PENGALAMAN MENGINAP HUJUNG MINGGU DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR






Ramai juga yang bertanya saya kenapa saya suka menginap di hotel. Siapa yang tak suka tidur di hotel bukan? Nikmat dapat baring di atas katil bersama bantal yang empuk ditambah pula suhu bilik yang dingin seperti berada di mahligai mewah. Belum lagi dapat layanan mesra warga kerja hotel bak VIP, dapat makan di restoran hotel berstatus mewah. Itulah antara sebab kenapa saya suka menginap di hotel. Lagipun aktiviti sebegini ibarat ganjaran kepada diri setelah penat berkerja. Sesekali tidak salah manjakan diri dengan treatment sebegini.

Edisi #HotelHunting kali ini, saya akan bawakan kepada anda pengalaman saya bersama rakan-rakan menginap pada hujung minggu di salah sebuah rangkaian hotel Dorsett iaitu Dorsett Hartamas Kuala Lumpur.

Dorsett Hartamas Kuala Lumpur yang mempunyai 290 buah bilik ini adalah hotel bertaraf 4 bintanng di pinggir Kuala Lumpur. Lokasi Sri Hartamas adalah kawasan elit yang berkembang pesat. Di sekitar hotel terdapat banyak kafe, restoran dan bar dalam pilihan, pusat membeli-belah moden dan berhampiran dengan pusat pameran terbesar di Malaysia, MITEC (Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia) menjadikan Sri Hartamas sebagai tempat bersantai yang popular untuk golongan muda, keluarga dan juga ahli korporat. Tarikan lain yang berada berhampiran dengan Dorsett Hartamas Kuala Lumpur adalah pusat membeli-belah Hartamas (3 minit), KLCC (15 minit), Pusat Sains Negara (10 minit) dan pusat membeli-belah Publika (5 minit).


Saya harus akui bahawa hotel Dorsett Hartamas Kuala Lumpur pasti asing bagi sebilangan dari anda. Soalan pertama yang pasti terlintas di minda adalah ada apa di Sri Hartamas? Bukan ia hanya sebuah kawasan residensi bertaraf elit ke? Soalan-soalan ini timbul barangkali timbul kerana kebanyakan dari kita akan cenderung untuk menginap di hotel yang berdekatan samada dengan tempat pelancongan atau pengangkutan awam.

Dorsett Hartamas Kuala Lumpur sebenarnya lebih kepada hotel transit dan business hotel dimana kebiasaanya para pengunjung terdiri daripada mereka yang mempunyai urusan di kawasan sekitar. Namun pada pengamatan saya, hotel ini sebenarnya cukup sesuai bagi mereka yang mahukan privasi kerana ia terhindar daripada hiruk piruk kotaraya.

Saya pernah menginap di Dorsett Grand Subang dan Dorsett Residences Kuala Lumpur, jadi mahu juga tahu apa yang Dorsett Hartamas Kuala Lumpur tawarkan kepada umum. Jadi saya telah menempah bilik jenis Executive Suite. Pilihan bilik lain adalah Superior Room, Dorsett Room, Deluxe Suite dan Dorsett Suite. Sebagai makluman, saya menempah bilik di Dorsett Hartamas Kuala Lumpur ini dengan menggunakan promosi Dorsett Hartamas 3 Wishes. Anda boleh rujuk pautan ini untuk lanjut berkenaan promosi tersebut.

KLIK SINI: https://www.dorsetthotels.com/en/dorsett-hartamas-kuala-lumpur/offers/index.html

Saya memilih untuk menginap di Executive Suite memandangkan tujuan #HotelHunting kali ini adalah lebih kepada mahukan pengalaman penginapan mewah dan privasi. Malah anda boleh membuat permintaan menambah tilam jika perlu. Suprisingly, harga yang ditawarkan untuk bilik-bilik disini tidak mahal seperti yang saya sangka. Barangkali lokasi hotel Dorsett Hartamas Kuala Lumpur ini bukan di lokasi tumpuan utama. Walaupun begitu, pada saya kedudukan hotel ini tidaklah terlalu pinggir, malah ia berhampiran dengan Mont Kiara, Bangsar, Damansara Perdana dan juga bandaraya Kuala Lumpur sendiri. Sekiranya anda tidak punya kenderaan sendiri, pihak Dorsett Hartamas ada menawaran servis shuttle van untuk anda ke lokasi-lokasi tertentu dan juga airport shuttle bagi anda yang mahu ke lapangan terbang.

