Kurus, susut badan kerana tertekan dengan takdir perpisahan yang tertulis? Malah ada suara nakal mengandaikan perceraian terjadi hujung tahun lalu membuatkannya hilang punca hingga tak lalu makan. Benarkah itu antara punca dan persoalan melingkari kehidupan pelakon Keith Foo saat berpisah dengan bekas isteri, Kim Raymond.
Benar memang aktor kacak yang meledak menerusi drama Ariana Rose itu kini sudah mula pasang badan dan dilihat berjaya menguruskan badan. Tapi betulkah punca itu sebenar yang terjadi?
Keith yang ketika ini kembali membuat ‘come back’ di arena seni selepas lebih dua tahun berehat panjang memberikan tumpuan kepada keluarga terutama anak perempuannya, Skylar Raymond Foo, 3, menafikan perkara itu setegas tegasnya.
“Benar macam macam andaian mula kedengaran apabila saya berjaya menurunkan berat badan. Kalau yang mengikuti saya di Instagram sebelum berpisah lagi saya dalam misi menguruskan badan.
“Tak boleh dinafikan dengan bantuan produk makanan kesihatan, Cococurv sejak enam bulan lalu membantu saya membakar lemak dengan lebih cepat lagi.
“Boleh dikatakan Cococurv menjadi cinta baru saya saat ini. Saya belum terfikir nak cari pengganti lain. Cococurv kan ada,” katanya.
Sejak kebelakangan ini memang rutin bersenam itu jadi ‘ketagihan’ hidup saya.
“Tak lengkap hari saya tanpa bersenam di gim, berjoging dan memanjat gunung. Jadi saya imbangi pengambilan Cococurv dengan aktiviti berpeluh.
“Berlari contohnya saya biasakan jadi rutin harian. Kalau tak sempat berlari saya memperuntukkan masa sekitar 30 hingga 45 minit di gim. Tapi kalau ada masa, saya gabungkan kedua duanya sekali pada waktu tertentu. Sesekali saya pilih lokasi memanjat gunung untuk menambah stamina,” katanya.
Pemegang watak Tengku Adam Kamil dalam drama fenomena, Ariana Rose bergandingan dengan Fathia Latiff itu menjelaskan dia bukan terdesak nak kurus.
“Pada tahap dan zaman sekarang, soal menjaga badan itu bukan semata mata nak nampak hebat dan cantik dalam gambar. Apatah lagi tunjuk bagus. Ia kini lebih kepada gaya hidup.
“Saya buat semua ini juga demi survival dan kelangsungan dalam dunia seni. Sekian lama menyepi saya juga mahu tampil segar bersaing dengan bakat baru dan sedia ada secara positif.
“Saya lakukan ini juga demi anak dan menambah kepercayaan terhadap diri,” katanya.
Pelakon kacukan India-Cina dengan nama penuh Foo Chuan Chin Ini memberitahu beratnya kini sudah mencecah sekitar 70 ke 73 kilogram.
“Sebelum mengambil Cococurv dan melakukan rutin kecergasan, berat saya yang dulunya pernah mencecah sampai 83 kilogram,” katanya.
Ditanya mengenai comeback, Keith percaya tahun 2020 menjadi masa terbaik untuk kembali menyeri pentas seni.
“Selain anak mula membesar dan kian faham, saya pada mulanya menganggap angka 2020 sebagai detik terbaik meluncur kembali bakat.
Cuma tanpa diduga kita diuji pula dengan pandemik Covid 19. Namun semuanya sudah tertulis. Ujian berlaku membuka hikmah besar buat kita semua.
”Apa terjadi juga, saya tak ralat memulakan semula dari bawah. Suatu ketika dahulu sayalah hero. Tapi kini saya okey saja bertatih. Tawaran berlakon yang masuk saya ambil dulu. Saya tak memilih kerana mahu mengembalikan kepercayaan penerbit dan stesen TV.
“Ikutkan ada banyak tawaran yang datang. Cuma bila datang pandemik, banyak benda berubah termasuk tarikh penggambaran,” katanya
Dalam pada itu, Keith yang pernah lebih sedekad melebarkan sayap seni di Indonesia turut memaklumkan yang ada tawaran untuknya kembali ke sana.
“Ada beberapa tawaran yang saya terima dari sana termasuk daripada bekas pihak pengurusan. Cuma semuanya masih belum dapat dipastikan lagi. Apatah lagi dengan kesukaran untuk ke sana kerana larangan merentas negara dek pandemik berlaku.
“Tapi kalau stabil dan pulih semua nanti, saya tak keberatan untuk ke sana,” katanya.
Sementara itu, Cococurv yang mula berada di pasaran sejak tahun lalu terus mencuri perhatian. Hanya selepas sebulan dilancarkan, produk itu berjaya mendapat sambutan hangat. Tidak hanya di Malaysia, produk diusahakan Liena dan rakan kongsinya itu juga berjaya menembus pasaran negara seberang, Indonesia. Biarpun sering diuji dengan pelbagai dugaan yang cuba menjatuhkan produk itu, Cococurv terus mencipta magis dan meraih kepercayaan ramai bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan.
Minuman kesihatan berperisa Coklat Belgian ini jika diamalkan secara konsisten dan dibantu dengan pengambilan detoks Berry Curv mampu memberikan hasil diingini. Tanpa perlu menahan lapar, mengikat perut, memeningkan kepala dan bersenam, pengambilan Cococurv yang diformatkan dalam bentuk sachet mampu mengurangkan berat badan sekitar 3 ke 5 kilogram dalam tempoh seminggu. Cococurv dihasilkan dengan ramuan tepung koko, fructose, krimer non-dairy, hoodia, guarana dan Aloe Vera.
Untuk mendapatkan produk ini boleh mengikuti Instagram @cococurv_hq atau @cococurv.liena Bagi yang ingin menjadi agen menambah pendapatan dan mengubah nasib hidup boleh menjadi stokis dan agen dengan menghubungi talian 011-55554175.
KELEBIHAN COCOCURV
- Membakar lemak & kalori dengan pantas.
- Meningkatkan Metabolisma badan.
- Mengurangkan selera makan.
- Membuang toksin dan mengempiskan perut.
- Sesuai untuk ibu menyusu (bayi umur 3 bulan keatas).
- Menghalang pembentukan lemak baru.
- Menurunkan berat badan dengan pantas.
CARA MINUM COCOCURV
- Minum sejuk pada waktu pagi selepas sarapan berat.
- Minum waktu tengahari selepas makan berat.
- Pada bulan puasa boleh diambil waktu pagi selepas bersahur.
- Boleh dibancuh mengunakan air panas ataupun air sejuk.
- Minum air putih secukupnya setiap hari.
SIAPA YANG PERLU MINUM COCOCURV
- Yang nak kurus tapi tak nak tahan lapar.
- Yang nak kurus tapi mals nak pergi gim atau bersenam.
- Yang nak kurus sebab nak ubah gaya hidup dan ubah pandangan masyarakat pada mereka yang berbadan gemuk.
- Yang nak kurus untuk memudahkan solat, ringan badan dan sihat.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #COCOCURV #PRODUK
0 Comments