SIAPA SANGKA DARI MENJUAL MUFIN PISANG, KINI RAFIDAH USAHAWAN BISNES PERSONAL SHOPPER TERSOHOR!






Rasa terinspirasi setiap kali membaca kisah kejayaan para usahawan. Namun hakikat yang ramai orang tidak tahu adalah setiap kejayaan yang dikecapi ini tidak berlaku dalam sehari. Antara yang mencuri perhatian saya adalah kisah perjalanan wanita bernama Puan Nor Rafidah Khairuddin, pengasas jenama Sellection yang khusus dalam perkhidmatan ‘personal shopper’ beg berjenama.






Semua ini bermula apabila Puan Rafidah mengikuti suami, Encik Abdul Hadi Wisman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Sellection berhijrah ke Montreal Kanada pada tahun 2014 demi tuntutan kerja. Di awal penghijrahan beliau di sana, pelbagai pekerjaan dilakukan seperti menjadi pembantu hotel dan pembantu dapur dan lebih sadis lagi, beliau pernah mendapat gaji sebanyak 10 dolar sebelum ditawarkan pekerjaan tetap sebagai Penilai Perisian (Software Tester) disana.

Pada tahun 2015 dek kerana rasa kesempitan hidup memaksa Puan Rafidah tekad melakukan pekerjaan lain demi menambah pendapatan. Disini tercetusnya idea menjual muffin pisang di kafe-kafe sekitar bandar Montreal. Jelas beliau, diawal pembabitan dalam bisnes muffin pisang ini cukup perit. Antara momen yang tidak dapat dilupakan adalah apabila sering menerima penolakan ketika menjaja muffin dari satu kafe ke satu kafe lain, membeli 20 kilo pisang dengan menaiki bas sambil mengharungi cuaca sejuk ekstrim. Namun ia tidak mematahkan semangat juang Puan Rafidah akhirnya mufin pisang beliau berjaya dijual di sembilan buah kafe sekitar Montreal. Melihat kepada kejayaan penjualan mufin pisang ini, Puan Rafidah sering kali memanjakan diri dengan membeli beg tangan berjenama di shopping outlet disana.

Bermula dengan hanya membeli beg tangan berjenama untuk diri sendiri, membeli ilham kepada beliau untuk menjadikan beg berjenama ini sebagai produk jualan atas talian atau personal shopper. Di awal pembabitan Puan Rafidah dengan dunia personal shopper ini, beliau menjadikan Laman Facebook dengan nama Branded Handbags & Kitchenware by Rafidah sebagai medium mencari pelanggan. Selain menjual beg berjenama, beliau turut menawarkan khidmat personal shopper untuk produk kelengkapan dapur. Atas permintaan yang semakin meningkat dalam bisnes personal shopper ini, beliau terpaksa mengorbankan penjualan mufin pisang kerana kekangan masa dan tidak dapat memberi komitmen penuh. Akhirnya pada tahun 2017, beliau dan suami memutuskan untuk pulang ke tanahair untuk memberi perhatian penuh kepada perniagaan personal shopper memandangkan permintaan semakin meningkat saban waktu.







Kini, pada tahun 2018, Puan Rafidan maju setapak dengan membuka butik fizikal Sellection pertama yang terletak di Wangsa Melawati. Pembukaan butik fizikal ini adalah disebabkan permintaan para pelanggan yang lebih suka membeli sambil dapat membelek produk. Paling utama, objetif Puan Rafidah adalah ingin memberi peluang kepada rakyat Malaysia memiliki barangan berjenama pada harga mampu milik dan pada masa sama menjadikan jenama Sellection ini penyedia barangan fesyen berkualiti dan berjenama mewah untuk semua. Kesemua barangan yang dijual adalah diimport dari negara luar seperti Amerika Syarikat, Benua Eropah dan Kanada.



Sebagai apresiasi kepada para pelanggan dan rakan niaga Sellection, telah diadakan satu majlis makan makan sebagai tanda terima kasih atas sokongan tidak berbelah bagi. Pada majlis sama, Puan Rafidah bersama suami, Encik Abdul Hadi Wisman telah melancarkan SELLECTION ONLINE PREMIUM OUTLET dan juga KAD HADIAH UNTUK AHLI SELLECTION.










SELLECTION KINI PUNYA PREMIUM OUTLET ATAS TALIAN!




Jika diawal pembabitan beliau dalam bisnes personal shopper, media sosial khususnya Facebook dijadikan sebagai medium menjalankan perniagaan. Kini, Puan Rafidah dan suami maju setapak dengan menawarkan pembelian beg berjenama menerusi laman sesawang khas. Menerusi laman khas ini, anda boleh mendapatkan pelbagai beg berjenama mewah seperti Coach, Prada, Louis Vuitton, Gucci dan banyak lagi.


KAD KEAHLIAN SELLECTION DILANCAR!


Sellection juga telah melancarkan program keahlian buat para pelanggan setia. Menerusi langganan keahlian Sellection ini, para pelanggan bukan saja dapat berkimat sambil membeli, malah kad ekslusif ini memberikan nilai yang lebih dari wang ringgit. Antaranya adalah promosi pembelian, tawaran baucar dan jemputan eksklusif sambutan ulang tahun Sellection. Kad keahlian ini terbahagi kepada kategori Gold (RM30), Diamond (RM80) dan Platinum (RM100). Pada masa sama, pihak Sellection turut menawarkan program khas buat mereka yang berminat menjadi rakan niaga.


LOKASI BUTIK SELLECTION WANGSA MELAWATI
NO 10, JALAN WANGSA SETIA 4
WANGSA MELAWATI, 
53300 KUALA LUMPUR.

TELEFON: +603-41420000


EMAIL: mysupport@sellection.com


WAKTU OPERASI : 

AHAD - KHAMIS : 10AM - 7PM

JUMAAT : 11AM - 9PM



LAMAN SESAWANG RASMI

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SELLECTION #SISTERSDIMALAYSIA #BISNES


0 Comments