CIK MANGGIS PANJAT SYUKUR JADI DUTA XORRA BODY WASH: THE SCIENCE OF CARE - DOA DIMAKBUL SETELAH BERHIJAB

Cik Manggis duta Xorra Body Wash: The Science of Care, mandian berasaskan tumbuhan semulajadi dan bebas bahan kimia.

Sepanjang 5 tahun bergelar artis, Cik Manggis dari kumpulan Defam selalu mendambakan untuk menjadi duta produk. Walaupun sering berkerjasama dengan pelbagai produk untuk tujuan review namun beliau tidak pernah berpeluang menjadi duta sebarang produk. Malah pada awal penghijrahan Cik Manggis mengenakan hijab sepenuhnya, pernah terdetik samada industri boleh menerima perubahan ini atau sebaliknya. Namun beliau percaya kepada rezeki Yang Esa dan tidak pernah menyangka doa beliau yang teringin menjadi duta produk dimakbul apabila pihak Xorra Body Wash berbesar hati menjadikan Cik Manggis sebagai duta produk. 

Cik Manggis duta Xorra Body Wash: The Science of Care, mandian berasaskan tumbuhan semulajadi dan bebas bahan kimia.

Cik Manggis ditemui pada pelancaran produk Xorra Body Wash: The Science of Care telah berlangsung dengan suasana meriah baru-baru ini. Hadir sama adalah Puan Zohrah Razak selaku pengarah Urusan Farmasia Sdn Bhd yang menghasilkan Xorra Body Wash. Jelas Puan Zohrah Razak, pemilihan Cik Manggis adalah tepat kerana status beliau yang bekerjaya, isteri dan ibu adalah ciri-ciri yang ada pada 3 rangkain haruman Xorra Body Wash: The Science of Care. 

Cik Manggis duta Xorra Body Wash: The Science of Care, mandian berasaskan tumbuhan semulajadi dan bebas bahan kimia.

Cik Manggis duta Xorra Body Wash: The Science of Care, mandian berasaskan tumbuhan semulajadi dan bebas bahan kimia.

Idea menghasilkan Xorra Body Wash: The Science of Care tercetus apabila dunia terkesan dengan pandemik Covid-19. Semua sedia maklum bahawa ramai yang kehilangan kerja akibat wabak ini. Hal ini disedari oleh Pengarah Urusan Farmasia Sdn Bhd, Puan Zohrah Razak sehingga terpanggil untuk membantu mereka memulakan perniagaan sebagai cabang rezeki baru.

“Mulanya saya pun tidak terlintas untuk keluarkan produk kecantikan sendiri memandangkan syarikat saya sejak 2009 lagi menjadi pengedar ubat-ubatan ke seluruh negara. Namun dek kerana ingin membantu mereka mencari pendapatan sampingan atau utama, timbul idea untuk saya keluarkan produk di dalam bidang kecantikan.

“Maka lahirlah sabun mandian Xorra Body Wash kerana dari segi pasaran, saya melihat industri kecantikan sangat berkembang dan memudahkan mereka yang mahu berniaga untuk memasarkannya.

“Bagaimanapun syarikat kami bukan buat sesuka hati semata-mata pasaran yang besar dan sebagai syarikat yang berpengalaman dalam industri farmaseutikal, kami gabungkan kecantikan dan sains itu dalam Xorra Body Wash: The Science of Care,” jelas Puan Zohrah sendiri. 

Cik Manggis duta Xorra Body Wash: The Science of Care, mandian berasaskan tumbuhan semulajadi dan bebas bahan kimia.

Xorra Body Wash: The Science of Care didatangkan dalam 3 haruman yakni Rose Petals, Morning Breeze dan Sakura Spring. Ketiga-tiganya mempunyai haruman perfumes yang berbeza dan tahan lama. Sabun mandian Xorra Body Wash ini sangat berbeza daripada apa yang sudah ada di dalam pasaran tempatan terutama kandungannya yang berasaskan tumbuhan dan alam semulajadi, selain haruman tadi. Ini kerana Xorra Body Wash menggunakan ekstrak tumbuhan dan berasaskan alam semulajadi seperti ekstrak ros dan minyak argan yang sangat baik untuk kulit manusia. 

Cik Manggis duta Xorra Body Wash: The Science of Care, mandian berasaskan tumbuhan semulajadi dan bebas bahan kimia.

Xorra diambil daripada perkataan Arab, ZAHRAH yang bermaksud BLOSSOM atau KEMBANG. Biarpun setiap pagi kita melihat bunga yang kembang tetapi ramai yang tidak tahu tentang keunikan essence di sebalik itu. Warna, haruman dan tenaga kembangan bunga itu menjadi inspirasi kecantikan Xorra.

“Kami mempunyai fasiliti pengilangan, makmal dan kumpulan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang mampu mengeluarkan produk berkualiti. Kami menggunakan kelebihan kami dalam bidang teknologi peralatan perubatan untuk menghasilkan formulasi rangkaian XORRA. So, XORRA is really the SCIENCE OF CARE,” katanya.

Anda boleh mendapatkan produk Xorra Body Wash: The Science of Care dipasaran sekarang yang didatang dalam saiz 300ml setiap botol dan dijual pada harga RM148 untuk set tiga botol. Layari laman sesawang https://www.xorrabeauty.com dan media sosial rasmi Xorra Beauty untuk informasi lanjut. 

Cik Manggis duta Xorra Body Wash: The Science of Care, mandian berasaskan tumbuhan semulajadi dan bebas bahan kimia.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #XORRABEAUTY #PRODUK

0 Comments