#MYSLANGMYPRIDE DI THE LINC KL PAMER 100 SLANGA UNIK RAKYAT MALAYSIA!






Tanggal 31 bulan lapan lima puluh tujuh. Detik sejarah buat Malaysia apabila negara secara rasmi bebas dari dijajah. Momen dimana Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah melaungkan merdeka sebanyak 7 kali masih segar dalam ingatan sehingga ke hari ini. Kini setelah 63 tahun negara merdeka, Malaysia semakin menyinar di mata dunia dari pelbagai aspek. Secara peribadi, saya cukup bangga menjadi rakyat Malaysia kerana pada saya Malaysia cukup unik. Keunikan Malaysia yang tidak dapat dimana-mana pelosok dunia adalah kepelbagaian bangsa dan agama yang hidup harmoni.

Satu perkara yang menarik bila bicara soal Malaysia adalah bahasa. Semua sedia maklum Malaysia mempunyai pelbagai bahasa pertuturan hasil dari kepelbagai bangsa dan etnik. Secara tidak langsung, wujudnya pelbagai slanga atau loghat yang sering diguna pakai dalam pertuturan harian. Sudah pasti semua pernah guna pakai setiap hari seperti perkataan seperti Aiseyman, tahap gaban, kerek, bojio dan banyak lagi slanga yang unik. Inilah keunikan Malaysia kerana slanga-slanga ini bisa menghubungkan silaturahim sesama kita.

Sempena bulan kemerdekaan dan juga Hari Malaysia, The LINC KL meraikan multi budaya Malaysia menerusi slanga/loghat rakyat Malaysia dengan menganjurkan pameran istimewa iaitu #MySlangMyPride , Malaysian Slang Exhibition. Pameran yang berlangsung pada 15 Ogos 2020 sehingga 20 September ini adalah hasil kerjasama My Slang Bank, sebuah laman Instagram khusus dalam pengumpulan dan kamus rujukan slanga rakyat Malaysia. Menariknya, My Slang Bank menerusi @myslangbank telah berjaya menghimpunkan lebih 300 slanga unik namun hanya 100 slanga sahaja yang dipertontonkan di pameran ini. Lebih mengujakan adalah setiap slanga unik ini dipamerkan dalam bentuk lukisan poster menarik. Pastinya pameran #MySlangMyPride ini adalah sesuatu yang menarik untuk diterjah kerana anda pastinya terpesona dengan keunikan pameran ini. Ia dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam bertempat di aras 2 The LINC KL. Masuk adalah PERCUMA!





 







Sepanjang pameran #MySlangMYPride ini berlangsung, turut diadakan beberapa aktiviti seperti bazaar jualan dan bengkel menarik yang boleh anda sertai seperti Hand Embroidery Pouch Workshop, Batik Workshop for Kids & Adults, Architecture Sketch Art on Canvas Workshop dan Bamboo Fabric Patchwork Apron Workshop. Inilah masa dan peluang untuk anda belajar dan alami pengalaman sendiri menghasilkan karya seni dibantu oleh tenaga pengajar berpengalaman dan pada masa sama memberi pendedahan kepada anak-anak kepada seni Malaysia. Pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan ini: https://www.eventbrite.sg/o/the-linc-kl-27746623229 .















ARTISAN WEEKEND WORKSHOPS

Tarikh: 15 Ogos hingga 20 September 2020 (setiap hujung minggu)

Lokasi: Aras 2, The LINC KL (sebelah Rahim x Nik dan berhadapan dengan Origami Rainbow Dove Area)

