PAKEJ KE SANA KE SINI KE SUNWAY YANG SANGAT BERBALOI UNTUK SEISI KELUARGA BERCUTI, MEMANG AMAZING SUNWAY CITY KUALA LUMPUR!






Sebut tentang Sunway, pertama terlintas di minda saya adalah Sunway Pyramid dan Sunway Lagoon. Namun hakikatnya jenama Sunway mempunyai empayar bisnes yang cukup gah di Malaysia dan luar negara. Kumpulan Sunway yang merupakan gabungan syarikat multi indutsri terbesar di Malaysia memiliki pelbagai cabang perniagaan yang boleh saya katakan melengkapi kehidupan masyarakat seperti bidang hartanah, perkhidmatan, pendidikan, kesihatan, peruncitan dan banyak lagi. Jelas disini, Sunway telah memainkan peranan yang penting dalam pembentukan komuniti dan gaya hidup rakyat Malaysia khususnya dan dunia secara am.

Antara cabang perniagaan di bawah kumpulan Sunway yang cukup terkenal adalah rangkaian hotel, taman tema air dan juga peruncitan. Anda boleh lihat sendiri keajaiban Sunway City Kuala Lumpur, salah satu destinasi wajib kunjung di Malaysia yang menawarkan pelbagai pilihan hiburan, riadah dan gaya hidup yang saling berintegrasi di dalam kawasan seluas 800 ekar. Dengan lebih 42 juta pengunjung saban tahun, wilayah Sunway City Kuala Lumpur menempatkan Taman Tema terbaik Asia, Sunway Lagoon, pusat membeli-belah terkemuka yang telah merangkul pelbagai anugerah iaitu Sunway Pyramid dan tidak ketinggalan hotel bertaraf 4 bintang, Sunway Pyramid Hotel.

Semua sedia maklum pandemik Covid-19 telah merencatkan pelbagai sektor termasuk pelancongan. Maka, dengan kelonggaran yang telah diberikan oleh kerajaan untuk membuka kembali industri pelancongan domestik, Sunway menawarkan pakej Ke Sana Ke Sini Ke Sunway untuk merancakkan semula sektor pelancongan dalam negara yang terjejas. Menerusi pakej Ke Sana Ke Sini Ke Sunway ini, anda dan keluarga boleh membeli-belah, bersuka-ria, nikmati makanan lazat dan menginap di hotel pada harga yang cukup murah iaitu RM499 sahaja walhal nilai pakej ini sebenarnya RM1599. Anda akan menikmati penjimatan sehingga 70%. Pakej Ke Sana Ke Sini Ke Sunway merangkumi penginapan di Sunway Pyramid Hotel selama 3 hari 2 malam, aktiviti santai di Sunway Lagoon dan juga baucar istimewa dari pusat membeli-belah Sunway Pyramid.




SUNWAY PYRAMID HOTEL 







Sunway Pyramid Hotel merupakan hotel bertaraf 4 bintang dengan 564 bilik dan suite dibina di dalam kawasan Sunway City Kuala Lumpur. Lokasi hotel ini yang bersebelahan dengan pusat membeli-belah Sunway Pyramid dan taman tema Sunway Lagoon adalah pilihan penginapan terbaik buat anda.

Semua hotel dibawah Sunway termasuk Sunway Putra Hotel mengamalkan program Sunway Safe Stay dengan hampir 30 pengukuran keselamatan diaplikasi seperti amalan kebersihan, interaksi sosial dan protokol di tempat kerja untuk mengekang wabak Covid-19. Semua warga kerja harus memakai pelitup muka dan sarung tangan ketika mengendalikan penghantaran bagasi dan penyediaan makanan.



Penjarakan sosial sentiasa dipantau seperti ketika beratur di kaunter dan ketika diberada dalam lif. Perabot di kawasan lobi juga telah disusun dan ditandakan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Pembersihan kerap juga dilakukan di kawasan awam dalam hotel seperti kenderaan untuk tetamu hotel menggunakan pembasmi kuman gred perubatan.

Untuk setiap kamar, pemberitahuan di pintu diletakkan agar para tetamu maklum bahawa pembersihan mengikut SOP telah dilakukan, dengan fokus pada 10 area titik sentuh tinggi di dalam ruangan. Kad kunci bilik tetamu akan dibasmi kuman sebelum dan selepas digunakan. Atas faktor keselamatan, para tetamu boleh memilih untuk tidak membenarkan pekerja hotel memasuki bilik mereka selama mereka menginap. Peringatan kesihatan dan kebersihan akan diletakkan di seluruh kawasan termasuk cara yang betul untuk memakai, mengendalikan dan membuang pelitup muka.



SUNWAY LAGOON 







Taman Tema Sunway Lagoon adalah pusat sehenti untuk keseronokan dengan lebih 90 daya tarikan ditawarkan di dalam kawasan berkeluasan 88 ekar. Ia terbahagi kepada 6 zon cabaran iaitu Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park, Scream Park & Nickelodeon Lost (Asia’s 1st Nickelodeon Themed Land) yang pasti memberi anda pengalaman terulung dalam taman tema.

