Siapa yang tidak kenal dengan menu Garlic Bread! Roti yang dibakar bersama mentega dan bawang putih ini cukup sinonim bila waktu menjamu selera masakan barat. Biasanya Garlic Bread ini dimakan bersama dengan sup cendawan sebagai pembuka selera. Kalau anda ke restoran makanan barat, tidak lengkap hidangan tanpa Garlic Bread ini. Cuma, kadang-kala tidak semua restoran pandai membuat Garlic Bread ini. Roti keras, tak cukup rasa bawang putih, roti hangus dan masin. Jadi bagi mengelakkan rasa kecewa, saya telah mendapatkan resipi Garlic Bread yang mudah dan sedap untuk dimasak di rumah.
Sebenarnya tidak susah pun menyediakan menu Garlic Bread. Anda sendiri boleh buat di rumah kerana bahan-bahan yang digunakan cukup mudah didapati dan tempoh penyediaan juga tidak memakan masa lama. Persoalannya, bagaimana mahu mendapatkan Garlic Bread yang sedap? Mudah sahaja! Saya menggunakan produk Arla sebagai bahan utama dalam penyediaan Garlic Bread. Tidak dinafikan, rasa Garlic Bread yang saya buat menggunakan produk Arla memang berbeza berbanding dengan Garlic Bread yang pernah saya cuba. Jangan risau kerana produk Arla adalah halal.
Saya sukakan tekstur Arla Butter yang ringan dan lembut. Begitu juga dengan Arla Herbs & Spices Cream Cheese yang mempunyai tekstur yang cukup ringan dan lembut. Jelas terasa bahan rempah yang digunakan iaitu lada dan paprika. Senang kata, anda tidak perlu lagi menambah bahan perasa kerana dengan hanya menggunakan krim keju Arla ini, masakan anda sudah cukup rasa! Saya kongsikan resipi Garlic Bread buat anda yang mahu mencuba sendiri di rumah. Anda boleh hidangkan Garlic Bread ini bersama sup cendawan, telur hancur atau pun dengan taburan Chili Flakes untuk membangkitkan rasa!
RESIPI GARLIC BREAD SEDAP BERSAMA ARLA HERBS & SPICES CREAM CHEESE & BUTTER
*Masa penyediaan: 5 minit
*Masa memasak: 10 minit
*Saiz hidangan: 4-6 orang
BAHAN-BAHAN:
- Sebatang French Loaf Bread (dipotong secara kepingan)
- 100 gm Arla Butter (Salted)
- 5 ulas Bawang Putih – cincang halus
- 1 tangkai Daun Parsley – cincang halus
- 5 sudu Arla Herbs & Spices Cream Cheese
- Sedikit Chili Flakes untuk penambah rasa
CARA-CARA PENYEDIAAN:
- Potong French Loaf Bread kepada kepingan.
- Masukkan Arla Butter (Salted), bawang putih yang telah dicincang halus dan daun parsley ke dalam mangkuk dan gaul sehingga semua ramuan sebati.
- Sapukan bahan yang telah digaul tadi ke atas kepingan French Loaf Bread.
- Kemudian, sapukan Arla Herbs & Spices Cream Cheese
- Panggang di atas kuali leper dengan api sederhana sehingga masak.
- Anda juga boleh menggunakan ketuhar oven untuk memasak dengan menetapkan suhu kepada 180 darjah Celsius dan panggang selama 2-3 minit bergantung kepada oven masing-masing.
- Taburkan dengan chili flakes sebagai penambah rasa. Menu ini juga enak dimakan bersama telur hancur dan sup cendawan.
Sedikit info mengenai Arla. Arla merupakan produk tenusu yang berasal dari Denmark. Kelebihan produk Arla adalah ia dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi, tanpa bahan pengawet dan pewarna tiruan. Sebagai syarikat milik petani, Arla komited untuk menjaga kebajikan haiwan, kualiti produk dan keselamatan makanan yang tinggi dengan mengamalkan program kualiti yang dipanggil Arlagården® . Ini memberi perspektif jangka panjang untuk pengurusan ladang dan memastikan kualiti produk yang dinikmati. Sebilangan besar makanan lembu yang digunakan oleh petani Arla dihasilkan oleh petani itu sendiri. Jadi para perternak tahu untuk mengawal kualitinya dan seterusnya dapat memastikan pengeluaran susu yang berkualiti tinggi secara konsisten.
