Sebut nama Subway, sudah pasti anda terbayangkan roti panjang yang diisi dengan variasi inti yang sedap dan meriah dengan sayur-sayuran segar. Menjadi antara restoran makanan segera terkemuka dunia yang fokus kepada menu lebih sihat, Subway Malaysia sentiasa inovatif dalam menghasilkan menu baru buat penggemar setia.
Terbaru, Subway Malaysia memperkenalkan bukan satu tetapi DUA menu sandwich baru EDISI TERHAD dengan rasa lebih pedas. Semua tahu pedas dan rakyat Malaysia cukup sinonim. Jadi dengan kemunculan dua menu dalam senarai pilihan HOT & SPICY Subway Malaysia ini dapat memberi lebih nikmat dalam setiap kunyahan. Dua menu yang dibawa masuk ke dalam menu Subway Malaysia adalah Hot Pepper Chicken dan Spicy Mayo Chicken.
HOT PEPPER CHICKEN |
SPICY MAYO CHICKEN |
Pengarah Negara Asia Tenggara Subway, Encik Samad Shariff berkata, sandwich edisi terhad ini dicipta untuk memberi pilihan rasa pedas buat penggemar Subway di Malaysia. Jelas beliau lagi, pihak Subway cukup faham dengan selera rakyat Malaysia yang sukakan makanan dengan rasa pedas kerana lagi pedas, lagi sedap! Maka tercetuslah idea untuk menghasilkan dua menu edisi terhad ini. Beliau yang juga penggemar makanan pedas menggalakkan rakyat Malaysia untuk cabar diri #TambahPedas dengan menambah taburan cili ke dalam inti sandwich ini.
Spicy Mayo Chicken adalah sandwich yang dihasilkan daripada inti perapan ayam insipirasi rasa dari Selatan yang cukup berkrim manakala Hot Pepper Chicken intinya dihasilkan daripada isi ayam yang lembut bersama sos lada panas panggang. Pelengkap sandwich ini sudah pastinya kombinasi protein berkualiti, sayuran segar bersama roti yang dibakar segar dari ketuhar setiap hari.
SPICY MAYO CHICKEN |
HOT PEPPER CHICKEN |
Jika anda rasakan sandwich terbaru Subway Malaysia ini tidak cukup pedas, jangan risau! Anda boleh minta serbuk cili ekstra dan taburkan kepedasan mengikut selera anda. Jangan lupa untuk kongsikan pengalaman anda menjamu menu baru Subway Malaysia ini di media sosial bersama tanda pagar #TambahPedas !
Spicy Mayo Chicken dan Hot Pepper Chicken daripada Subway Malaysia ini adalah untuk masa terhad. Jadi pastikan anda singgah segera di restoran Subway berdekatan ATAU menerusi pesanan penghantaran seperti FoodPanda dan GrabFood untuk mencuba sendiri samada ianya cukup pedas atau tidak. Jika kurang pedas, #TambahPedas sahaja! Pihak Subway Malaysia peka dan serius dalam mengamalkan prosedur pengendalian makanan demi membendung pandemik Covid-19.
Layari www.subwayisfresh.com.my atau Laman Facebook Rasmi Subway Malaysia untuk mendapatkan sebarang maklumat, kemaskini dan promosi terbaru.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #TAMBAHPEDAS #SUBWAYMALAYSIA #LETSGETSPICY #LAGIPEDASLAGISYOK
0 Comments