Sunway Lagoon juga mengamalkan SOP bagi memastikan anda selamat ketika bersuka ria. Semua warga pekerja harus mengisi borang deklarasi secara digital, mengambil suhu badan dan memakai pelitup muka sepanjang masa. Demi keselamatan pengunjung, pembelian tiket secara atas talian amatlah digalakkan.



Di semua taman tema Sunway, cecair sanitasi tangan boleh didapati di setiap bahagian premis dan boleh digunakan sebelum dan selepas sesi makan haiwan oleh pengunjung di Taman Hidupan Liar Sunway Lagoon dan Lost World of Tambun Petting Zoo. Apabila memasuki taman tema, para tetamu mesti dibasmi kuman di ruang pembasmi kuman. Di tempat-tempat tarikan taman air, ujian air yang konsisten dilakukan untuk memastikan kebersihan.

Dengan menerapkan "norma-norma baharu" setelah perintah kawalan pergerakan, semua pintu masuk dan tempat duduk serta tempat makan akan dibatasi untuk memastikan penjarakan sosial.

Semua kawasan titik sentuh tinggi dibersihkan setiap dua jam, sementara setiap mainan di taman tema akan dibersihkan setiap kali selepas digunakan.



SUNWAY PYRAMID 







Dibuka kepada umum pada 1997, Sunway Pyramid yang juga pusat membeli-belah bertema yang pertama di Malaysia telah mengalami tranformasi sebagai antara pusat membeli-belah terkemuka di Malaysia dan Asia. Mengangkat inspirasi dan senibina Arab, Sunway Pyramid adalah pusat sehenti dan syurga membeli-belah terbaik untuk anda.

Sama seperti semua pusat membeli-belah Sunway, Sunway Pyramid Mall beroperasi sejajar dengan cogan kata Sunway Malls "Your Safe Space, Our Safe Space" dimana lebih dari 82 langkah diambil sebagai "norma baharu" untuk semua rangkaian pusat membeli-belah dibawah kendalian Sunway.

Sunway sentiasa memantau penjarakan sosial dengan melakukan pemeriksaan berkala dan juga melatih kakitangan dan penyewa premis bagi memastikan anda selamat. Pasukan Sunway Pyramid Mall akan melakukan pembersihan secara konsisten dan memastikan pemeriksaan keselamatan yang lebih baik dilakukan.


Stesen sanitasi telah ditempatkan di seluruh pusat membeli-belah, dan semua titik sentuhan yang kerap seperti pemegang tangan, butang lif dan pemegang pintu dibersihkan setiap 45 minit untuk mengelakkan kuman dan bakteria merebak.

Untuk memastikan kawasan permainan dan semua kemudahan mesra kanak-kanak bebas dari kuman, Sunway membasmi kuman pada tempat yang ditentukan menggunakan teknologi Smartcoat Nano Coating yang berasaskan air dan mesra alam bagi menghapuskan pembiakan virus dan meningkatkan kualiti udara di dalam bangunan.

Peringatan mesra diletakkan di seluruh pusat membeli-belah dengan tambahan bantuan pegawai penjarakan sosial dan duta perkhidmatan pelanggan bagi menggalakkan pengunjung mengamalkan kebersihan dan penjarakan sosial sepanjang masa.


Berbalik kepada pakej Ke Sana Ke Sini Ke Sunway. Pakej ini adalah untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak dibawah umur 12 tahun. Jadi penawaran pakej Ke Sana Ke Sini Ke Sunway semestinya cukup berbaloi untuk anda yang dahagakan percutian bersama keluarga tersayang kerana anda bukan sahaja dapat bersantai bersama keluarga tetapi anda boleh berjimat besar. Sebagai info, pakej bernilai RM499 ini adalah untuk bilik jenis Deluxe sahaja. Sunway juga turut menawarkan harga istimewa dan pada hemat saya masih berbaloi untuk pakej Ke Sana Ke Sini Ke Sunway bagi bilik Deluxe Park, Deluxe Executive dan Family Room.

PAKEJ KE SANA KE SINI KE SUNWAY RM499*
  • Penginapan 3 Hari 2 Malam di Hotel Sunway Pyramid untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak** termasuk sarapan pagi. (Bilik Deluxe).
  • Tiket masuk ke taman tema air Sunway Lagoon untuk 2 dewasa & 2 kanak-kanak**. 
  • Baucar ‘kejutan’ bernilai RM200 yang boleh anda tebus di rangkaian premis Sunway Pyramid terpilih. 
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
**Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.




Anda boleh membeli pakej Ke Sana Ke Sini Ke Sunway bermula 6 Julai 2020 sehingga 20 Julai 2020 dan penempahan penginapan adalah dari 7 Julai 2020 sehingga 31 Oktober 2020. Layari https://www.sunway.city/kualalumpur/kesanakesini sekarang kerana promosi ini hanya untuk masa terhad. Ikuti juga LAMAN FACEBOOK RASMI SUNWAY CITY untuk info lanjut.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SUNWAYCITYKUALALUMPUR #KESANAKESINIKESUNWAY

3 Comments