Jadual & Masa:
  • Hand Embroidery Pouch Workshop (RM80/seorang): 15 Ogos 2020 (Sabtu) & 12 September 2020 (Ahad), 3 petang hingga 5 petang. Para peserta akan diajar beberapa teknik jahitan menggunakan mesin jahit dan juga sulaman tangan. Anda akan dibekalkan kit menjahit serta kantung serut berukuran 15cm(L) x 22cm(T).
  • Batik Workshop for Kids & Adults: Kanak-kanak (RM40/seorang) & Dewasa (RM80/seorang): 16 & 23 Ogos (Ahad), 31 Ogos (Isnin), 13 & 20 September (Ahad), 3 petang hingga 5 petang. Perserta kanak-kanak akan didedahkan kepada cara menerapkan pewarnaan pada lilin siap pada bingkai tekstil kapas manakala bagi dewasa pula anda akan mengetahui cara menggunakan lilin panas dengan canting dan menerapkan kesan pewarna dan garam.
  • Architecture Sketch Art on Canvas Workshop (RM130/seorang): 22 & 29 Ogos (Sabtu) & 5 September (Sabtu), 2 petang hingga 5 petang. Selama 3 jam, anda diajar oleh tenaga pengajar Institut Pereka Dalaman Malaysia (MIID) yang bertauliah tentang teknik melapisi strok dan kedudukan perspektif bangunan seni bina dalam seni lakaran. Peserta akan diberikan 1 unit kanvas, pen dan penanda berukuran 18 inci x 18 inci.
  • Bamboo Fabric Patchwork Apron Workshop (RM80/seorang): 30 Ogos (Ahad) & 19 September (Sabtu), 3 petang hingga 5 petang. Disini, para peserta akan dibekalkan dengan kain untuk membuat apron tambalan berukuran 60cm (L) x 60cm (T) dan satu set bahan jahitan. Peserta akan mempelajari cara memotong corak tambalan, menggunakan mesin jahit untuk jahitan lurus dan berliku serta jahitan tangan asas.


POP-UP MARKET WEEKEND BAZAAR

Selain itu, pameran #MySlangMyPride ini turut menganjurkan bazaar jualan sebagai sokongan kepada produk keluaran anak tempatan. Ia merangkumi variasi produk dari makanan, fesyen, hasil kraftangan dan banyak lagi.



Malaysian Makers Artisan Bazaar:
  • Tarikh: 21-23 August 2020 (Jumaat - Ahad)
  • Masa: 11 pagi – 9 malam
  • Lokasi: Aras 1, Centre Courtyard & Indoor

Merdeka Slang Showcase Pop Up Market:
  • Tarikh: 28-31 Ogos 2020 (Jumaat - Isnin)
  • Masa: 11 pagi – 9 malam
  • Lokasi: Aras 1, Centre Courtyard & Indoor

Traders Market:
  • Tarikh: 11-13 September 2020 (Jumaat - Ahad),
  • Masa: 11 pagi – 7 malam
  • Lokasi: Aras 1, Centre Courtyard


TEBUS PELAPIK CAWAN EKSKLUSIF MALAYSIAN SLANG


Sambil bergambar dengan poster slanga yang dipaparkan di seluruh ruang #MySlangMyPride , para pelanggan boleh menebus pelapik cawan eksklusif Malaysia Slang dengan setiap pembelian RM30 dalam satu resit di mana-mana premis dalam The LINC KL yang mengambil bahagian pada hari yang sama pembelian dibuat. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Tempoh penebusan: 15 August - 20 September 2020
Masa: 10 pagi – 10 malam
Lokasi : Kaunter penebusan di L1 (sebelah Tealive)









Jadi, sempena bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia ini, ambil peluang untuk berkunjung ke pameran #MySlangMyPride ini. Inilah masa untuk anda mengenali lebih mendalam mengenai slanga harian yang sering digunakan oleh kita, rakyat Malaysia. Untuk makluman, The LINC KL mengamalkan pematuhan SOP untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pelanggan. Semua pelanggan diwajibkan memakai topeng setiap masa dan pastikan penjarakan fizikal. Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut, layari laman sesawang atau media sosial rasmi The LINC KL.


LAMAN SESAWANG RASMI

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #MYSLANGMYPRIDE #THELINCKL

0 Comments