Para tetamu di Dorsett Kuala Lumpur tidak perlu khuatir sepanjang penginapan anda kerana hotel ini telah menerapkan protokol ketat bagi kebersihan dan keselamatan sepanjang berada di dalam premis hotel seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Antaranya:
- Para tetamu wajib mengimbas suhu badan di semua pintu masuk premis di dalam bangunan.
- Wajib mendaftar dan mengimbas kod QR MySejahtera di semua pintu masuk semua premis dalam bangunan hotel termasuk restoran, gimnasium dan kolam renang.
- Sanitasi tangan diletakkan di kebanyakan sudut dalam bangunan hotel seperti di lobi, kaunter daftar masuk dan semua kawasan awam.
- Pembasmian kuman dan pembersihan dilakukan setiap hari ke atas semua penghawa dingin
- Mempertingkatkan kesedaran kebersihan di kalangan rakan sekerja
- Pembersihan secara kerap di kawasan lalu lintas tinggi dan kawasan titik sentuh
- Tetamu dan warga kerja wajib mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter
- Membuat tanda di semua lif untuk jarak fizikal termasuk notis info berkaitan nasihat kesihatan & keselamatan
- Wajib memakai topeng muka sepanjang berada di kawasan awam
- Setiap bilik hotel diseal sepenuhnya selepas pembersihan dilakukan sebelum tetamu baru menginap
- Peranti pembasmian sinar UV digunakan untuk membasmi kuman pada kad kunci bilik tamu dan pen hotel
Pensijilan Clean & Safe Malaysia telah diaudit oleh Bureau Veritas untuk meyakinkan para tetamu kami tahap kesihatan, keselamatan dan kebersihan yang ditetapkan telah dipenuhi dan pada masa sama memastikan ruang kerja yang selamat untuk warga kerja hotel melalui pendekatan yang konsisten.
Dengan pengumuman kerajaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 27 Oktober 2020, kemudahan rekreasi di hotel seperti kolam renang dan gimnasium ditutup. Selain itu, Checkers Café ditutup sehingga diberitahu kelak. Sarapan pagi dalam bentuk pembungkusan akan disediakan kepada para tetamu Dorsett Kuala Lumpur yang menempah bilik bersama sarapan pagi. Perkhidmatan Lunch-On-The-Go turut ditawarkan buat orang ramai, Untuk memesan, sila klik pautan ini: https://dorsettbooking.com/order/cart/order-cart.php?merchant=DKL . Maklumat lanjut, emel ke info.kualalumpur@dorsetthotels.com , layari laman sesawang dan media sosial Dorsett Kuala Lumpur.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #DORSETTKUALALUMPUR #DORSETTCARES
0 Comments