WAJIB CUBA SIMPLO FRIED CHICKEN M3 SHOPPING MALL, MEMANG SEDAP!






Sudah lama tidak menerjah tempat makan sedap dan menarik di Lembah Klang. Jadi baru-baru ini saya berada di kawasan Taman Melati Gombak atas urusan kerja. Secara jujur, sejak saya berhijrah ke Kuala Lumpur, belum pernah saya makan di kawasan Taman Melati, Gombak. Nak dijadikan cerita, kunjungan saya ke M3 Shopping Mall Taman Melati sebenarnya mahu ke Jalan Jalan Japan. Bagi anda yang tidak tahu, Jalan Jalan Japan merupakan kedai yang menjual produk barangan terpakai (secondhand) yang mana barang-barangya diimport terus dari Jepun.

Sedang saya berjalan menaiki escalator, terpandang sebuah kedai makan bernama SIMPLO Fried Chicken yang terletak di aras 1 M3 Shopping Mall. Belum pernah saya dengar lagi jenama SIMPLO ini. Kebetulan pula saya belum makan tengahari, jadi saya mengajak rakan-rakan untuk menjamu selera dahulu sebelum meneruskan rancangan menerjah Jalan-Jalan Japan.








Kedai makan SIMPLO Fried Chicken tidaklah terlalu besar. Pada saya ruang kedainya just nice dan yang paling penting selesa. Setelah diberikan menu, kami lihat pilihan yang ditawarkan tidak mengecewakan. Senang kata, terdapat variasi menu disini. Kami memesan beberapa menu untuk dicuba. Setiap menu yang kami pesan didatangkan dengan minuman Teh Ais. Sempat juga saya bertanyakan kepada staf bertugas apa menu signature disini. Jelasnya, ayam goreng disini adalah antara menu wajib cuba di SIMPLO kerana kualiti rasa setanding dengan jenama ayam goreng terkenal. Setiap portion menu disini agak besar pada saya, kiranya berbaloi dengan harga.


SIMPLO'S MUSHROOM SOUP & GARLIC BREAD


Kami buka selera dengan sajian barat yang cukup sinonim dikalangan masyarakat Malaysia. Saya sukakan rasa sup cendawan di sini. Malah kuah supnya cukup likat. Tidak sah makan sup cendawan tanpa roti bawang putih bukan? Nikmatnya berganda-ganda!


SIMPLO’S SALTED EGG CHICKEN RICE 


Di Malaysia, menu salted egg memang cukup terkenal malah banyak menu telah diolah menggunakan telur masin ini. Tidak mahu ketinggalan memberi apa yang pelanggan mahu, SIMPLO menawarkan menu ayam dimasak bersama telur masin dan dimakan bersama nasi panas. Nasi nya cukup peroi dan harum dan ayam Salted Egg cukup rasa! 


SIMPLO'S FRIED CHICKEN NASI LEMAK 


Ini satu lagi menu kebanggaan rakyat Malaysia. Bukan senang mahu menghasilkan nasi lemak yang asli dan enak namun SIMPLO berjaya menawan selera saya. Nasinya cukup lemak, sambal nya cukup rasa pedas, manis dan masin ditambah pula dengan timun dan telur rebus. Pelengkap menu adalah SIMPLO Fried Chicken yang menjadi signature kedai makan ini. MUST TRY! 


SIMPLO’S FRIED CHICKEN HAINAN RICE 


Biasa kita makan Nasi Ayam Hainan, tapi SIMPLO mencipta kelainan dengan menawarkan Nasi Hainan dengan ayam goreng istimewa SIMPLO. Ketul ayam yang rangup dengan isinya yang segar dan juicy makan bersama Nasi Hainan yang berbau harum panas-panas memang layan! 


SIMPLO’S SWEET & SOUR CHICKEN RICE 


Biasa kita makan masakan masam manis dengan ikan tetapi SIMPLO mengubah selera dengan menggunakan isi ayam dan ternyata eksperimen ini berjaya! Isi ayam segar dimasak dengan kuah masam manis memang membangkit rasa. Makan pula dengan nasi panas memang tiada istilah diet dalam kamus! 


SIMPLO’S KUM HEONG CHICKEN RICE 


Terus terang saya katakan masakan Kum Heong disini memang terbaik! Ia dimasak sempurna dan cukup rasa! 


Sungguh tak disangka, sedap sungguh kesemua menu yang kami pesan di SIMPLO. Keenakan rasa setiap menu seperti dimasak oleh chef terkemuka. Malah boleh saya katakan kualiti rasa menu di SIMPLO Fried Chicken ini lebih baik daripada sesetengah restoran mewah. Malah, sewaktu kedatangan kami ke sini, kedai SIMPLO penuh dengan pelanggan. Ini adalah antara bukti bahawa SIMPLO Fried Chicken mendapat sambutan baik dikalangan penggemar makanan. Harga yang ditawarkan juga cukup mampu milik.

Jadi kalau anda buntu nak makan apa di kawasan Taman Melati atau Gombak, boleh singgah di SIMPLO yang terletak di aras 1 M3 Shopping Mall ini. Percayalah anda pasti terpukau dengan rasa menu masakan di sini. 


LOKASI SIMPLO FRIED CHICKEN 
LOT L1-07, M3 SHOPPING MALL, 
JALAN MADRASAH, TAMAN MELATI, 
53100 KUALA LUMPUR. 


LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #FOOD #SIMPLOFRIEDCHICKEN #SEDAPGILER

0 Comments