Pelancaran panggung wayang ini telah disempurnakan pada 29 Julai 2020, turut dihadiri tetamu kehormat dan pengamal media serta diserikan dengan kehadiran barisan hadapan dari pelbagai klinik di sekitar Lembah Klang sebagai tanda penghormatan dalam usaha memerangi wabak COVID-19. Langkah penjarakan sosial yang ketat juga dilaksanakan mengikut saranan kerajaan.
Usaha sama di antara pakar pengurusan acara tempatan TwoSpicy Entertainment Live dan MD Events Asia ini telah mendapat banyak tarikan di media sosial sejak beberapa minggu yang lalu.
"Pengurusan acara, industri hiburan dan pelancongan sangat terjejas berikutan wabak koronavirus. Demi menyelamatkan pekerjaan dan juga menjana ekonomi, maka kami memutuskan untuk mencipta semula produk kami agar bersesuaian dengan norma baharu ”kata Arvin Randahwa, Pengarah TwoSpicy Entertainment Live.
"Kami telah menetapkan langkah-langkah kebersihan dan peraturan keselamatan yang ketat. Sebagai penganjur acara yang bertanggungjawab, fokus kami adalah untuk memastikan pelanggan kami selamat, dan juga memastikan mereka mempunyai pengalaman yang baik semasa menonton filem di tempat kami” kata Jack Gill, Pengarah MD Events Asia.
Othman Chraibi, Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Perniagaan Minuman, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Ramai orang tidak berkesempatan duduk dan menikmati perkara-perkara sederhana dalam hidup seperti menonton filem kerana keadaan yang terjadi baru-baru ini. Di NESCAFÉ ® kami ingin membawa semua orang untuk menghargai saat-saat bersama, tidak kira besar atau kecil. Panggung Wayang Pandu Masuk NESCAFÉ ® M-Junction adalah peluang terbaik bagi orang ramai untuk menikmati filem hebat bersama rakan-rakan dan ditemani secawan NESCAFÉ ® sambil mengamalkan penjarakan sosial"
Mengambil peluang untuk menggabungkan pengalaman baharu ini dengan rasa baru yang segar, variasi terkini NESCAFÉ ® Latte Milk Tea juga disediakan untuk dipesan oleh para penonton filem dan dinikmati bersama di NESCAFÉ ® M-Junction.
"Panggung wayang ini memberikan satu perubahan yang tidak dijangka dalam amalan kebiasaan menonton filem di pawagam, seperti Teh Susu Latte NESCAFÉ ® baru kami, gabungan terbaik dari kedua-dua dunia iaitu kopi dan teh di dalam satu cawan, sesuatu yang tidak disangka-sangka dan lazat! Penonton filem di NESCAFÉ ® M-Junction akan menjadi kumpulan pertama di Malaysia yang mencuba inovasi NESCAFÉ ® terbaru ini,” tambah Othman.
NESCAFÉ® M-Junction juga berbangga kerana acara pengalaman pertama sebegini turut menyokong pengurangan pelepasan karbon dioksida. Dengan membekalkan setiap kereta pembesar suara dan kipas mudah alih yang boleh dicas semula, pihak penganjur mendorong para penonton untuk mematikan radio kereta dan sistem penyaman udara mereka sepanjang tayangan filem berlangsung, sebagai simbol komitmen kepada bumi. Fakta dan angka berkaitan dengan Pemanasan Global juga ditayangkan sebelum tayangan filem bermula untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu tersebut.
Penaja bersama acara ini termasuk Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), MAGGI ®, KIT KAT ®, Absolute Popcorn, Mobile Food Truck and Street Food Association (MSA) dan Avante.
Penjualan tiket kini dibuka dan bermula pada harga RM 99.00 setiap kereta (maksimum 2 orang) untuk pakej standard dan RM 159.00 setiap kereta (maksimum 2 orang) untuk Pakej VIP. 2 hidangan setiap kereta turut disertakan bersama tiket. Beroperasi setiap hari, berikut adalah masa tayangan dan para tetamu diminta tiba 30 minit sebelum tayangan filem bermula bagi proses daftar masuk / tayangan:
- Sesi Pertama: 6:00 PETANG
- Sesi Kedua: 9:00 MALAM
PAKEJ STANDARD - RM 99/KERETA
RM 49.50/SEORANG SAHAJA (TERMASUK MAKAN MALAM).
HARGA TERMASUK:
- TIKET MASUK UNTUK SATU KERETA (MAKSUMUM 2 ORANG/KERETA)
- MAKANAN* UNTUK 2 ORANG
- GOODIE BAG BERNILAI RM 20
PAKEJ VIP (KERETA SEDAN SAHAJA) – RM 159/KERETA
RM79.50/SEORANG SAHAJA (TERMASUK MAKAN MALAM).HARGA TERMASUK:
*Pilihan makanan ada di dalam laman sesawang.
NESCAFÉ ® M-Junction juga membenarkan tempahan untuk acara peribadi dan korporat. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang www.mjunction.my atau hubungi talian 03 - 2282 6413.
- PARKIR DI BARISAN HADAPAN DAN BARISAN KEDUA
- TIKET MASUK UNTUK SATU KERETA (MAKSIMUM 2 ORANG/KERETA)
- MAKANAN* UNTUK DUA ORANG
- SEPAKET ABSOLUTE POPCORN
- GOODIE BAG BERNILAI RM 20.00
*Pilihan makanan ada di dalam laman sesawang.
NESCAFÉ ® M-Junction juga membenarkan tempahan untuk acara peribadi dan korporat. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang www.mjunction.my atau hubungi talian 03 - 2282 6413.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #GAYAHIDUP
0 Comments