Jika anda sering berkunjung ke Hard Rock Café, pasti anda sedia maklum mengenai seleksi menu mereka yang sentiasa mengalami pembaharuan saban tahun. Malah mereka sentiasa menawarkan sajian burger stik istimewa sepanjang tahun buat para pengunjung. Itulah tarikan Hard Rock Café yang sentiasa membawa kesegaran dalam setiap pilihan menu.
Terbaru, pihak Hard Rock Café telah menawarkan lebih 20 menu menarik termasuk beberapa menu yang harus anda beri perhatian. Sebagai info tambahan, burger stik signatur Hard Rock Café telah memenangi pelbagai anugerah antaranya “Fan Favourite” di 2019 Riverwalk Fort Lauderdale Burger Battle, “Best Burger” pada tahun 2019 dan 2020 di Porthole Cruise Editor-in-Chief Awards dan Ultimate Winner/Best in Miami di 2018 Miami Times Burgerfest.
ONE NIGHT IN BANGKOK SPICY SHRIMP
Pembuka selera ini adalah hasil inspirasi kehidupan malam di kota Bangkok. Ia diperbuat daripada ramuan seperti udang segar crispy bersama sos pedas, green onions, taburan bijan dihidang bersama coleslaw lazat. Pasti mengimbau nostalgia berkunjung ke kota Bangkok suatu masa dulu.
FRESH BEET SALAD (VEGETARIAN)
FRESH BEET SALAD (VEGETARIAN)
Tidak lengkap sajian tanpa menu salad dalam setiap hidangan bukan? Anda boleh mencuba menu salad terbaru ini yang diperbuat daripada ubi bit merah, oren segar digaulkan bersama salad kale, bayam, perahan lemon, vinaigrette herba sebagai dressing, keju crumble goat dan biji labu panggang.
THE 24 KARAT GOLD LEAF STEAK BURGER
THE ORIGINAL LEGENDARY BURGER
Kalau berkunjung ke Hard Rock Café, tidak sah kalua tidak memesan The Original Legendary Burger, burger yang mencetus segalanya! Nikmati kelazatan Black Angus Steak Burger seberat 227g bersama smoked turkey bacon, keju cheddar, crispy onion ring, daun salad, and vine-ripened tomato dilengkapi dengan sos stik signatur Hard Rock Café. Oh ya! Hard Rock Café di Malaysia turut membawakan Local Legendary Rendang Burger dalam pilihan menu.
COWBOY RIBEYE
Satu lagi hiighligt penting dalam senarai menu kali ini adalah grilled Cowboy Ribeye seberat 454g yang dipanggang sempurna dihidang bersama herb butter, kentang lenyek keemas an dan sayuran segar.
STRAWBERRY CHEESECAKE, COOKIES & CREAM MILKSHAKE
Minuman susu kocak dengan kek keju strawberi ini dihasilkan bersama aiskrim vanilla jenama Haagen Dazs, krim putar dan frosted cookies. Satu lagi pilihan susu kocak menarik iaitu gabungan aiskrim vanilla Haagen Dazs bersama coklat putih dan biskut Oreo dan krim putar pasti memberi tarikan kepada setiap tangkapan gambar anda di Instagram.
Sudah mula rasa terliur setelah membaca artikel ini? Apa ditunggu lagi! Anda boleh sahaja terus berkunjung ke mana-mana cawangan Hard Rock Café berhampiran anda untuk merasai sendiri keenakan menu baru disini. Percayalah! Anda pasti akan terpukau setiap kali anda menjamahnya. Anda boleh membuat tempahan meja dengan melayari www.hardrockcafe.com/location atau layari laman media sosial setiap cawangan Hard Rock Café bagi bagi mendapatkan informasi terkini berkenaan promosi dan menu terbaru.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #HARDROCKCAFE
0 Comments