SANITASI LEBIH MUDAH DAN EFEKTIF DENGAN CLEANTECH, SEMBURAN SANITASI DARI SWITZERLAND






Dunia kini sedang berdepan dengan ancaman virus Covid-19 yang boleh membawa maut. Kesan pandemik ini telah mengubah senario dunia secara total. Mahu atau tidak, virus ini telah menjajah bumi dan menyebabkan dunia sedang kacau bilau. Pelbagai cara telah dilakukan oleh setiap negara bagi membendung wabak ini agar tidak terus merebak. Arahan pematuhan SOP dikeluarkan dengan menitikberatkan penjarakkan sosial, pemakaian pelitup muka dan juga sanitasi tangan.

Iya, tidak dinafikan bahawa orang ramai kini mula sedar kepentingan menjaga kebersihan. Malah dapat dilihat penggunaan pelitup muka dan sanitasi tangan menjadi perkara wajib dalam rutin seharian. Saya sendiri tidak pernah menjangka bahawa sanitasi tangan dan pelitup muka bisa menjadi teman setia walau dimana saya saya berada kini. Bagi yang masih samar, sanitasi merupakan merupakan cara untuk mencegah sentuhan manusia daripada bahaya bahan buangan bagi memastikan kesihatan terpelihara. Bahaya ini mungkin datang dari segi fizikal, mikrobiologi dan agen-agen kimia bagi penyakit berkenaan. Cara pencegahan boleh dilakukan dengan menggunakan penyelesaian kejuruteraan (contohnya rawatan kumbahan dan sisa cecair buangan), teknologi mudah (contohnya tandas, tangki septik), atau amalan kebersihan peribadi (contohnya membasuh tangan dengan sabun).

Bagi konteks ini, saya membicarakan kepentingan sanitasi dalam amalan kebersihan setiap hari. Virus dan bakteria terlalu kecil untuk dilihat dari mata kasar. Ia boleh berada di mana-mana sahaja tanpa kita sedari seperti ketika kita sedang bersalaman, memegang barang, makan atau pun sedang tidur.

Banyak produk sanitasi tangan pelbagai jenama dipasaran namun kebanyakannya adalah dalam bentuk gel dan cecair. Saya secara jujur tidak begitu menyukai tekstur sanitasi tangan yang rata-rata melekit dan berbau bahan kimia sehingga saya menemui Cleantech Mist Spray, produk sanitasi berbentuk semburan yang berasal dari Switzerland.











Secara asasnya, ia sama fungsi seperti jenama sanitasi tangan yang lain tetapi apa yang menarik minat saya mengenai Cleantech Mist Spray ini adalah kualiti peranti semburan dan juga cecair sanitasi ini yang menggunakan teknologi dari Switzerland. Maka, Cleantech dapat membasmi kuman dan virus berbahaya dengan selamat dengan peranti semburan yang cukup bergaya. Jenama sanitasi tangan lain yang berasakan alkohol mempunyai bahan mudah bakar, melekit apabila digunakan ke atas barangan seperti peranti pintar dan wang kertas malah menyebabkan kulit tangan mudah mengelupas.

Tidak dinafikan, saya jatuh cinta dengan rupa bentuk peranti Cleantech Mist Spray ini yang cukup mobil. Saya boleh membawa peranti ini kemana-mana sahaja dengan menyelit di dalam poket atau meletakkan di dalam beg tanpa mengganggu ruang storan beg saya.


Cara penggunaannya juga cukup mudah. Laraskan butang kuasa dan teruskan menyembur di bahagian yang mahu disanitasi samada di kerusi, duit kertas, atas meja, pemegang pintu. Ia menggunakan kuasa bateri untuk beroperasi dan jika bateri habis, anda boleh mengecas semula. 







TEKNOLOGI BAHAN SANOSIL (SANOSIL INGREDIENT TECHNOLOGY)

Peranti Cleantech Mist Spray ini didatangkan dengan cecair pembasmi pelbagai guna dipanggil Sanosil yang diimport terus dari Switzerland. Sanosil merujuk kepada pembasmi antivirus berasaskan hidrogen peroksida dan ion perak (silver) yang digunakan untuk membersihkan air bagi kegunaan komersial dan industri. Ia adalah produk telah dipatenkan dan menyingkirkan pathogenic amoeba, bakteria, biofilms, kulat dan virus. Cecair pembasmi kuman Cleantech ini dihasilkan oleh syarikat Sanosil AG dari Switzerland dan telah bertapak sejak tahun 1982 lagi.

Sebagai syarikat yang mempunyai kepakaran dalam pembuatan bahan kimia industri, Sanosi AG juga merupakan pengedar dan pemborong produk pembasmi kuman Sanosil di seluruh dunia. Malah pengalaman lebih 35 tahun dalam bidang ini, aplikasi mereka yang dipatenkan telah digunakan dalam pelbagai industri antaranya industri air, kesihatan awam, pengurusan kemudahan, industri makanan dan minuman. Anda boleh merujuk laman sesawang rasmi www.sanosil.com untuk mendapatkan informasi lanjut.


SANOSIL IS NEXT GENERATION
  • Mengandungi: H2O2 & Ion Perak.
  • Berkesan melawan H1N1 / Covid 19 / H3N8 (microlab GmbH, Germany). 
  • Telah diuji tidak toksik kepada kulit manusia (National Institute of Public Health Prague).
  • Tidak menghakis terhadap besi (LB Logistikbetrebe AG, Germany). 
  • Lulus ujian EN1500 untuk kebersihan sanitasi tangan. 
  • Tiada alkohol dan klorin. 
  • Bebas pewangi dan pewarna. 
  • Biodegradasi. 
  • Tidak mudah terbakar. 
  • Tiada bahan daripada haiwan. 
  • Sesuai untuk semua permukaan. 

Sememangnya Cleantech Mist Spray ini cukup selamat dan praktikal untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Saya kini lebih yakin untuk berada di tempat awam dengan adanya Cleantech bersama saya. Produk Cleantech juga turut mempunyai produk semburan tangan dan juga isian semual cecair pembasmi kuman. Jadi apa tunggu lagi? Layari www.thebattlemind.com atau hubungi 014-3647409 untuk mendapatkannya sekarang! Untuk masa terhad, anda boleh dapatkan diskaun 5% dengan menggunakan kod promo CLEANTECH03 ! Jangan lupa ikuti laman Instagram rasmi di www.instagram.com/thebattlemind untuk informasi lanjut.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #CLEANTECH #MISTSANITIZER #COVID19 #BATTLEMIND


0 Comments