TIKI BBQ SEAFOOD DINNER DI KONTIKI THE FEDERAL KUALA LUMPUR







Berita baik buat anda yang rindukan sajian enak di restoran Kontiki The Federal Kuala Lumpur, kini restoran terkemuka di Kuala Lumpur ini telah dibuka kembali! Semua sedia maklum bahawa kita harus berhadapan dengan normal baharu, maka restoran Kontiki mengamalkan pematuhan SOP untuk operasi mereka.

Sebagai pembuka bicara, The Federal Kuala Lumpur merupakan hotel antarabangsa pertama dibuka di Malaysia atau lebih tepat, 3 hari sebelum Tanah Melayu menyambut kemerdekaan pertama pada 31 Ogos 1957. Jadi sudah pasti hotel ini begitu senior dan pakar dalam industri perhotelan dan kulinari dan buktinya ia masih teguh berdiri sebagai hotel pilihan ramai yang mahukan penginapan selesa dan juga menikmati hidangan lazat.

Bagi merancakkan lagi sambutan pembukaan operasi restoran Kontiki The Federal Kuala Lumpur yang secara rasmi dibuka kepada umum pada 15 Julai 2020, mereka menawarkan promosi istimewa buat pencinta makanan! Selain promosi TIKI WEEKEND HI TEA, Kontiki juga menawarkan promosi khas untuk makan malam. Promosi TIKI BBQ SEAFOOD DINNER ini ditawarkan hanya pada setiap hari Jumaat dan Sabtu setiap minggu dengan bermula jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam.






Istimewanya promosi TIKI BBQ SEAFOOD DINNER di restoran Kontiki ini adalah sudah pasti keenakan menu barbeku dan hidupan laut segar yang tiada tandingan. Memang saya harus akui, Kontiki adalah restoran dalam hotel yang menawarkan kualiti rasa premium dalam setiap menu. 








Menu seperti Sate, udang karang, udang besar, udang harimau, daging lembu dan kambing panggang adalah antara menu wajib cuba di sini. Hidupan laut yang disajikan di Kontiki ternyata penuh variasi dan segar. Menu lain seperti Roasted Salmon, Beef Wellington, Lamb Rack dengan pilihan sos pelbagai rasa memberi nikmat berganda tatkala anda menjamu selera.








Demi menjaga SOP, pihak Kontiki The Federal Kuala Lumpur menggunakan kaedah stesen bergerak dimana anda hanya perlu memanggil pelayan yang cukup mesra untuk memilih sajian yang anda mahu. Stesen buffet masih dibuka cuma anda tidak dibenarkan mengambil sendiri makanan sebaliknya anda hanya perlu tunjukkan kepada para petugas di stesen buffet menu apa yang andan mahu. Sajian menu lain yang tidak kurang hebatnya seperti variasi sup menu pencuci mulut memang tidak harus anda lepaskan! Pada saya, promosi makan malam di Kontiki ini cukup berbaloi dari segi kualiti rasa dan harga. Malah anda tidak tidak perlu risau kerana pematuhan SOP disini menepati piawaian yang ditetapkan kerajaan. 






Pada tunggu lagi! Segera membuat tempahan dengan menghubungi 03-214 89166 samb. 2239 atau Whatsapp ke 012-3169279/012-3775051 atau emel di fnb@federal.com.my . Layari laman sesawang dan media sosial rasmi untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan promosi. 


TIKI BBQ SEAFOOD DINNER (JUMAAT &SABTU) 

6.30 MALAM HINGGA 9.30 MALAM 

  • RM138 NET/DEWASA
  • RM69 NET/WARGA EMAS* 
  • RM49 NET/KANAK-KANAK* 
*Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah/warga emas berumur 55 tahun ke atas. (Rakyat Malaysia sahaja)




LOKASI KONTIKI RESTAURANT 
THE FEDERAL HOTEL KUALA LUMPUR 
NO 35, JALAN BUKIT BINTANG, 
55100 KUALA LUMPUR. 

-

TELEFON: 03-2148 9166 

-

LAMAN SESAWANG RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #KONTIKITFKL #THEFEDERALKL #FOOD


0 Comments