SNEK KULIT AYAM NOUR’S CHICKIN BAKAL TEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA






Sejak pandemik Covid-19 menyerang dunia, ia telah memberi impak besar kepada kehidupan manusia. Ramai yang terkesan sehingga ada yang kehilangan mata pencarian. Namun ia bukanlah penghalang buat mereka untuk kembali bangkit dari kejatuhan. Buktiknya dapat dilihat dengan bertambahnya usahawan baru dengan variasi produk dijual dipasaran.Tidak mahu mengeluh dan menyalahkan nasib, Encik Faiz Hilmy dan Puan Syaira Sadle telah sepakat untuk menubuhkan Nours Venture Sdn Bhd dimana mereka telah melancarkan produk sulung iaitu snek berasaskan kulit ayam, Nour’s Chickin. Lebih membanggakan lagi, produk Nour’s Chickin ini telah menarik minat pengusaha antarabangsa dimana ia bakal menjengah pasaran Thailand dan Turki dalam masa terdekat.

PUAN SYAIRA SADLE DAN ENCIK FAIZ HILMY, PENGASAS NOUR'S CHICKIN





Idea menghasikan Nour’s Chickin ini tercetus apabila Encik Faiz dan Puan Syaira adalah antara individu terkesan akibat pandemik Covid-19 ini dimana mereka telah diberhentikan kerja ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan. Pada masa sama, snek kulit ayam yang rangup cukup digemari ramai dan mendapat permintaan yang tinggi. Jadi, berbekalkan azam dan minat mendalam dalam bisnes, mereka telah sepakat untuk menghasilkan snek kuilt ayam Nour’s Chickin. 






Kelebihan Nour’s Chickin ini adalah ia telah melalui kajian formulasi dan pelbagai peringkat saringan bagi memastikan kualiti snek Nour’s Chickin daripada pemilihan kulit ayam, rasa, pembungkusan dan pelabelan menepati piawaian agar menepati selera penggemar snek. Malah, proses pemilihan kulit ayam untuk Nour’s Chickin dijalankan dengan teliti agar snek yang dihasilkan tidak bercampur dengan lemak. Mungkin masih ada yang tidak yakin dengan memakan kulit ayam kerana bimbang boleh mencecahkan kesihatan namun jelas Encik Faiz Hilmy, kulit ayam tidak salah untuk dimakan dan ianya disokong kenyataan dari pakar kesihatan Universiti Harvard dimana kulit ayam bagus untuk jantung kerana ia mengandungi lebih banyak asid lemak Omega-6 berbanding Omega-3 serta ia bukan terdiri daripada lemak trans. 


Majlis pelancaran Nour’s Chickin telah berlangsung di Lepaking 1.0 Jalan Gombak selaku penaja lokasi dalam suasana yang cukup meriah. Majlis yang dikemudi oleh saudara Ron Kamisan ini dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya perarakan masuk geng motor sebagai gimik pelancaran.



Pada masa sama, majlis diserikan dengan empat cabaran menarik iaitu King of Eat Alert, Spicy Rush Challenge, The Flash Challenge dan Guess Me! dengan penglibatan instafamous, wakil media dan pengunjung yang hadir. Penghargaan juga diberikan kepada para penaja lain seperti Dessert Heaven, Chick & Cone, Aroi Cuisine Lepaking, Lodevole, Ayo Fried Chicken, Joe’s Kitchen.

CABARAN KING OF EAT ALERT

SPICY RUSH CHALLENGE

THE FLASH CHALLENGE

CABARAN GUESS ME!

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG!





Berita baik buat anda yang mahu menjana pendapatan tambahan! Sempena dengan pelancaran Nour’s Chickin ini, pihak Nours Venture Sdn Bhd membuka peluang peluang perniagaan kepada orang ramai dengan modal RM85 sahaja. Ini pastinya satu peluang yang tidak harus dilepaskan kerana anda yang mahu mencari duit sampingan. Bagi anda yang berminat untuk menjadi ejen Nour’s Chickin, anda hanya perlu mengisi butiran diri di SINI!


Sebagai tanda penghargaan buat pelanggan setia Nour’s Chickin, pihak Nours Venture Sdn Bhd menganjurkan peraduan Gaji Setahun – Beli & Menang! Peraduan ini terbuka kepada anda yang membeli Nour’s Chickin dimana setelah pembelian dibuat, anda hanya perlu mengimbas kod QR yang tertera di botol. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 September 2020. Layari laman media sosial rasmi Nour’s Chickin untuk mendapatkan maklumat lanjut. 


LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #DAHRASACONFIRMTERCHICKIN #NOURSCHICKIN #PRODUK


2 Comments

  1. Tahniah Nour Chickin. Nanti bolehlah LeYa cuba dapatkannya. Mesti sedap kan

    ReplyDelete