Sejak kerajaan mengumumkan fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), beberapa sektor sudah mula dibenarkan beroperasi kembali. Ini sudah pasti satu berita gembira buat semua pihak khususnya pemain industri. Antara industri terbabit adalah industri pelancongan domestik dimana banyak tarikan pelancongan sudah mula dibuka dengan pengalaman SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Salah satu produk pelancongan yang sudah membuka pintu kepada umum adalah Taman Burung Kuala Lumpur atau KL Bird Park.
KL Bird Park yang juga merupakan The World Largest Free-Flight Walk-In Aviary berkeluasan 20.9 ekar dan menjadi destinasi eco pelancongan yang mesti dilawati jika anda berada di Kuala Lumpur. Dibuka secara rasmi pada tahun 1991, Taman Burung Kuala Lumpur yang berkonsepkan free-flight ini dihuni lebih 3 ribu ekor habitat burung dengan anggaran 200 spesis tempatan mahupun dibawa khas dari luar negara.
KLIK SINI: https://www.thisisreef.com/2018/03/3-ribu-ekor-burung-dari-pelbagai-spesis.html
Memandangkan Malaysia berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), jadi sudah pasti KL Bird Park tidak terkecuali daripada pengamalan pematuhan SOP. Ini bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dan pada masa memastikan setiap pengunjung yang hadir selamat sewaktu berada dalam kawasan KL Bird Park. Antara pematuhan SOP yang diamalkan adalah pendaftaran serta pengambilan suhu badan di pintu masuk utama. Selain itu, setiap pengunjung harus melakukan penjarakan sosial pada setiap masa.
KL Bird Park beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari terbahagi kepada 4 zon kawasan. Setiap zon menawarkan tarikan spesies burung berbeza yang pastinya menarik perhatian pengunjung. Malah setiap zon juga memberi pengalaman berbeza yang pastinya mencuit hati. Jangan lupa juga untuk menyaksikan beberapa pertunjukan istimewa daripada beburung di KL Bird Park yang pastinya mencuit hati. Anda boleh dapatkan jadual pertunjukan dengan merujuk kepada kakitangan KL Bird Park.
KLIK SINI: https://www.thisisreef.com/2017/05/menjamu-selera-sambil-mendengar-kicauan.html
Bagi anda yang sedang merangka aktiviti untuk percutian di Kuala Lumpur, pastikan KL Bird Park berada dalam senarai anda! Sempena meraikan pembukaan semula KL Bird Park, nikmati harga tiket dengan potongan harga istimewa. Jangan lepaskan peluang ini kerana promosi ini adalah untuk tempoh terhad!
LOKASI KL BIRD PARK MALAYSIA
920, JALAN CENDERAWASIH,
TAMAN TASIK PERDANA,
50480 KUALA LUMPUR.
TELEFON: 03 - 2272 1010
Email: info@klbirdpark.com
LAMAN WEB RASMI:
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #KLBIRDPARK #CUTICUTIMALAYSIA #TRAVEL
1 Comments
Saya pergi ke sana bulan lepas, tak secantik gambar bro.
ReplyDelete