Tidak mahu memberi komen atau maklum balas terhadap beberapa artis atau agamawan yang memberi pelbagai reaksi terhadap dirinya yang menyahut cabaran Lathi atau “Lathi Challenge”, pengasas produk kosmetik terkenal ANAS Cosmetics, Anas Zahrin bagaimanapun berbangga usahanya menampilkan proses transformasi solekan khas dipuji ramai.
Bahkan penyanyi asal lagu Lathi dari Indonesia yang menggelarkan diri mereka sebagai Weird Genius secara kolaborasi bersama penyanyi cantik molek Sara Fajira, juga penulis lirik yang dikenali sebagai “@ybrap” serta jurusolek muda popular “@jharnabhagwani” yang mempunyai jutaan pengikut Indonesia dan Malaysia di laman instagram juga memberikan komen sangat membina buat anak muda dari Malaysia ini.
Malah penyanyi, komposer, warganet dari seberang termasuk Instafamous terkenal, Mimi Peri juga melayangkan ucapan pujian kepadanya. Ini menjadi salah satu platform terbaik buat anak muda ini untuk membuka mata semua bahawa, hasil seni sebegini juga boleh di terima sehingga ke negara seberang.
Tak ketinggalan selebriti tempatan seperti Datin Diana Danielle, Zulin Aziz, Bella Astillah, Uyaina Arshad, Nadiyah Shahab serta ramai lagi juga memuji usahanya itu.
Video transformasi wajah lelaki biasa kepada putera jawa seterusnya menjadi sosok seram yang dimuat naik itu juga ditonton hampir 600,000 orang selain lebih 7 ribu komen diterima dan mendapat reaksi lebih 20 juta di laman Twitter & Instagram, membuatkan video yang di muat naik Anas antara yang terbaik di Malaysia dan Indonesia setakat ini.
ANAS ZAHRIN |
“Setiap orang ada pandangan, reaksi dan terjemahan masing masing dalam hal ini. Ia sangat subjektif. Ada yang menerima dan sebaliknya.
“Saya menerima semua komen dengan hati terbuka dan lapang dada. Mengejutkan ramai yang memuji usaha saya menampilkan transisi solekan yang rata rata melihatnya cukup sempurna dan kreatif”
“Lebih utama saya mahu orang ramai menghargai sentuhan dan bakat jurusolek tidak mengira samada komersial (beauty makeup) atau kesan khas (sfx makeup),” katanya.
Anas berkata dia melihat terjemahan video cabaran berkenaan kepada realiti kehidupan yang mana video yang di terjemahkan ada maksud tersendiri.
“Manusia tidak pernah sempurna. Pasti akan ada satu perasaan, rasa nakal, jahat, rasa negatif dalam diri kita yang kita cuba dan sedang lawan supaya tidak menguasai diri kita. Syaitan itu benar wujud dan sedaya upaya nak buat kita fikir benda bukan bukan, hasut buat benda tak baik serta nak hancurkan hidup kita semua umat manusia.
“Jadi sosok Putera Jawa menunjukkan sisi baik atau positif dalam diri kita kita manakala Makhluk Jahat atau dianggap hantu pula melambangkan sisi negatif. Kedua sisi ini cuba berjuang serta lawan antara satu sama lain. InsyaAllah, jika sisi baik dalam diri kita kuat, cekal juga tabah dan dengan izin kuasa Allah, pasti berjaya lawan semua perasaan negatif dan jahat.
“Kesimpulannya yang saya sendiri buat ialah kita manusia biasa ada sisi baik (positif) dan sisi satu lagi (negatif). Dua sisi itu berperang sesama sendiri. Semoga kita semua menjadi insan positif dan lakukan kebaikan serta beri manfaat kepada orang lain. Terus positif,” katanya.
Anas memberitahu dia mengambil masa tiga hari melunaskan cabaran solekan berkenaan.
“Proses menyolek ini memakan masa apatah lagi ia membabitkan kesan visual khas. Bayangkan proses suntingan pun memakan masa satu hari. Semua ini takkan dapat direalisasikan dengan khidmat jurusolek profesional artis serta jurusolek profesional kesan khas. Merekalah yang menghidupkan semua ini. Fungsi dan peranan mereka amat penting serta wajar dikedepankan.
“Malah menerusi cabaran ini juga ramai teman jurusolek bergabung melakukan video transformasi solekan, bila lagi kita nak lihat jurusolek dan jurusolek kesan khas bergabung, lihat dari sudut yang positif” katanya.
Dalam perkembangan lain, Anas memberitahu yang jenama ANAS Cosmetics akan mengeluarkan koleksi Edisi Klasik bertemakan batik yang di reka sendiri oleh pereka profesional dengan harga mampu milik hujung bulan ini yang mana pilihan warna mengikut kesesuaian warna kulit wanita Asia, juga menampilkan selebriti terkenal Datin Diana Danielle sebagai wajah koleksi ini
“Serlahkan Warna Sebenar Anda (Show Your True Colours) menjadi tagline khas untuk semua,” katanya lagi.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #BERITA #VIRAL
0 Comments