PROTON LANCAR SAGA EDISI ULANG TAHUN, TERHAD KEPADA 1,100 UNIT!






Tarikh 9 Julai 1985 memahat sejarah buat Malaysia dalam bidang automatif dengan pelancaran PROTON SAGA sekaligus membuktikan bahawa Malaysia mampu mengeluarkan kereta sendiri. Satu pencapaian negara yang harus dibanggakan. Malah sehingga kini, PROTON masih mampu berdiri teguh dan boleh berbangga dengan penghasilan variasi model di bawah jenamanya. Diam tak diam, Proton Saga sudah berusia 35 tahun dengan pelbagai versi telah dikeluarkan. Model kereta pertama negara ini sudah sinonim dalam tetap ikonik di jiwa rakyat Malaysia. Proton Saga berjaya menempatkan kedudukan sebagai model terlaris di Malaysia secara kumulatif dalam rangkaian penawaran PROTON dengan penjualan 1.8 juta unit telah terjual sejak ia dilancarkan 35 tahun lalu. Jelas, Proton Saga adalah model paling digemari dari rangkaian produk Proton.

Sejak 35 tahun yang lepas, PROTON telah menjadi pemangkin pengindustrian kepada ekonomi negara, memacu perkembangan keseluruhan ekosistem permbuatan automotif di Malaysia, menjadi salah satu negara di dalam dunia yang mengeluarkan kereta sendiri.

“Proton Saga merupakan kereta yang menaikkan nama Malaysia, dan mengembangkan ekonomi negara sehingga kini,” ujar Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi PROTON.

Bagi meraikan ulang tahun Proton Saga yang ke-35 yang jatuh pada 9 Julai 2020, Proton telah memperkenalkan Saga Edisi Ulang Tahun secara maya di Laman Facebook rasmi Proton Cars. Buah tangan ekslusif dari Proton ini didatangkan dengan warna hitam dan kemasan kuning pada dalam dan luaran kereta tersebut dan harga yang ditawarkan adalah untuk Saga Edisi Ulang Tahun ini adalah RM39,300, sama seperti Saga Premium AT sedia ada selepas ditolak rebat cukai jualan. Memandangkan ia adalah model istimewa, Proton hanya menghasilkan sebanyak 1,100 unit sahaja.








Sudah pasti dengan keluaran khas Proton Saga ini ditambah pula dengan harga tanpa cukai jualan, pengguna di Malaysia boleh meraikan 35 tahun Proton Saga yang memacu Rakyat Malaysia dengan Intelligent Proposition yang lebih bermakna.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato’ Radzaif Mohamed berkata “35 tahun yang lalu menjadi bukti dedikasi Proton untuk menghasilkan produk seperti yang rakyat impikan. Untuk beberapa dekad yang akan datang, kami menumpukan untuk memberikan produk, perkhidmatan dan pengalaman yang lebih berkualiti lagi. " 








Hadir sama dengan model edisi ulang tahun ini adalah pakej aksesori termasuk Front Skirting, Side Skirtings, Door Visors, Hood Insulator, Trunk Lid Cover dan Boot Tray yang berharga pada RM2,035. Turut boleh boleh dibeli secara berasingan dan digunakan untuk model Saga 2019, pakej ulang tahun ini menawarkan kos penjimatan hebat iaitu sebanyak RM315 berbanding jika dibeli berasingan yang berjumlah RM2,350.

“Saga Edisi Ulang Tahun adalah hadiah istimewa pada hari yang istimewa untuk rakyat Malaysia. Ini merupakan cara kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan anda kepada Saga sejak 35 tahun yang lalu. Anda boleh membuat tempahan sekarang dengan mengunjungi pusat jualan kami atau melakukannya secara dalam talian,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong. 


UDARA YANG LEBIH SEGAR UNTUK SEMUA PEMILIK PROTON.

Selain itu, tambahan hadiah sempena ulang tahun ini adalah penapis Kabin N95 PROTON, di mana sebelum ini hanya terdapat pada Proton X70 yang juga akan terdapat pada model Saga, Persona, Iriz dan Exora bermula hari ini. Pemilik sedia ada mempunyai pilihan untuk membeli Penapis Kabin N95 pada harga RM59, tidak termasuk caj pekerja. Untuk masa yang terhad sehingga 9 Oktober 2020, terdapat 15% diskaun bagi harga penapis N95 ini. 


Jadi apa anda tunggu lagi! Terus ke mana-mana pusat jualan Proton berhampiran untuk merasai sendiri pengalaman memandu Proton Saga Edisi Ulang Tahun ini. Layari https://www.proton.com/en untuk maklumat lanjut. Saga, Driving Malaysians! 


KREDIT FOTO: LAMAN FACEBOOK RASMI PROTON CARS.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #INSPIRINGCONNECTIONS #HIPROTON #PROTONSAGA #INTELLIGENTPROPOSITION #35THANNIVERSARY #35YEARSSAGADRIVINGMALAYSIANS #SAGAANNIVERSARYEDITION

0 Comments