Sambutan Ramadan tahun ini cukup berbeza pada tahun ini. Seluruh dunia sedang berjuang menentang wabak Covid-19 dikala seluruh umat Islam diserata dunia menjalani ibadah puasa. Sudah pasti banyak perancangan anda sudah tergendala. Ada yang sudah merancang untuk berbuka puasa di kampung, ada yang sudah merencana untuk menikmati sajian bufet Ramadan di hotel kegemaran.
Bagi meredakan kerinduan, pihak Hotel Maya Kuala Lumpur dibawah pimpinan Chef Hasbullah menyediakan seleksi menu menarik sepanjang Ramadan tahun ini. Juadah bertemakan Warisan Malaysia (Malaysian Heritage), anda akan disajikan dengan variasi menu tradisi yang bukan sahaja lazat, tetapi bisa mengimbau nostalgia.
Sebagai info, Hotel Maya Kuala Lumpur merupakan hotel 5 bintang berkonsepkan ‘boutique urban resort’ yang berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Saya pernah menjamu selera disalah sebuah restoran di Hotel Maya Kuala Lumpur dan harus akui bahawa kualiti rasa masakan disini tidak mengecewakan sama sekali. Oleh kerana itu, saya sudah merancang untuk berbuka puasa di sini pada bulan Ramadan namun apakan daya, negara kita menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan. Namun ia tidak mematahkan semangat saya setelah mengetahui pihak Hotel Maya Kuala Lumpur menawarkan perkhidmatan penghantaran juadah berbuka puasa ke rumah. Pilihan sajian yang ditawarkan sepanjang Ramadan ini terbahagi kepada dua iaitu menu berbentuk set dan juga ala-carte dimana menu merangkumi sajian tempatan dan antarabangsa.
SET NASI KERABU (RM 18) |
SET NASI TOMATO (RM 18) |
FISH & CRISPS (RM 28) |
CANTONESE STYLE YIN YONG NOODLES (RM 20) |
SUP SOTO AYAM (RM 8) |
CHICKPEAS & SWEET CORN KERNEL SALAD WITH FETA CHEESE AND GREEN SALAD (RM 23) |
BUBUR PULUT HITAM (RM 8) |
SENARAI MENU ALA-CARTE |
Menu untuk berbuka puasa Hotel Maya Kuala Lumpur boleh dipesan menerusi servis penghantaran bermula 5 Mei 2020 sehingga 23 Mei 2020. Pesanan boleh dibuat melalui Storehub atau dengan melayari www.hotelmayakl.beepit.com .Berita menarik! Setiap pesanan yang dibuat melayakkan anda untuk nikmati 10% pulangan tunai yang boleh digunakan untuk pembelian seterusnya. Penghantaran percuma diberikan kepada anda yang berbelanja minimum RM60 untuk lingkungan radius 5km dan RM80 untuk radius 10km. Harga tidak termasuk cukai.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #HOTELMAYAKUALALUMPUR #RAMADAN2020
LOKASI HOTEL MAYA KUALA LUMPUR
138, JALAN AMPANG, KAMPUNG BARU,
50450 KUALA LUMPUR.
TELEFON: 03-2711 8866
LAMAN SESAWANG RASMI
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #HOTELMAYAKUALALUMPUR #RAMADAN2020
1 Comments
nak nasi kerabu tu dato
ReplyDelete