TIDAK PERNAH MINTA KELUARGA TAJA - WISMA MUTYARA BUKTI TYA ARIFIN DAN ASYRAF KHALID SERIUS DALAM BISNES!







Bukan senang untuk jadi senang. Walaupun suami beliau adalah anak kepada usahawan terkenal ditambah pula menjadi menantu kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Tya Arifin bersama suami, Asyraf Khalid tidak pernah mengambil jalan pintas untuk berjaya dalam bisnes. Bagi Tya menyelak kembali perjalanan hampir tiga tahun menjalankan perniagaan bersama suami hingga memiliki wisma sendiri bukan satu kejayaan mudah.

Jika ikutkan semangat membara dalam diri, sejak awal fasa berniaga lagi sudah bercita cita miliki wisma sendiri. Namun, seperti pepatah dari Indonesia berbunyi, tiada hasil yang mengkhianati usaha, Tya boleh tersenyum bangga kerana apa yang diraih kini sudah membahagiakan diri.

Ironinya, kejayaan yang datang pada hari ini tidak datang bergolek. Menepis pelbagai skeptikal yang datang bertalu-talu, menantu kepada usahawan terkenal Datuk K atau Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini berjaya melawan segala cabaran mendatang. Bertemunya pada majlis pelancaran Wisma Mutyara pada 5 September, Tya menarik nafas lega dan memanjat kesyukuran atas rezeki diperoleh.






Impian dan kini realiti memiliki wisma sendiri yang tersergam megah di Puchong menerusi perniagaan jenama Mutyara diusahakan bersama suami akhirnya membongkar kisah yang tidak pernah dikongsi Tya Arifin selama ini. Aktres dan ahli perniagaan kelahiran Palembang, Indonesia berusia 26 tahun ini sebenarnya pernah mempersoalkan apakah hidupnya hanya sekadar bergelar isteri dan ibu semata mata sebelum ini.

Ironinya, perkenalan selama setahun setengah ketika bibit cinta bersulam antaranya dan suami, Asyraf Khalid mengubah drastik kehidupan dan kerjaya seninya yang sudah mekar di tanah kelahiran sendiri. Jodoh panjang antara Tya dan Asyraf akhirnya menyatukan mereka pada November 2015. Pasangan ini juga dikurniakan sepasang cahaya mata comel, Arif Jiwa, 3, dan Azzahra Jiwa, setahun lebih sekaligus menjadi pelengkap kebahagiaan.







“Saya bukanlah datang daripada keluarga yang senang. Jadi sebelum ini pun saya mencari rezeki untuk membantu keluarga. Datang ke Malaysia juga saya perlu membiasakan diri dengan kehidupan di sini. Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya juga ketika itu bergelut antara cintakan keluarga serta kerjaya seni dan masa depan bersama suami.

Jujur pada awal fasa perkahwinan, saya pernah bertanya kepada suami, hidup saya saat itu untuk apa? Saya pernah seperti rasa hilang punca. Takkan saya hanya mahu menjadi isteri yang hanya menunggu kepulangan suami di rumah. Sedangkan saya sangat aktif ketika hidup solo. Saya tidak betah duduk diam. Bagaimanapun perasaan itu bukan bermaksud menyesali setiap keputusan yang dibuat. Cuma saya sentiasa percaya hidup ini perlu diteroka dan bukan hanya duduk berpeluk tubuh. Pasti ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan,” katanya.

Ternyata pengorbanan dan keputusan Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandri membuka 1001 hikmah tersendiri saat melahirkan anak lelaki sulungnya.

“Kehadiran Arif boleh saya anggap satu hadiah dan isyarat yang cukup berharga. Posisi ibu mulai mengubah dimensi hidup saya. Menceburi dunia perniagaan Mutyara pada April 2018 juga mula membuka skop hidup saya jadi lebih luas. Ilham cetusan perniagaan jus kesihatan yang diwarisi dari keluarganya secara turun temurun membuka satu langkah bermakna,” jelas Tya.
“Saya sendiri bergelut memulakan perniagaan bersama suami. Maklumlah buat sendiri itu ini. Ada kalanya percaturan kita menjadi dan begitulah sebaliknya. Saya percaya ia adalah proses. Berguru dengan pakar pemasaran serta mentor usahawan, Dr Azizan Osman menyuntik keyakinan saya dan suami hari demi hari!”.
“Alhamdulillah apa dilakukan itu penuh berkat. Saya buat apa saja, Allah permudahkannya sampai jadi. Jadi dalam tempoh dua tahun lebih untuk memiliki wisma sendiri saya masih anggap satu kejayaan dan pencapaian peribadi,” katanya.







