RESTORAN KONTIKI THE FEDERAL KUALA LUMPUR TAWAR TIKI WEEKEND HI TEA, KINI DIBUKA DENGAN PEMATUHAN SOP!






Sejak kerajaan memberi kelonggaran untuk sektor perniagaan memulakan operasi selepas PKP, ia pastinya memberi senyuman lebar buat para usahawan dan pengendali bisnes. Mana tidaknya, banyak bisnes yang terkesan teruk kerana tidak dapat menjana pendapatan. Antaranya adalah industri perhotelan. Jadi bila diberi lampu hijau, sektor perhotelan kembali rancak mempromosikan produk mereka. Ada yang menawarkan harga murah untuk penginapan dan juga menu di restoran dalam hotel. Salah satu hotel yang kembali beroperasi adalah The Federal Kuala Lumpur iaitu pada 15 Julai 2020.


 





Walaupun hotel ini belum membuka tempahan bilik, tetapi mereka sudah membuka kembali operasi dewan, bilik mesyuarat dan juga restoran Kontiki yang cukup terkenal dengan hidangan lazat. Restoran Kontiki adalah antara restoran kegemaran kerana sentiasa menawarkan menu lazat terutamanya menu barbeku dan hidangan laut segar. Sempena pembukaan semula, restoran Kontiki The Federal Kuala Lumpur menawarkan promosi istimewa buat anda dengan pilihan 100 jenis menu untuk para pengunjung. 









Promosi Tiki Weekend Hi Tea di Restoran Kontiki The Federal Kuala Lumpur untuk norma baharu membawa kelainan dimana anda tidak perlu mengambil makanan sendiri di ruangan bufet dan barbeku sebaliknya warga kerja restoran Kontiki akan bantu anda untuk mengambil makanan. Anda hanya perlu tunjukkan menu mana yang anda mahu. Lagi menarik, ada beberapa menu utama yang disajikan menerusi stesen bergerak. Anda hanya perlu memanggil pelayan untuk hidangkan makanan kepada anda. Menarik bukan! Jangan risau, menu yang ditawarkan tetap sama rasa dan berbaloi. 









Seperti yang saya katakan, restoran Kontiki The Federal Kuala Lumpur sememangnya terkenal dengan hidangan barbeku dan hidangan laut segar. Anda harus cuba sate disini kerana perapan daging ayam dan daging lembunya cukup enak dimakan bersama Nasi Impit dan Kuah Kacang. Malah Kambing Bakar mereka juga menepati kualiti rasa. Sajian hidupan laut seperti Udang Harimau dan Kupang antara menu wajib cuba disini.








Tidak dilupa, Kontiki juga turut menawarkan menu makanan Jepun seperti sushi yang cukup lazat. Menu lain yang anda harus cuba adalah seperti Bihun Goreng, Rojak dan variasi pencuci mulut enak.











Harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan iaitu RM86 net (dewasa), RM43 net (kanak-kanak*) dan RM33 net (warga emas*), jadi anda jangan lepaskan peluang untuk menjamu selera sempena promosi Tiki Weekend Hi Tea di restoran Kontiki The Federal Kuala Lumpur setiap hari Sabtu dan Ahad bermula dari jam 12.30 tengahari sehingga 4 petang.

Anda boleh hubungi 03-21489166 samb. 2239 atau Whatsapp ke 012-3169279/012-3775051 untuk tempahan. Restoran Kontiki juga menawarkan servis tempah dan ambil, pandu lalu dan penghantaran terus ke rumah anda. Emel ke fnb@federal.com.my atau layari laman sesawang/media sosial rasmi untuk mendapatkan maklumat lanjut.

*Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah/warga emas berumur 55 tahun ke atas. (Rakyat Malaysia sahaja)



LOKASI KONTIKI THE FEDERAL HOTEL KUALA LUMPUR 
NO 35, JALAN BUKIT BINTANG, 
55100 KUALA LUMPUR.

-

TELEFON: 03-2148 9166 

-

LAMAN SESAWANG RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #THEFEDERALKL #KONTIKI #FOOD

0 Comments