RESTORAN HADRAMAWT PALACE BUKIT BINTANG SAJI HIDANGAN TRADISI TIMUR TENGAH DARI YEMEN DAN LUBNAN!






Malaysia bukan sahaja terkenal dengan kepelbagaian bangsa dan budaya, malah negara ini meriah dengan variasi pilihan makanan dari serata dunia. Hampir semua sajian dari pelusuk dunia ada terdapat di Malaysia dan antara yang cukup digemari ramai adalah makanan dari Timur Tengah. Ini dapat dibuktikan dengan kewujudan banyak restoran yang menyajikan makanan Arab ini di setiap ceruk khususnya di Lembah Klang.

Jika anda penggemar makanan Timur Tengah, saya percaya restoran Hadramawt Palace tidak asing lagi bagi anda. Restoran Hadramawt Palace yang tersergam indah bak istana ini di Jalan Bukit Bintang menawarkan variasi hidangan tradisi dari Yemen, Syria dan Lubnan. Menariknya, restoran Hadramawt Palace ini dibuka khusus untuk semua peringkat umur. Samada anda datang berkeluarga mahupun dengan sahabat handai, restoran Hadramawt pilihan terbaik untuk anda menjamu selera secara santai.






Sebagai info, restoran Hadramawt Palace Jalan Bukit Bintang ini telah beroperasi sejak 2011 dan terus mencuri tumpuan bagi penggemar makanan Arab dab Timur Tenggah khususnya warga Kuala Lumpur mahupun pelancong dari luar. Malah mereka jenama ini turut mempunyai cawangan di Melaka dan juga di Jakarta. 










Ruang restoran ini cukup besar dan selesa serta boleh menampung 300 pelanggan pada satu masa. Mahu kan lebih privasi? Jangan risau kerana di restoran Hadramawt Palace ini tersedia sebuah bilik VIP yang boleh menampung sehingga 8 orang dengan kadar bayaran istimewa dikenakan. 







Jika anda penggemar sisha, restoran Hadramawat Palace adalah pilihan terbaik anda kerana mereka menyediakan ruang khas yang cukup selesa serta pelbagai pilihan perasa seperti epal, pudina, tembikai, strawberi dan banyak lagi tersedia buat anda. Jadi sudah pasti restoran Hadramawt Palace ini cukup sesuai untuk anak muda yang mahu lepak santai bersama rakan-rakan. Surau dan juga ruang parkir juga disediakan buat pengunjung. 



Menu yang ditawarkan di restoran Hadramawt Palace merangkumi dari pembuka selera, masakan panggang, pilihan nasi selera Timur Tengah dan banyak lagi. 


Buka selera anda dengan pembuka selera berasaskan sayuran segar dan berkhasiat diadun bersama minyak zaitun terpilih, habbatus sauda, pati bijan dan jus lemon segar. Menu seperti Fatush, mutabal, Hummus antara pilihan yang wajib dicuba. Tidak sah jika ke restoran makanan Arab jika tidak memesan roti Mullawah. Jadi jika anda di restoran Hadramawt Palace, jangan lupa pesan ya! 








Banyak lagi menu menarik yang wajib anda cuba disini seperti Nasi Mandy Ayam, Nasi Mandy Kambing, Nasi Briyani, Nasi Maqluba, menu panggang seperti Shish Tawook dan banyak lagi. Nikmati juga sajian pencuci mulut seperti Masoob, Mohalabia dan Baklava. 









Restoran Hadramawat Palace juga menawarkan servis penghantaran terus ke hadapan pintu rumah atau pejabat anda dengan 3 pilihan set Bawa-Pulang. Malah mereka juga menjalankan perkhidmatan catering untuk sebarang majlis.









Jika anda punya kelapangan, jangan lupa bawa keluarga atau rakan untuk berkunjung ke restoran Hadramawt Palace Kuala Lumpur kerana anda pasti terpesona dengan keenakkan dan rasa asli menu dari Timur Tengah ini. Hubungi restoran Hadramawt Palace Kuala Lumpur di talian 03-2143333 atau cawangan Melaka di talian 06-2866662 untuk tempahan dan informasi lanjut.


LOKASI RESTORAN HADRAMAWT PALACE KUALA LUMPUR 
LOT NO. 251, JALAN BUKIT BINTANG, 
55100 KUALA LUMPUR.

LAMAN SESAWANG RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #HADRAMAWTPALACE #FOOD


0 Comments