Sebagai imbasan, perniagaan Mutyara ini awalnya hanya bermula di sebuah rumah di Cyber Jaya dan seterusnya berpindah ke lot pejabat di kawasan sama sekitar awal tahun. Namun apabila perniagaan Mutyara semakin berkembang, Tya bersama suami sepakat untuk mewujudkan sebuah wisma khas bagi merencanakan perniagaan Mutyara ini.

“Pada akhirnya soal lambat atau cepat sudah tidak saya fikirkan dalam merealisasikan kewujudan wisma sendiri. Saya percaya ia sudah tersusun cantik dengan izin-Nya. Ia datang pada waktu yang tepat sudah buat saya optimis memastikan kelangsungan perniagaan diusahakan,” katanya.

Lebih utama Tya menekankan setiap kerja dilakukan bersama suami tercinta dizahirkan dengan penuh kejujuran. Malah niat asal beliau bersama suami memulakan empayar perniagaan bukan sekadar mahu mengubah nasib hidup sendiri malah mahu membantu mereka yang berdepan masalah kesihatan. Pada masa sama, Tya dan suami mahu membantu orang ramai khususnya suri rumah sepenuh masa menjana pendapatan sampingan.








Tya kini juga turut bertindak menjadi pembimbing mereka yang mula berjinak jinak mahu jadi usahawan Mutyara. Lebih membanggakan lagi, Mutyara kini sudah mempunyai lebih 6000 usahawan dibawah bimbingannya termasuk di Singapura dan dijangka cabang perniagaan ini akan diperluas ke Indonesia, Brunei dan Australia.

“Alhamdulilah sejak enam bulan lalu saya juga bertindak menjadi mentor membimbing usahawan Mutyara tanpa latar belakang perniagaan menjana pendapatan tanpa modal. Ada antara mereka yang mampu membuat pendapatan sampingan mencecah RM100,000 sebulan dengan menjual rangkaian produk Mutyara.”

“Saya kalau boleh nak tarik lagi golongan sebegini termasuk suri rumah untuk terus meningkatkan taraf hidup. Di tambah dengan situasi pandemik Covid 19 ramai yang terkesan. Tapi kita boleh ubah semua itu dengan sertai kami di Mutyara sebagai stokis dan dropship,” katanya.

Bagi Tya biarpun dilihat masih hijau dalam arena diceburi, wanita ini juga tidak malu mengaku pernah gagal.

“Saya pernah melihat perniagaan diceburi suami sebelum ini ada antaranya turut kecundang di tengah jalan. Suami pernah gagal dan kami pernah sama sama susah. Kejayaan itu tidak datang bergolek. Tewas itu juga jadi ruang saya bermuhasabah diri.

“Mak saya selalu pesan sentiasa ikut resmi padi. Semakin berisi, semakin menunduk." 
“Namun untuk saya mahu memastikan legasi ini kebal dan konsisten sudah cukup baik. Semoga kemanisan ini akan terus berpanjangan. Saya beruntung kerana banyak belajar erti hidup dan sepak terajang dunia perniagaan dengan suami. Dia kekuatan saya,” katanya.

Produk jus kesihatan Mutyara ini terlebih dahulu dipasarkan dalam format botol. Bagaimanapun pada hujung tahun ini, pihak Mutyara bakal menghasilkan pilihan dalam bentuk pek mudah bawa kepada pengguna. Bagi anda yang mahu mendapatkan produk Mutyara, layari www.mutyara.com atau klik https://bit.ly/2Q5nJ2h untuk memulakan perniagaan tanpa modal dan dibimbing bersama Mutyara. Hubungi ditalian 018-2789277 untuk pertanyaan lanjut.



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SEJARAHMUTYARA #BISNES

0 Comments