PENGALAMAN MENGINAP DI DORSETT PUTRAJAYA PADA HUJUNG MINGGU (EDISI HOTEL HOPPING BAHAGIAN SATU)

PENGALAMAN MENGINAP DI DORSETT PUTRAJAYA PADA HUJUNG MINGGU

Jarang sekali saya membuat hotel hopping atau bahasa mudahnya lompat hotel. Biasa saya lakukan bila travel di luar negara kerana saya perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Tapi di Lembah Klang? Ini pertama kali! 

Hello semua! Untuk edisi #HotelHunting kali ini cukup istimewa kerana saya telah menempah dua hotel untuk percutian 3 hari 2 malam. Kebiasaanya saya hanya membuat hotel hunting pada hujung minggu (2 hari 1 malam) namun kali ini agak lain sedikit kerana saya bercuti selama 3 hari 2 malam. Kenapa? Mahu kan lebih rehat dan ketenangan. Alang-alang 3 hari bercuti, masa yang baik untuk saya terjah lebih dari satu hotel. Jadi disini lah bermulanya idea membuat hotel hopping.

Barangkali anda yang sering mengikuti saya membuat aktiviti Hotel Hunting perasan yang saya sering berkunjung ke rangkaian hotel Dorsett. Terdetik barangkali di minda anda kenapa saya suka sangat dengan Dorsett ini. Sebenarnya cara saya mengukur kehebatan sesebuah hotel itu adalah sejauh mana saya selesa dan seronok sepanjang tempoh penginapan saya. Samada ia hotel berbintang lima atau tiada bintang sekalipun, janji ia memberi kepuasan kepada saya. Kepuasan dari segi hospitaliti, makanan yang sedap, katil dan bantal yang empuk. Itu yang ada pada rangkaian hotel Dorsett berdasarkan pengalaman saya.

Namun saya belum pernah merasai pengalaman menginap di Dorsett Putrajaya. Malah, saya jarang sekali berkunjung ke Putrajaya. Boleh dikira dengan jari kekerapa saya ke pusat pentadbiran negara ini. Jadi saya sepakat dengan rakan untuk melakukan hotel hopping untuk percutian 3 hari 2 malam kami dan pada masa sama dapat merasai pengalaman bermalam di Putrajaya.

Sebagai info, Dorsett Putrajaya adalah hotel bertaraf 4 bintang dan ia telah dibuka secara rasmi pada 16 Januari 2016. Dorsett Putrajaya menawarkan 218 buah bilik dengan pelbagai pilihan kepada anda.

Tidak sukar mencari lokasi Dorsett Putrajaya yang terletak di Presint 3 ini. Google Maps kan ada! Setibanya saya di bangunan hotel, saya terus mencari parkir yang terdapat di bahagian bawah bangunan hotel. Ianya PERCUMA buat tetamu hotel. 

PENGALAMAN MENGINAP DI DORSETT PUTRAJAYA PADA HUJUNG MINGGU

Hotel ini juga berkongsi bangunan yang sama dengan pasaraya HERO. Sampai sahaja di bahagian lobi, saya menimbas kod QR MySejahtera dan mengambil suhu badan sebagai langkah SOP yang wajib dipatuhi. Saya sukakan ruang lobi Dorsett Putrajaya dimana walaupun ia tidak terlalu besar, namun ia masih memberi aura mewah menerusi padanan perabot dan tonasi warna lantai. 

PENGALAMAN MENGINAP DI DORSETT PUTRAJAYA PADA HUJUNG MINGGU

PENGALAMAN MENGINAP DI DORSETT PUTRAJAYA PADA HUJUNG MINGGU

PENGALAMAN MENGINAP DI DORSETT PUTRAJAYA PADA HUJUNG MINGGU

PENGALAMAN MENGINAP DI DORSETT PUTRAJAYA PADA HUJUNG MINGGU

PENGALAMAN MENGINAP DI DORSETT PUTRAJAYA PADA HUJUNG MINGGU

Selesai daftar masuk, saya terus menuju ke bilik Deluxe Balcony. Sejak saya buat hotel hunting, jarang sekali saya jumpa hotel yang mempunyai bilik dengan balkoni tetapi di Dorsett Putrajaya ada! Kamar bilik ini cukup luas dan selesa sekali. Pilihan bilik lain adalah bilik jenis Deluxe King, Deluxe Twin, Deluxe Garden dan Studio. 

