RESEPI SPAGHETTI GORENG KARI PALING SENANG!






Saya pasti ada dikalangan anda yang kadang kala buntu nak masak apa. Yelah, kalau setiap hari memasak didapur, pasti sudah banyak menu yang sudah dicuba bukan! Pada masa sama, takkan nak masak menu bihun atau menu selalu. Bosan lah pula nanti.

Kali ini saya nak kongsikan resepi spaghetti dengan sentuhan rasa Asia iaitu kari. Menu ini saya masak secara kebetulan memandangkan saya sudah ketandusan idea untuk memasak. Jadi bila saya belek-belek barang di dapur, maka terciptalah idea resepi ini. Menu Spaghetti Goreng Kari ini cukup sesuai dimakan pada bila-bila masa samada makan tengahari, minum petang atau makan malam.


BAHAN-BAHAN:

  • Setengah bungkus spaghetti
  • 1 Sudu besar serbuk Kari Daging 
  • Bawang besar (hiris) 
  • Bawang putih (hiris) 
  • Cili Merah (hiris) 
  • Daun Kari
  • Isi Ayam
  • Sayur (saya guna sawi) 
  • Oregano 
  • Serbuk Lada Hitam 
  • Kiub Ayam 
  • Garam 
  • Minyak untuk menumis 


CARA MEMASAK:

  1. Rebus spaghetti bersama sedikit garam. Bila sudah masak, toskan spaghetti dan simpan sedikit air rebusan untuk dimasukkan ke dalam masakan nanti.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian tumiskan bahan hirisan (bawang besar, bawang putih dan cili merah). Bila sudah naik bau, tumiskan daun kari. 
  3. Masukkan ayam. 
  4. Masukkan serbuk kari daging bersama kuib ayam dan tumis dengan api sederhana. Jangan biar serbuk kari daging itu hangit. 
  5. Masukkan spaghetti bersama beberapa sudu air rebusan spaghetti tadi. 
  6. Kemudian masukkan sayur dan taburkan oregano, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
  7. Siap untuk dihidang. 

SELAMAT MENCUBA!






#REEFISM #REEFISMTERRITORY #RESEPI


2 Comments