RAWATAN LASER HILANG PARUT MUKA DI SLIQ CLINIC






Semua mendambakan kulit muka yang bebas dari sebarang cela. Senang kata, semua orang mahukan kulit muka yang cantik dan sihat. Namun ia bukanlah semudah yang disangka. Rutin penjagaan kulit muka yang konsisten, pemakanan, persekitaran, gaya hidup adalah antara faktor yang harus diambil kira bagi memastikan kulit muka kekal sihat dan anjal.

Seperti saya, kulit muka merupakan antara bahagian penting kerana memiliki kulit wajah yang sihat dan cantik dapat memberi keyakinan diri terutamanya bila berhadapan dengan orang ramai. Tambahan pula dengan usia yang hamper menganjak ke umur 40 tahun, penjagaan lebih rapi adalah perlu. Walaupun saya jarang diserang dengan masalah jerawat, tapi masalah utama yang saya hadapi adalah bekas parut jerawat di usia muda dan jeragat kecil yang sudah mulai timbul. Ya, ia sedikit sebanyak meresahkan saya kerana jika saya tidak mengatasi masalah ini, saya bimbang, kulit wajah saya akan tua sebelum usia.

Atas sebab itu, saya mengambil kesempatan untuk menjalani rawatan di klinik estetik terkemuka di Kuala Lumpur iaitu Sliq Clinic yang terletak di KL Eco City Mall. Kenapa Sliq Clinic menjadi pilihan? Klinik estetik ini telah dicadangkan oleh rakan saya kerana beliau cukup selesa dan berpuas hati menjalani rawatan di Sliq Clinic. Jadi tidak salah untuk saya mencuba bukan?









Setelah selesai mengisi borang, saya terus dibawa masuk ke bilik doktor untuk tujuan konsultansi. Perbualan saya bersama Dr. Steve Chia, Pengarah Perubatan Sliq Clinic cukup rancak dengan pelbagai informasi diberikan mengenai kondisi sebenar kulit muka saya. Pada masa sama, saya baru tahu yang saya memiliki kulit jenis kering dan kombinasi. Selama ini saya sangkakan kulit muka jenis berminyak kerana dibahagian dahi sering berminyak. Jelas Dr. Steve Chia, kulit kering juga boleh menghasilkan lebihan minyak kerana kulit akan berkerja keras untuk menghasilkan kelembapan pada kulit. Jadi pemilihan dan penggunaan produk penjagaan kulit yang betul adalah penting. Setelah berbincang, Dr. Steve Chia menyarankan saya melakukan rawatan laser bagi mengurangkan parut di muka atau dipanggil Scar Laser Treatment. Rawatan ini dapat membantu memperbaiki struktur kulit wajah dan pada masa sama mengurangkan tona parut dan jeragat. 

SESI KONSULTANSI BERSAMA DR. STEVE CHIA

SEBELUM RAWATAN KENA FAHAM INI

SEBELUM TANDATANGAN BORANG

AMBIL GAMBAR SEBELUM RAWATAN





Sebelum rawatan dibuat, wajah saya akan diimbas menggunakan mesin khas bagi mengenalpasti masalah sebenar kulit wajah saya. Kemudian, saya terus dibawa masuk ke dalam bilik rawatan untuk proses mencuci muka dan supaya kulit bebas dari sebarang bahan kimia. Selesai sahaja mencuci muka, kulit muka saya disapu dengan krim kebas selama lebih kurang 30 minit. Rawatan laser ini tidak mengambil masa lama iaitu sekitar 15 minit sahaja. Sliq Clinic menggunakan mesin laser Deka yang sememangnya terkenal sebagai mesin laser dalam dunia perubatan dan terapi. 

MESIN IMBAS MUKA UNTUK TAHU MASALAH KULIT

MESIN LASER DEKA DIGUNAKAN DI SLIQ CLINIC

TIDAK SAKIT SAMA SEKALI

15 MINIT SAHAJA MASA DIAMBIL




Selesai laser, kulit muka saya akan disapu dengan dengan gel dan menjalani proses penyejukan bagi mengurangkan kemerahan pada kulit muka kesan dari laser tadi. Akhir sekali, kulit muka saya disapu dengan krim pelindung matahari bagi menghindar dari sinar UV. 

SESI PENYEJUKAN UNTUK KURANGKAN KEMERAHAN
 
INILAH MESIN UNTUK SESI PENYEJUKAN TADI





Secara peribadi, walaupun kesan rawatan laser untuk parut dimuka ini dapat dilihat selepas tempoh 1 minggu, namun saya dapat lihat perubahan drastik selepas menjalani rawatan di Sliq Clinic. Tidak dinafikan bahawa kulit wajah saya lebih baik berbanding sebelum ini. Namun saya perlu menjalani beberapa sesi rawatan lagi bagi memastikan kulit saya benar-benar bebas dari parut dan jeragat. Apa-apa pun, saya cukup berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Sliq Clinic ini. Mereka cukup professional, mesra pelanggan dan pastinya klinik ini cukup selesa. 


Jika anda yang mengalami masalah parut di muka kesan jerawat lama atau juga mempunyai masalah jeragat, saya sangat menyarankan anda melakukan rawatan laser di Sliq Clinic yang mempunyai dua cawangan iaitu di KL Eco City Mall dan juga di Ara Damansara Petaling Jaya. Anda boleh layari www.sliqclinic.com untuk mendapatkan informasi lanjut berkaitan jenis rawatan dan promosi terkini.


LOKASI SLIQ CLINIC KL ECO CITY 
L1-13 KOMPLEKS PERNIAGAAN, 
NO. 3, JALAN BANGSAR, KL ECO CITY, 
59200 KUALA LUMPUR. 




WAKTU OPERASI: 
10 PAGI HINGGA 8 MALAM 
(SETIAP HARI) 




TELEFON: 03-2201 7727 




LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SLIQCLINIC #KECANTIKAN


0 Comments