MALAS MASAK UNTUK BERBUKA PUASA? ‘BUNGKUS JE’ DENGAN ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR






Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, memang tidak dinafikan ia memberi impak besar kepada kita. Antara yang terkesan adalah aktiviti harian setiap orang dalam dunia ini terus terganggu dek kerana isu virus Covid-19. Kalau ditanya apa perasaan saya ketika ini, sudah pasti saya cukup tertekan kerana rutin harian saya banyak yang terganggu. Namun saya redha dan percaya bahawa setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Kebetulan pula PKP ini jatuh pada bulan Ramadan, jadi sudah pasti momen menerjah bazaar Ramadan dan bufet di hotel-hotel tidak dapat dilakukan. Kebiasaannya, ini adalah antara aktiviti wajib yang sering saya lakukan dalam bulan Ramadan kerana pada bulan ini lah saya dapat merasai dan melihat variasi juadah terutamanya masakan Melayu asli yang jarang sekali dapat saya cuba.

Antara hotel yang sering berada dalam senarai terjahan buffet Ramadan adalah Royale Chulan Kuala Lumpur. Ini kerana saya sukakan kualiti rasa masakan disini. Antara yang terbaik jika bicara tentang masakan Melayu asli dan juadah bufet Ramadan. Memandangkan tahun ini tiada bufet Ramadan ditawarkan, pihak Royale Chulan Kuala Lumpur mencipta kelainan dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran juadah berbuka puasa ke rumah anda. Jadi kerana rindukan keenakan rasa masakan mereka, saya telah memesan beberapa menu berbuka puasa.

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

RENDANG TOK

DAGING SALAI MASAK LEMAK

UDANG MASAK TELUR MASIN

SET NASI BERIANI - PILIHAN AYAM, LEMBU DAN KAMBING





Memberi nama ‘Bungkus Je’, Royale Chulan Kuala Lumpur menyediakan variasi lauk pauk menarik kepada anda semua untuk dibawa pulang. Antara menu wajib pesan adalah Rendang Tok, Ikan Patin Masak Tempoyak, Udang Masak Telur Masin, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Daging Gulai Kawah, Ayam Masak Merah, Bubur Lambuk dan banyak lagi. Malah mereka turut menawarkan pilihan set nasi iaitu Nasi Beriani dan Muhibbah Special.


Secara peribadi, tidak dapat disangkal keenakan rasa masakan di Royale Chulan Kuala Lumpur. Setahu saya, Chef Eksekutif Chef Sabri Soid yang mengetuai barisan tukang masak disini sudah banyak menerima penghargaan ditambah pula dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam industri. Apa yang saya suka dengan perkhidmatan Bungkus Je Royale Chulan Kuala Lumpur ini adalah mereka menyediakan menu ala-carte berbanding set. Jadi pelanggan punya hak untuk memesan menu yang disukai sahaja. Set pula yang ditawarkan adalah Set Nasi. Jadi pada saya pilihan menu di sini memang just nice. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan. Berbaloi senang kata!






Pesanan boleh dilakukan setiap hari sepanjang bulan Ramadan (24 April 2020 – 23 Mei 2020) dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Sila hubungi 03-2688-9639 atau 019-3254718 untuk tempahan dan pertanyaan lanjut. Pembayaran boleh dibuat secara terus dengan pihak hotel dan anda boleh memilih pengendali penghantaran samada LalaMove atau BungkusIt bergantung kepada keselesaan anda. 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #BUNGKUSJE #ROYALECHULANKL #RAMADAN2020

0 Comments