2 HARI 1 MALAM RM12 RIBU MENGINAP DI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS?


Semua orang suka bercuti. Dapat lari seketika dari kesibukan kerja adalah nikmat bagi semua yang berkerjaya. Bukan apa, mesin atau enjin pun boleh rosak kalau bekerja tanpa henti, inilah pula badan manusia. Jadi, ambil peluang dan curi masa manjakan diri dengan bercuti dan menginap di hotel bagi merehat badan dan minda.

Namun, saya juga harus akur bahawa bercuti merupakan aktiviti yang memerlukan duit tapi jika anda bijak, anda tidak memerlukan belanja besar. Tapi jika anda sanggup berhabisan puluhan ribu sepanjang percutian anda, barangkali Anantara Desaru Coast Resort & Villas boleh berada dalam senarai penginapan sepanjang percutian anda. 





Sebagai info ringkas, Anantara adalah jenama resort dan villa yang berasal dari Thailand sejak 2001 merupakan penginapan bersatus mewah dan kini sudah mempunyai cawangan diserata dunia antaranya Cambodia, China, Indonesia, Maldives, Mauritius, Mozambique, Oman, Portugal, Qatar, Spain, Sri Lanka, Thailand, Tunisia, United Arab Emirates, Vietnam, Zambia dan Malaysia. Anantara Desaru Coast Resort & Villas membuka pintu kepada umum buat pertama kali pada Disember 2019 dan kini menjadi antara resort mewah terkemuka di Malaysia. Ia terletak berhadapan pantai sepanjang 17-kilometer menghadap Laut China Selatan. 







Peluang dapat memasuki salah satu pilihan penginapan di Anantara Desaru Coast Resort & Villas ibarat bulan jatuh keriba. Kehadiran saya ke Anantara Desaru ini pun tidak dirancang sebenarnya. Kebetulan saya bercuti di Johor dan alang-alang berada di kawasan Desaru, saya singgah di Anantara Desaru untuk melawat rakan baik saya yang bekerja hotel mewah ini.

Sambil menikmati makan tengahari di Tumeric Restaurant di Anantara Desaru ini, rakan saya menawarkan saya untuk membuat room tour disini. Takkan saya mahu menolak pelawaan beliau. Namun bilik hotel disini semuanya penuh pula. Nasib saya cukup baik kerana beliau masih ingin membawa saya melihat salah satu residen disini. Pulau Aur, Four Bedroom Beach Residence berkeluasan 380 meter persegi ini boleh memuatkan 8 dewasa dan 4 kanak-kanak.

Melangkah masuk ruang residen ini, saya terkesima. Ia mempunyai 4 bilik tidur, sebuah private pool dan berhadapan depan pantai. Selain itu, Pulau Aur juga mempunyai ruang makan, bar khas, dapur dan juga kemudahan tukang masak dan butler secara percuma. Lagi mengujakan saya adalah toiletries disini menggunakan jenama Burberry. Apabila ditanya berapa harga bagi penginapan di residen empat bilik ini, saya cukup tergamam kerana ia boleh mencecah RM12 ribu hingga RM 16 ribu semalam bergantung kepada musim. 



















Banyak perkara yang saya jatuh cinta dengan Anantara Desaru ini antaranya ruang lobi yang memukau mata, kemudahan menggunakan basikal untuk bersantai di kawasan resort, private beach dan banyak lagi. Terima kasih atas peluang membuat hotel tour disini.

Selain Pulau Aur, Anantara Desaru Coast Resort & Villas juga menawarkan penginapan lain seperti Premier Room, Premier Corner Room, Deluxe Sea View Room, Deluxe Sea View Corner Room, One Bedroom Lagoon Pool Villa, Two Bedroom Lagoon Pool Villa dan Three Bedroom Beach Residence. Mana satu pilihan hati anda untuk menginap di Anantara Desaru? Layari https://www.anantara.com/en/desaru-coast untuk maklumat lanjut. 




LOKASI ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS 
PERSIARAN PANTAI, DESARU COAST, 
81930 BANDAR PENAWAR, 
JOHOR DARUL TAKZIM. 


#ANANTARADESARU #HOTELHUNTING

0 Comments