Dipasaran kini terdapat variasi Arla Cheese dan Arla Butter dipasaran namun saya suka untuk berkongsi dengan anda dua produk yang saya gunakan dalam menghasilkan Garlic Bread di rumah. Ianya adalah Arla Herbs & Spices dan juga Arla Butter (Salted).
ARLA HERBS & SPICES CREAM CHEESE
Antara sebab kenapa saya suka dengan krim keju Arla ini adalah ia diperbuat sepenuhnya daripada bahan-bahan semulajadi, tanpa bahan pengawet dan pewarna tiruan. Krim keju Arla ini dihasilkan dari keju segar, lada, paprika, bawang, ektrak bawang putih bagi memberi rasa pedas yang asli. Teksturnya yang lembut dan ringan sehingga jelas kelihatan warna lada dan paprika. Arla Herbs & Spices Cream Cheese ini sesuai dimakan bersama roti sandwich, disapu di atas roti, biskut atau sebagai pencicah. Malah ia juga boleh dimakan bersama kentang bakar atau ikut kreativiti anda!
ARLA BUTTER
ARLA BUTTER
Arla Butter diperbuat daripada krim asli daripada lembu Danish. Ia dihasilkan daripada krim berkualiti tinggi dan mempunyai rasa mewan dan asli. Bagi Arla Butter Salted, ia mempunyai rasa asli dan penuh aroma dengan sedikit rasa masin daripada garam asli. Saya sukakan tekstur nya yang ringan yang mempunyai permukaan yang sedikit bersinar. Produk Arla Butter sesuai digunakan untuk membakar kek atau biskut, memasak, menggoreng atau sekadar sapuan di atas roti. Produk Arla ini juga sesuai dimakan oleh golongan vegetarian.
Bagaimana untuk mendapatkan produk Arla ini? Senang sahaja! Kini, produk Arla boleh didapati di pasaraya dan pasaraya besar seluruh Malaysia. Berita baik! Pengendali jualan barangan dapur atas talian MyGroser dan menariknya mereka menawarkan penghantaran PERCUMA jika anda membuat pembelian melebihi RM100. Klik pautan ini:
https://mygroser.com/en/promotion-listing?isPromotional=1&promotionId=115
Bukan itu sahaja! Happy Fresh juga turut menawarkan produk ini dengan 25% diskaun menerusi pautan ini:
https://m.happyfresh.my/promotions/products/3256801/?utm_source=hpd&utm_medium=social_media_Arla&utm_campaign=Arla_Cheese&Milk .
Layari laman sesawang www.arla.com atau terjah laman media sosial rasmi Arla bagi mendapatkan butiran lanjut berkaitan produk.
Bagaimana untuk mendapatkan produk Arla ini? Senang sahaja! Kini, produk Arla boleh didapati di pasaraya dan pasaraya besar seluruh Malaysia. Berita baik! Pengendali jualan barangan dapur atas talian MyGroser dan menariknya mereka menawarkan penghantaran PERCUMA jika anda membuat pembelian melebihi RM100. Klik pautan ini:
https://mygroser.com/en/promotion-listing?isPromotional=1&promotionId=115
Bukan itu sahaja! Happy Fresh juga turut menawarkan produk ini dengan 25% diskaun menerusi pautan ini:
https://m.happyfresh.my/promotions/products/3256801/?utm_source=hpd&utm_medium=social_media_Arla&utm_campaign=Arla_Cheese&Milk .
Layari laman sesawang www.arla.com atau terjah laman media sosial rasmi Arla bagi mendapatkan butiran lanjut berkaitan produk.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ARLA #PRODUK #RESIPI
0 Comments