Sebagai sebuah jenama hotel yang aktif dalam penjagaan alam sekitar, Dorsett Putrajaya turut terlibat dimana antara inisiatif mereka adalah mengurangkan penggunakan botol air mineral dengan menyediakan water dispenser di setiap lantai. 

PENGALAMAN MENGINAP DI DORSETT PUTRAJAYA PADA HUJUNG MINGGU

Saya juga sempat meneroka kemudahan yang terdapat di Dorsett Putrajaya ini seperti kolam renang infiniti dan gimnasium yang terletak di aras 9 hotel ini. Memandangkan negara masih berada dalam fasa PKPP jadi anda perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan ketika menggunakan kedua-dua kemudahan ini. 

PENGALAMAN MENGINAP DI DORSETT PUTRAJAYA PADA HUJUNG MINGGU

PENGALAMAN MENGINAP DI DORSETT PUTRAJAYA PADA HUJUNG MINGGU

PENGALAMAN MENGINAP DI DORSETT PUTRAJAYA PADA HUJUNG MINGGU

TABLE FOR TWO MAKAN MALAM ROMANTIS DI DORSETT PUTRAJAYA 

PENGALAMAN MENGINAP DI DORSETT PUTRAJAYA PADA HUJUNG MINGGU

Malam tiba! Tiba masa untuk menikmati makan malam. Memandangkan saya malas untuk keluar, jadi saya telah mencuba promosi Table For Two iaitu pakej makan malam romantis. Bukan apa, harga yang ditawarkan agak murah iaitu RM265 net untuk dua orang. Menerusi pakej ini, anda boleh menikmati hidangan ala fine dining dengan 3 pilihan citarasa iaitu Melayu, Cina dan Barat. Pakej ini cukup sesuai buat anda dan pasangan yang mahukan makan malam intim. Lagi istimewa, anda akan menjamu selera di aras 3 sambil bersaksikan Tasik Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. 

PENGALAMAN MENGINAP DI DORSETT PUTRAJAYA PADA HUJUNG MINGGU

PENGALAMAN MENGINAP DI DORSETT PUTRAJAYA PADA HUJUNG MINGGU

Kami memilih set makanan Melayu dan makanan Barat. Anda juga akan diberikan kek seberat 250 gram, sebotol sparkling juice, dan dekorasi menarik. Jika anda punya dekorasi idaman, sedikit bayaran dikenakan. Anda harus menempah 3 hari lebih awal untuk menikmati pakej Table For Two ini. Hubungi +603 8892 8388 atau emel ke fnb.putrajaya@dorsetthotels.com untuk tempahan. 

PENGALAMAN MENGINAP DI DORSETT PUTRAJAYA PADA HUJUNG MINGGU

PENGALAMAN MENGINAP DI DORSETT PUTRAJAYA PADA HUJUNG MINGGU

PENGALAMAN MENGINAP DI DORSETT PUTRAJAYA PADA HUJUNG MINGGU

PENGALAMAN MENGINAP DI DORSETT PUTRAJAYA PADA HUJUNG MINGGU

PENGALAMAN MENGINAP DI DORSETT PUTRAJAYA PADA HUJUNG MINGGU

PENGALAMAN MENGINAP DI DORSETT PUTRAJAYA PADA HUJUNG MINGGU

PENGALAMAN MENGINAP DI DORSETT PUTRAJAYA PADA HUJUNG MINGGU

Selesai makan, saya dan rakan berjalan-jalan di kawasan sekitar dimana berhadapan dengan Dorsett Putraya terdapat lokasi food truck yang cukup terkenal bagi warga Putrajaya. Malah saya sempat juga menyusuri sepanjang tasik disini. 

