 petang.
ROOM TOUR
Selesai minum petang di Piano Lounge, saya terus gerak ke bilik. Bilik Club Room yang berkeluasan 355 kaki persegi ini terletak di aras 16, sama aras dengan Premier Lounge. Saat melangkah masuk ke ruang bilik ini sudah membuat saya terpana. Club Room disusun atur dengan gaya moden dengan katil bersaiz king memberi ultra keselesaan buat tetamu. Bilik ini juga mempunyai panorama tasik, tab mandi dan juga kemudahan asas yang standard.
MAKAN MALAM DI THE EMPEROR RESTAURANT
Secara peribadi, saya tidak boleh menafikan bahawa Dorsett Grand Subang adalah antara hotel bertaraf 5 bintang yang pernah saya kunjungi. Sesuai dengan tanda pagar #DorsettHospitality , Dorsett Grand Subang pegang pada janjinya dengan memberi pengalaman indah menginap disini. Layanan mesra warga kerja, makanan yang lazat, keselesaan di bilik membuatkan saya mahu menginap lebih lama disini. Benar bak dikata, usia mematangkan kita, begitu juga dengan usia Dorsett Grand Subang yang sudah lama bertapak di bumi Subang ini. Walaupun lama, kualiti dari pelbagai aspek tetap dijaga. Tidak sia-sia kunjungan kali kedua saya menginap disini. Akan ada kunjungan seterusnya? Sudah pasti! Layari laman sesawang rasmi Dorsett Grand Subang untuk mendapatkan maklumat dan promosi terkini. Anda masih boleh nikmati promosi Dorsett 3 Wishes yang memberi nilai kepada wang anda. Selain itu, anda juga boleh menikmati pakej Elite Escapade pada harga bermula RM320 (single room occupancy) termasuk sarapan pagi dan pilihan makan tengahari atau makan malam. Emel kan pertanyaan anda ke reservation.subang@dorsetthotels.com atau telefon +603-50316060 . Selamat bercuti!
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #DORSETTGRANDSUBANG #STAYVIBRANT #HOTELHUNTING
2 Comments
Semoga abe kie pun akan diberi peluang menginao d hotel 5 bintang satu hari nanti.
ReplyDeleteAmin. Semoga ada rezeki menginap di Dorsett Grand Subang nanti.
Delete