THE FEDERAL KUALA LUMPUR TAWAR SERVIS PENGHANTARAN JUADAH BERBUKA PUASA KE RUMAH SEPANJANG RAMADAN INI!






Pergerakan agak terbatas sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan kerajaan dalam membanteras wabak Covid-19. Semua rakyat diwajibkan untuk duduk di rumah jika tiada apa-apa urusan penting di luar. Kebetulan pula waktu PKP jatuh pada bulan Ramadan. Maka, segala aktiviti yang sering dibuat sepanjang bulan yang mulia ini tidak dapat dilakukan seperti solat tarawih di masjid, mengunjungi bazaar Ramadan dan juga menikmati bufet Ramadan yang sering ditawarkan oleh hotel.

Walaupun begitu, ia tidak menghalang pihak hotel untuk memastikan agar para pelanggan setia masih dapat menikmati sajian enak sepanjang Ramadan ini. Langkah yang diambil adalah seperti menawarkan servis penghantaran makanan ke rumah seperti yang dilakukan oleh The Federal Kuala lumpur.

Sebagai info, The Federal Kuala Lumpur merupakan hotel antarabangsa pertama yang dibuka di Malaysia. Jadi pastinya resipi kejayaan hotel ini yang masih mampu berdiri megah di ibukota Kuala Lumpur bukan sahaja perkhidmatan yang bagus tetapi mereka juga terkenal dengan sajian makanan lazat.

Menerusi restoran Kontiki, The Federal Kuala Lumpur tahun ini menawarkan bukan satu tetapi lapan set juadah berbuka puasa Selera Kampung Tiki yang pastinya membangkit selera anda. Saya sendiri adalah pelanggan setia restoran Kontiki tidak ketinggalan untuk merasai sajian sempena Ramadan ini dengan memesan set Nasi Tomato bersama Ayam Tandoori dan Lodeh Telur. Set ini juga menyediakan lauk Kerabu Sotong, Buah Kurma, pemanis mulut Puding Kelapa bersama Jus Oren atau Jambu Batu. Sebagai info, setiap set terbahagi kepada dua saiz hidangan iaitu set separuh (2-3 orang) dan set penuh (4 -6 orang).






Ternyata sajian yang saya pesan iaitu set Nasi Tomato tidak mengecewakan. Kualiti rasa masih dijaga dan saiz hidangan agak banyak. Senang kata cukup berbaloi untuk nilai wang anda! 

NASI TOMATO

KUAH LODEH TELUR REBUS

KERABU SOTONG

AYAM TANDOORI

PUDING KELAPA

MINUMAN JUS DALAM BOTOL





Tidak susah untuk memesan sajian Selera Kampung Tiki ini. Anda hanya perlu menggunakan aplikasi Fave untuk membeli baucar sama untuk SET SEPARUH atau SET PENUH . Setelah bayaran dibuat, anda boleh terus menelefon pihak hotel di talian 03-21489166 atau 012-3169279 (Anuar) atau 012-3775051 (Sathi) untuk memesan set anda.







Set Selera Kampung Tiki oleh restoran Kontiki The Federal Kuala Lumpur ini ditawarkan sehingga 25 Mei 2020. Pesanan dibuka setiap hari sepanjang Ramadan dari jam 10 pagi sehingga 6 petang. Set Selera Kampung Tiki hanya sah untuk servis penghantaran dan penghantaran PERCUMA hanya untuk kawasan Lembah Klang sahaja. Layari laman sesawang rasmi dan juga media sosial rasmi The Federal Kuala Lumpur untuk mendapatkan informasi lanjut. 




#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SELERAKAMPUNGTIKI #RAMADAN2020 #THEFEDERALKL

0 Comments