PENGALAMAN MENGINAP DI DORSETT PUTRAJAYA PADA HUJUNG MINGGU

PENGALAMAN MENGINAP DI DORSETT PUTRAJAYA PADA HUJUNG MINGGU

PENGALAMAN MENGINAP DI DORSETT PUTRAJAYA PADA HUJUNG MINGGU

PENGALAMAN MENGINAP DI DORSETT PUTRAJAYA PADA HUJUNG MINGGU

PENGALAMAN MENGINAP DI DORSETT PUTRAJAYA PADA HUJUNG MINGGU

SARAPAN PAGI DI RESTORAN CITRA RASA 

Sejak pematuhan SOP diwajibkan bagi semua, Dorsett Putrajaya tidak terkecuali. Menariknya, dikala kebanyakkan hotel menjalankan konsep pra bufet dimana anda tidak dibenarkan mengambil sendiri makanan, Dorsett Putrajaya menerusi restoran Citra Rasa yang terletak di aras 3 adalah hotel pertama yang pernah saya terjah selepas kelonggaran PKP menjalankan bufet secara penuh. Namun, setiap tetamu harus memakai sarung tangan pakai buang yang disediakan setiap kali mengambil makanan. Bagi anda yang tidak tahu malah saya sendiri baru mengetahuinya, bufet Dorsett Putrajaya adalah antara bufet yang cukup terkenal di Putrajaya kerana kelazatan makanan disini. Saya harus akui kerana saya pernah mencuba bufet Ramadan disini dan jujur saya katakan Dorsett Putrajaya menawarkan sajian bufet lazat dan berbaloi. Menu kegemaran saya? Nasi Lemak Buah Delima!

Secara peribadi, saya cukup berpuas hati sepanjang penginapan saya di Dorsett Putrajaya. Walaupun bangunan hotel ini tidaklah segah mana namun ia bukanlah ukuran pada saya. Apa yang penting, saya cukup sukakan keempukan bantal dan tilamnya, kualiti rasa masakan. Hospitaliti bukanlah yang terbaik namun saya berpuas hati. Kelainan jika anda menginap di rangkaian hotel Dorsett adalah masa daftar masuk dan keluar yang fleksibel (26-HOUR FULL STAY).

Harga yang ditawarkan juga pada saya cukup murah jika dibandingkan dengan standard jenama Dorsett ini. Malah sebagai pembukaan semula Dorsett Putrajaya, mereka menawarkan promosi tempahan harga bilik bermula RM160 net semalam dan harga ini sah sehingga 31 Disember 2020. Bukan itu sahaja! Restoran Citra Rasa juga menawarkan diskaun 20% untuk dine-in dan bawa-pulang. Setiap rangkaian hotel Dorsett turut menawarkan promosi Dorsett 3 Wishes buat tetamu. Lokasi nya pula cukup bagus dan berhampiran dengan Masjid Tuanku Zainal Abidin dan beberapa tempat menarik seperti Perdana Putra, Taman Botani Putrajaya, pusat membeli belah Alamanda dan banyak lagi. Malah anda juga boleh menikmati cruise di tasik Putrajaya yang terletak berhadapan dengan Dorsett Putrajaya.

Pada anda yang mahu ke Putrajaya atau di kawasan sekitarnya, anda boleh memasukkan Dorsett Putrajaya dalam senarai hotel penginapan pilihan. Layari laman sesawang rasmi dan media sosial Dorsett Putrajaya untuk maklumat lanjut berkenaan harga dan promosi terkini. Ikuti terjahan hotel hopping saya yang seterusnya iaitu Dorsett Grand Subang di artikel akan datang. Selamat Cuti-Cuti Malaysia.

PENGALAMAN MENGINAP DI DORSETT PUTRAJAYA PADA HUJUNG MINGGU

LOKASI DORSETT PUTRAJAYA 
PRESINT 3, 62000 PUTRAJAYA. 

TELEFON: 03-8892 8388 

LAMAN SESAWANG RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #DORSETTPUTRAJAYA #STAYVIBRANT #HOTELHUNTING

1 Comments

  1. Dorsett Putrajaya mmg best, pernah stay sekali...ambience dia sangat tenang dan best :)

    ReplyDelete