Ada filem baru di pawagam! Mula atur perancangan dan cari masa sesuai untuk menonton wayang bersama rakan-rakan ataupun keluarga. Antara aktiviti santai yang menjadi kegemaran ramai termasuk saya. Seiring pertambahan usia, saya dapat lihat perbezaan yang cukup ketara mengenai kemajuan pawagam atau panggung wayang di Malaysia. Malah ada variasi dewan panggung dengan kualiti gambar berbeza ditawarkan buat pembeli tiket. Dahulu, pembelian tiket hanya di kaunter sahaja namun kini, anda boleh membeli di atas talian. Bukan itu sahaja, ada pilihan panggung wayang dengan harga tiket mencecah ratusan ringgit seperti di Aurum Theatre, sebuah panggung wayang bertaraf elit yang baru. Sebagai info, Aurum Theatre adalah dibawah kendalian GSC.
Setibanya saya di Aurum Theatre, saya akan dibawa ke Jin Gastrobar, tempat makan berkonsepkan restoran dan bar yang terdapat dalam Aurum Theatre. Jin membawa maksud emas dalam bahasa Cina, memberi pengalaman mewah menikmati hidangan sebelum masuk ke dalam dewan. Setiap pembelian tiket didatangkan dengan pilihan makanan dan minuman. Anda boleh pilih samada mahu makan di Jin Gatrobar atau di dalam panggung wayang.
Bila tayangan filem sudah hampir mula, staf Aurum Theatre akan membawa anda sehingga ke kerusi anda. Terasa seperti VVIP! Melangkah masuk ke dalam Getha Lux Suites, saya tergamam seketika! Memang terasa aura mewah! Setiap kerusi diperbuat oleh jenama Getha yang terkenal dengan kerusi urut dimana anda boleh melaras kerusi mengikut keselesaan anda. Kerusi Getha ini diperbuat daripada kusyen premium dengan teknologi anti bakteria nano silver dicipta khas oleh artikek terkenal dari Itali, Marco Fumagalli. Setiap kerusi didatangkan juga dengan laci penyimpanan barang, pengecas nirwayar, lampu tepi, selimut dan bantal khas.
Secara peribadi, saya cukup teruja dapat menonton wayang di Getha Lux Suite Aurum Theatre ini. Privasi dan selesa. Malah saya kagum dengan setiap sudut hiasan dalaman termasuklah tandas disini yang berkonsepkan retro. Pada saya, berbaloi dengan harga tiket yang saya bayar dengan apa yang saya dapat di Aurum Theatre. Jika anda punya kesempatan, saya cukup menyarankan anda mencuba dan rasai sendiri pengalaman menonton wayang di Aurum Theatre ini. Jangan risau, tiada siapa yang akan buat bising ataupun menendang kerusi anda ketika kusyuk menonton filem kegemaran.
Pilihan dewan lain di Aurum Theatre adalah The Comfort Cabins dan 3 jenis Escape Studio yang berbeza konsep rekaan dalaman. Layari http://aurumtheatre.com.my untuk info lanjut.
Escape Studio I
- The Hygge Hall represents the Scandinavian concept of comfort. Optimized for that plush, clean, and minimalistic vibe, this hall blurs the line between a cinema hall and life itself.
Escape Studio II
- The Diptych Hall is a tribute to the great king of pop art: Andy Warhol. This colorful hall creates an ambiance of fun and adventure for movie-goers, taking audiences beyond the standard cinematic experience.
Escape Studio III
- The Tenenbaum hall is inspired by the filmic style of the quirky filmmaker, Wes Anderson. Its nostalgic ambiance captures the distinctively unique color scheme and feel of his movies.
AURUM THEATRE, THE GARDENS MALL
FF-201, 4TH FLOOR, LINGKARAN SYED PUTRA,
MID VALLEY CITY,
59200 KUALA LUMPUR.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #AURUMTHEATRE #GAYAHIDUP
0 Comments