OXWHITE BERI BAUCAR TUNAI BERNILAI LEBIH RM60 RIBU SEMPENA ULANG TAHUN KE 2!






Oxwhite berusia dua tahun pada 30 Jun 2020. Bersempena dengan sambutan ulang tahun kedua ini, jenama e-dagang gaya hidup pengguna yang berkembang pesat di Malaysia ini, melancarkan promosi ulang tahun dengan memberikan baucar tunai bernilai lebih RM60,000 dari 30 Jun 2020 hingga 7 Julai 2020.

Sebagai info, Oxwhite adalah jenama produk gaya hidup yang dijual secara atas talian. Jenama ini beroperasi dengan model perniagaan terus kepada pelanggan dan memberikan akses alternatif jenama mewah yang menekankan kualiti premium pada harga yang berpatutan. Mula dilancarkan di Malaysia pada tahun 2018 dengan hanya satu produk sahaja iaitu kemeja T asas putih, kini Oxwhite telah berkembang dan menawarkan pelbagai jenis produk khusus untuk keperluan harian penduduk Asia moden; dari pakaian kerja hingga kasual dan untuk yang suka mengembara sehinggalah ke keperluan rumah dan harian.








Bagaimana anda boleh mendapatkan baucar tunai ini? Setiap pelanggan boleh menebus baucar bernilai antara RM5-RM20 untuk pembelian bernilai RM50 ke atas. Bukan itu sahaja. Para pelanggan juga akan mendapat potongan harga sehingga 50% untuk koleksi ulang tahun Oxwhite, yang menampilkan buku terlaris Oxwhite, produk organik dan barangan terpilih dalam kategori pakaian, rumah dan keperluan hidup. 




Di samping itu, platform runcit atas talian HappyFresh turut memberikan baucar bernilai RM11,320 kepada pelanggan Oxwhite yang berbelanja antara jam 12.00 tengah hari pada 30 Jun 2020 dan 11.59 malam pada 7 Julai 2020. Pelanggan yang menggunakan aplikasi Digi, Maxis dan RHB juga akan menikmati potongan tambahan apabila mereka berbelanja di platform e-dagang mulai 1 Julai 2020.

Kemeriahan ulang tahun ke 2 Oxwhite juga dimeriahkan dengan pelancaran dua produk baru di platform e-dagang. Produk berkenaan adalah:


Kemeja T Asas Oxwhite

Dibuat menggunakan fabrik 100% kain kapas yang lembut dan selesa, kemeja T asas ini direka dengan teliti agar sesuai dengan bentuk tubuh si pemakai. Setiap kemeja T asas dihantar dalam bungkusan kertas 100% biodegradasi, boleh diguna semula dan dikitar semula.


Tuala Bambu 

Lebih lembut dan gebu berbanding tuala kapas biasa, tuala bambu ini menjadi lebih popular di spa dan premis mewah di seluruh dunia. Tuala berkualiti hotel ini dibuat secara eksklusif daripada viskose buluh dengan penuh tanggungjawab sosial. Tuala ini sangat menyerap, cepat kering, antibakteria dan anti bau. 







Kini, Oxwhite telah berjaya menarik lebih 80,000 pelanggan dan berusaha untuk terus meningkatkan asas pelanggan dengan sasaran 200% tahun ini. Oleh itu, jenama gaya hidup ini akan melancarkan lebih banyak produk dan promosi dalam beberapa bulan akan datang. 

Sebagai satu jenama yang semakin menyinar dalam perniagaan e-dagang, Oxwhite terus optimis untuk terus menambah baik penawaran barangan seterusnya menjadi platform e-dagang pilihan penduduk Asia yang mahu tampil bergaya dan selesa dengan harga yang berpatutan.

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mendapatkan tawaran hebat daripada Oxwhite. Layari www.oxwhite.com untuk mendapatkan informasi lanjut dan juga untuk sebarang pembelian. 


#REEFISM #REEFISMTERITORRY #OXWHITE



4 Comments

  1. mcm best je tawaran yg diberikan. nak check di website dia la.
    btw, done exchange list. Thanks, Reef!

    ReplyDelete