JADUAL SERVIS VAN SHUTTLE

Melangkah masuk di ruang lobi, saya terpukau dengan hiasan dalaman yang cukup minimalis tapi tetap nampak mewah. Dekorasi hotel Dorsett Hartamas Kuala Lumpur ini tidak memerlukan hiasan dan perabot yang sarat. Cukup dengan permainan lampu dan dinding cermin yang memberi impak luxury look.








Usai daftar masuk, saya terus menuju ke kamar Executive Suite. Saat pintu dibuka, saya terkesima. Ruang suite cukup luas dan selesa. Berkeluasan 592 kaki persegi, Executive Suite ini menyediakan ruang menonton TV, katil bersaiz king, meja kerja dan kamar mandi beserta tab mandi. Saya sukakan hiasan dalaman suite ini yang cukup kotemporari. Jangan berharap untuk mendapatkan pemandangan dari jendela yang memukau kerana sekitar hotel ini hanyalah bangunan sahaja.














Aktiviti selepas daftar masuk hanyalah lepak santai di dalam kamar sahaja memandangkan misi kali ini adalah untuk berehat dan menenangkan jiwa. Cuma saya sempat berjalan kaki ke pusat membeli-belah Hartamas untuk membeli juadah makan makan. Jaraknya memang dekat dan anda hanya perlu menggunakan jejantas khas yang menghubungkan terus antara kedai disebelah hotel dengan bangunan pusat membeli-belah tersebut.

Esok pagi, saya bangun untuk bersarapan pagi di restoran Table Talk yang terletak di aras Mezzanine. Saya sukakan dekorasi restoran ini yang moden dan minimalis. Pilihan makanan juga berbaloi namun kualiti rasa tidaklah mengagumkan saya. Namun tidaklah tidak sedap dek tekak. Cuma kurang rasa wow disitu.















Selesai menjamu selera saya langsung menerjah beberapa fasiliti yang terdapat di hotel Dorsett Hartamas Kuala Lumpur ini. Antara fasiliti yang disediakan adalah ruang parkir percuma untuk tetamu hotel dan di aras 27 terdapat kolam renang lengkap dengan wading pool dan jakuzi, gimnasium dan bilik khas untuk kanak-kanak.









Secara peribadi, saya suka menginap di Dorsett Hartamas Kuala Lumpur ini. Walaupun lokasi hotel tidak lah strategik secara amnya, namun ia bukanlah alasan untuk saya tidak jatuh cinta dengan hotel Dorsett Hartamas Kuala Lumpur ini. Saya dapat rasa vibes mewah dan privasi secara total. Malah saya bayangkan seperti berada di kediaman sendiri kerana saya dapat rasa keselesaan sepanjang menginap pada hujung minggu. Lagi mengujakan saya adalah harga yang ditawarkan jauh lebih murah dari apa yang saya sangka. Bayangkan sebuah suite mewah yang biasanya bernilai hampir RM1 ribu di hotel lain, tapi Dorsett Hartamas Kuala Lumpur mampu memberi tawaran harga tidak sampai RM500/malam (pada waktu saya menginap disini). Cuma kekurangan hotel ini adalah ia tidak mempunyai perkhidmatan dalam bilik jadi jika anda kelaparan, anda harus membeli makanan secara atas talian menggunakan aplikasi penghantaran makanan.

Layari laman sesawang Dorsett Hartamas Kuala Lumpur atau laman media sosial rasmi untuk mendapatkan butiran lanjut. Selamat bercuti!


ALAMAT DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR 
D-G-08, PLAZA DAMAS 3, 
NO. 63, JALAN SRI HARTAMAS 1, 
TAMAN SRI HARTAMAS, 
50480 KUALA LUMPUR. 

EMAIL: info.hartamas@dorsetthotels.com 

TELEFON: +603 6209 8888 

LAMAN SESAWANG RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #DORSETTHARTAMAS #STAYVIBRANT #STAYLOCAL #HOTELHUNTING

0 Comments