Perayaan Kuih Bulan atau dikenali juga dengan perayaan Pertengahan Musim Luruh (Mid-Autumn Festival) bakal menjengah kalendar tidak lama lagi. Pastinya masyarakat Cina teruja menantikan kedatangan perayaan istimewa ini. Sebagai info, Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (1280 Sebelum Masihi - 1341 Masihi. Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalendar Cina dan ia biasanya disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan dan tidak lengkap sambutan perayaan tanpa hidangan kuih bulan.
Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Secara asasnya, kuih bulan adalah manisan yang diperbuat samada inti kacang merah, adunan biji teratai atau kuning telur masin. Kini, penghasilan kuih bulan telah mengalami transformasi sejajar dengan peredaran masa.Sebagai pelopor kuih bulan berasaskan teh, Purple Cane cukup teliti dalam memastikan kualiti kuih bulan terpelihara. Dauh teh akan dikisar menjadi serbuk halus dan kemudiannya akan dicampur dengan bahan istimewa untuk menghasilkan kerak pastri yang lazat. Pelengkap rasa, pilihan inti samada pes kacang merah, pes teratai dan pelbagai jenis kacang. Kelebihan kuih bulan Purple Cane adalah ianya tidak terlalu manis, rendah kandungan lemak dan bebas bahan pengawet.
Terbaru, Purple Cane menghasilkan kuih bulan teh kurang manis yang cukup lazat. Saya secara peribadi cukup menggemarinya kerana selain tidak manis, rasanya seolah-olah seperti Teh Tarik. Pastinya kuih bulan edisi terbaru ini bakal menjadi popular kelak kerana teh cukup dekat di hati rakyat Malaysia. Anda juga boleh mencuba kuih bulan Green Tea Dates Paste, Green Tea Assorted Nuts, Black Tea Red Bean Paste, White Tea Purple Potato Lotus Paste, Rose Tea Bamboo Charcoal Lotus Paste, Blue Butterfly Pea Flower Tea Pandan and Golden Yolk Custard Lotus Paste dan Green Tea White Lotus Paste.
TEA MOONCAKE SET B (6 IN 1)
Pakej ini mengandungi:
- 1 pc Green Tea Dates Paste Mooncake
- 1 pc Green Tea Assorted Nuts Mooncake
- 1 pc Black Tea Red Bean Paste Mooncake
- 1 pc White Tea Purple Potato Lotus Paste Mooncake
- 1 pc Rose Tea Bamboo Charcoal Lotus Paste Mooncake
- 1 pc Blue Butterfly Pea Flower Tea Pandan and Golden Yolk Custard Lotus Paste Mooncake
DELIGHTFUL AUTUMN TEA MOONCAKE GIFT SET
- 1 pc Red Bean Paste with Dried Tangerine Peel and Double Yolk Puer Tea Mooncake (185g *Non-vegetarian)
- 1 pack Puer Tea (75g)
- FREE Lantern Riddles & 1 Cane's Tea Bag
TEH KURANG MANIS MOONCAKE (100G)
ROSE HERBS TEA PWP (100G)
Alamai rasa segar dalam setiap sisipan air teh herba ros dari Purple Cane. Produk ini didatangkan khas dari Shandong China dan ia bebas kafien.
GREEN TEA PUMPKIN SEEDS
Biji labu terpilih yang dipanggang khas dengan serbuk teh hijau, rasa yang enak tanpa bahan tambahan. Pasti pilihan terbaik untuk makanan ringan yang sihat.
Pastinya perayaan Kuih Bulan/Mid-Autumn Festival tahun ini lebih meriah dengan variasi kuih bulan daripada Purple Cane. Selain menjadi sajian di meja pada hari perayaan, kuih bulan Purple Cane cukup ideal dijadikan hadiah buat yang tersayang atau jiran tentangga. Jadi apa tunggu lagi! Segera dapatkan kuih bulan halal daripada Purple Cane di mana-mana cawangan Purple Cane berhampiran anda atau secara atas talian.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PURPLECANE #PRODUK
0 Comments