Atas sebab itu, Absolut Management ditubuhkan bagi membantu golongan selebriti dalam pengurusan kerjaya dan seterusnya memartabatkan bakat mereka. Jelas Ben Ali selaku pengasas bersama Absolut Management ini dengan merekrut bakat-bakat baru yang masih segar dan meningkat naik ini, objektif syarikat pengurusan selebriti ini fokus kepada pembangunan dan pembentukan karier dari peringkat awal secara menyeluruh.
Beliau berucap sewaktu sesi sidang media khas memperkenalkan 10 barisan selebriti dibawah kendalian syarikat pengurusan Absolut Talents & Management di ibu kota baru-baru ini. Barisan selebriti yang bernaung secara rasmi adalah Nadiyah Shahab, Ikmal Amry, Oktovia Manrose, Scha Elinnea, Nabil Aqil, Najla Shamsul, Harris Annuar, Aisar Khaleed, Nurin Afiqah dan Yasmine Ow. Pada majlis sama, telah berlangsung majlis menandatangani kontrak perjanjian diantara pihak pengurusan, selebiriti dan juga rakan penaja.
Menariknya, setiap selebriti yang bernaung di bawah pengurusan Absolut Talents & Management bukan sahaja mendapat pengurusan kerjaya, malah mereka akan menikmati 10 maanfaat sebagai selebriti dibawah pengurusan Absolut Management ini.
10 MANFAAT:
- Memberikan perlindungan insuran menerusi kerjasama Agensi Imtiyaz Consultancy.
- Menyediakan slip gaji bulanan bagi tujuan memudahkan urusan pembelian kereta, rumah dan sebagainya.
- Menyediakan jurugambar atau juruvideo untuk tujuan kerja atau menghadiri acara.
- Menyediakan “comp cards”, “talent profile’’, “business card’’ dan “rate card”.
- Menguruskan jadual dan kalendar serta meletakkan “Key Performance Index (KPI)’ untuk setiap selebriti.
- Menyediakan “Public Relations” (PR) mewakili selebriti untuk menghadiri acara.
- Membantu mendapatkan Pembantu Peribadi, Jurumekap dan juga ‘’stylist’’ sekiranya diperlukan.
- Menghantar ke kelas lakonan, pengacaraan, vokal atau gim mengikut kriteria dan minat selebriti.
- Mengadakan program “Internship” lakonan dengan kerjasama beberapa buah produksi tempatan.
- Mendapat serta sentiasa mencari peluang penajaan , “endorsement” , promosi iklan di media sosial dan juga lakonan.
Jelas Ben Ali lagi, kesemua selebriti dibawah pengurusan syarikat beliau tidak hanya tertumpu kepada satu bidang sahaja kerana pihaknya mahu memastikan agar bakat selebriti dibawah naungan Absolut Management dapat digilap mengikut minat dan kelebihan mereka. Paling penting adalah tanggungjawab Absolut Management selaku pihak pengurusan dapat membantu melonjakkan lagi nama selebriti-selebriti naungannya dalam industri hiburan tanah air.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #HIBURAN #ABSOLUTMANAGEMENT
0 Comments