Manusia dan makan memang tidak dapat dipisahkan! Iya lah, kita makan untuk hidup bukan? Jadi sudah semestinya makanan adalah sebahagian daripada kehidupan. Kalau sentuh bab makan, sudah tentu kita sukakan makanan yang sedap. Tambahan pula bila makan bufet, selera makan membuak-buak bila lihat macam-macam jenis menu di depan mata. Namun, percayalah, anda tidak akan makan semua makanan di meja bufet kerana anda sudah makan banyak pada pusingan pertama atau kedua. Sayangkan? Sudah bayar harga bufet mahal-mahal tapi tak dapat rasa semua jenis makanan.
Tapi jangan risau! Anda masih tetap dapat makan semua hidangan seperti di bufet di Dorsett Grand Subang. Sempena dengan pembukaan semula operasi Dorsett Grand Subang setelah tutup beberapa bulan akibat wabak Covid-19, hotel bertaraf 5 bintang ini menawarkan promosi istimewa makan tanpa had, Dorsett Makanthon Eat All You Can.Semua sedia maklum bahawa kerajaan telah menetapkan setiap operasi bisnes harus mengikut SOP yang telah ditetapkan mengikut sektor masing-masing. Jadi Dorsett Grand Subang juga tidak terkecuali dengan amalan normal baharu ini. Mencipta kelainan, Dorsett Makanthon Eat All You Can yang diadakan di restoran Cina The Emperor ini menawarkan variasi menu yang anda boleh pesan tanpa had. Menarik bukan? Tapi bagaimanakah cara dah konsep Dorsett Makanthon ini?
Anda akan diberikan dengan sehelai kertas berupa senarai menu yang ditawarkan untuk Dorsett Makanthon ini. Saya diberitahu terdapat 40 pilihan menu dari menu tempatan, makanan barat dan juga makanan Cina yang boleh anda nikmati. Kemudian anda tandakan menu apa yang anda mahu dan serahkan kertas menu tersebut kepada pelayan restoran.
Buka selera anda dengan menjamah menu antaranya Dorsett Wings, Caesar Salad, Meslun Salad, Marinated Jelly Fish with Mini Octopus. Mahukan sup panas sebagai pembasah tekak, cuba Chinese Double Boiled Soup of The Day atau Western Dorsett Mushroom Soup atau selera Melayu dengan Soto Madura.
Beralih ke menu utama! Samada anda mahukan Pan Pizza Mahalo, Mini Cheese Burger, Classic Fish & Chips, Grand Mee Mamak atau Char Koay Teow, pesan sahaja kerana kesemuanya lazat. Mahu kan lagi untuk melayan selera anda? Cuba Salted Egg Prawn, Diced Chicken with Dried Chili dan Sweet & Sour Fish. Jangan lupa juga mencuba menu signatur Roast Duck, Roasted Sesame Chicken dan Pei Pa Duck.
Tidak sah makan di The Emperor jika tidak makan dim sum disini seperti Steamed Prawn Dumpling with Coriander, Steamed Siew Mai “Emperor Style”; Steamed Bun with the BBQ Chicken, Steamed Rice Rolls with Prawns and Chives Filling, Steamed Phoenix Feet with Black Bean dan banyak lagi.
Nama pun Dorsett Makanthon Eat All You Can, anda dibenarkan untuk memesan seberapa banyak makanan yang anda mahu. Setiap menu akan dihidangkan dalam kuantiti kecil (finger-food) dan juga terdapat menu untuk hidangan 2 orang makan. Namun, anda wajib habiskan hidangan yang anda pesan kerana jika anda meninggalkan sebarang baki dengan berat melebihi 150 gram, anda harus membayar baki makanan tersebut pada harga seorang dewasa. Anda juga tidak dibenarkan untuk bawa pulang lebihan makanan tersebut. Jadi makan jangan ikut nafsu ya!
Harga yang ditawarkan sempena promosi Dorsett Makanthon Eat All You Can adalah RM68 net untuk seorang dewasa. Manakala bagi kanak-kanak berusia antara 5 hingga 12 tahun, hanya RM48 net sahaja dikenakan. Dorsett Makanthon Eat All You Can berlangsung setiap hari bermula dari jam 6 petang hingga 10 malam.
Jangan lepaskan peluang untuk menjamu selera dengan pelbagai makanan lazat tanpa had di Dorsett Grand Subang! Hubungi +603 5031 6060 samb. 1954 atau emel bookfnb.subang@dorsetthotels.com untuk tempahan dan pertanyaan lanjut.
RAIKAN PESTA KUIH BULAN BERSAMA DORSETT GRAND SUBANG!
Setiap pembelian 10 kotak (setiap kotak mengandungi 4 keping), anda akan mendapat satu kotak 4 keping secara PERCUMA! (tidak termasuk Kek Bulan Durian Premium Musang). Lebih menarik, setiap kuih bulan dibungkus dalam kotak khas. Anda boleh menggantikan kotak pembungkusan kepada Dorsett Eski Bag edisi terhad dengan harga tambahan RM15 setiap beg.
Pemegang kad kredit Citibank berhak mendapat diskaun 15% untuk pembelian antara 1 hingga 10 kotak tetapi ia hanya boleh digunakan untuk pesanan yang dibuat terus dengan Dorsett Grand Subang. Jangan tunggu lagi! Tempahan boleh dibuat menerusi pautan ini: PESAN KUIH BULAN atau menerusi aplikasi Grab Food di https://bit.ly/GrabMidAutumnMagic . Serikan Pesta Kuih Bulan tahun ini dengan seleksi kuih bulan terbaik di Dorsett Grand Subang.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #DORSETTGRANDSUBANG #DORSETTMAKANTHON
0 Comments