Lulu Hypermarket, bahagian peruncitan Lulu Group International menawarkan variasi produk dan perkhidmatan pastinya memberi pengalaman terbaik membeli- belah kepada pengguna sering dengan slogan 'LuLu, where the world comes to shop'. Dengan mempunyai 188 buah cawangan di 22 negara seluruh dunia, Lulu optimis dalam meletakkan nama mereka sebagai jenama peruncitan terulung di dunia.
Dengan hanya berbelanja RM75 dalam satu resit, anda layak untuk menyertai peraduan Belanja & Menang dan seterusnya merebut pelbagai hadiah lumayan termasuk hadiah utama berupa 6 baucar membeli belah selama setahun bernilai RM12 ribu. Dalam erti kata lain, 6 orang pemenang hadiah utama ini akan mendapat tajaan membeli-belah PERCUMA bernilai RM12 ribu di Lulu Hypermarket. Lebih banyak anda berbelanja, lebih besar peluang anda untuk menang! Nilai keseluruhan hadiah yang ditawarkan sempena Bonanza Ulang Tahun Belanja & Menang Lulu Hypermarket ini mencecah RM 200 ribu. Pastinya ganjarang hadiah lumayan ini cukup berbaloi buat anda, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Peraduan Belanja & Menang Lulu Hypermarket ini berlangsung dari 1 Julai 2020 sehingga 30 September 2020. Cabutan pemenang akan dibuat pada 1 Ogos 2020, 5 September 2020 dan 3 Oktober 2020.
CARA PENYERTAAN BONANZA ULANG TAHUN BELANJA & MENANG LULU HYPERMARKET
- Belanja minumun RM75 dalam satu resit di mana-mana cawangan Lulu Hypermarket (Capsquare dan 1 Shamelin Mall). Lagi banyak anda belanja, lagi cerah peluang anda untuk menang.
- Dapatkan kupon penyertaan di kaunter perkhidmatan pelanggan.
- Isikan butiran yang dikehendaki dan masukkan kupon peenyertaan di dalam tong khas yang diletakkan dihadapan pintu masuk Lulu Hypermarket.
FESTIVAL MAKANAN SEDUNIA 2020 DI LULU HYPERMARKET
Selain peraduan Bonanza Ulang Tahun Belanja & Menang, Lulu Hypermarket turut menjalankan promosi Lulu World Food 2020 Festival buat para pengunjung. Bermula dari 3 Julai 2020 sehingga 13 Julai 2020, festival makanan sedunia ini menampilkan variasi produk makanan dari serata dunia kepada pelanggan setia di Malaysia.
Selama festival ini berlangsung, para pelanggan akan disajikan dengan pelbagai juadah makanan dengan tema berlainan setiap hari seperti manisan dari Arab dan India, Biryani, Chaat dan Bakeri, Kek dan Pastri, Pizza dan Pasta dan Makanan Sihat. Bukan itu sahaja! Lulu Hypermarket juga menawarkan potongan harga murah bagi pelbagai barangan runcit dan aktiviti menarik buat pengunjung. Ini pastinya akan memberi penjimatan berlipat kali ganda dan pengalaman menarik kepada anda yang datang berbelanja di Lulu Hypermarket.
Raikan ulang tahun Lulu Hypermarket dengan berkunjung ke mana-mana cawangan Lulu samada di Capsquare Jalan Munshi Abdullah atau 1 Shamelin Mall Cheras. Jangan ketinggalan untuk merebut peluang emas ini kerana tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu! Mana tahu rezeki dapat menjadi 6 pelanggan bertuah yang bakal menerima tajaan sepenuhnya membeli-belah di Lulu Hypermarket selama setahun dan juga pelbagai hadiah lumayan daripada gajet, perkakas elektrik dan baucar. Selamat Ulang Tahun Lulu Hypermarket!
LAMAN SESAWANG RASMI
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #LULUMALAYSIAWORLDFOOD2020 #LULUSHOPANDWIN #ONEYEARFREESHOPPINGLULU #LULUKL #LULUSHAMELIN #LULUMALLMALAYSIA
0 Comments