Bufet makan malam berkonsepkan barbeku ini menampilkan citarasa Asia dan antarabangsa dengan menghidangkan pelbagai menu menarik. Alami sendiri pengalaman berbeza menjamu selera dengan merasai sensasi kulinari fiesta barbeku. Antara menu barbeku yang patut dicuba adalah stik daging lembu, sotong bersaiz besar, hirisan daging kambing, sosej, kepak ayam barbeku, udang galah, udang harimau, ketam dan banyak lagi.
Buka selera anda dengan pilihan salad segar di meja bufet restoran Kontiki. Menariknya, sajian salad disini punya variasi citarasa daripada Melayu, Cina, Barat. Pilihan saya sudah semestinya Kerabu dan Rojak Buah. Kuah rojak disini memang padu! Teruskan menjamu selera dengan pilihan menu seperti sate, tiram segar, ikan salmon segar, sushi, variasi lauk pauk seperti Ikan Masak Taucu, Udang Rendang, Grilled Eggplant with Tomato Herb Sauce, Beancurd with Vegetarian BBQ Smoked Chicken dimakan bersama nasi dan banyak lagi. Oh ya! Terdapat juga sudut Lok-Lok bagi anda yang mahukan kelainan untuk sajian makan malam. Jika anda sukakan menu mee, terdapat juga stesen khas untuk mee sup dan tomyam.
TIKI BBQ Seafood Buffet Dinner ini ditawarkan kepada umum pada setiap hari Jumaat dan Sabtu sahaja bermula jam 6.30 malam sehingga 10 malam. Harga yang ditawarkan adalah RM138 net untuk seorang dewasa, RM49 net bagi seorang kanak-kanak dan RM69 net untuk seorang warga emas. Sila hubungi 03-21489166 untuk membuat sebarang tempahan dan pertanyaan lanjut. Layari laman media sosial Kontiki atau The Federal Kuala Lumpur atauk klik di www.fhihotels.com dan www.kontiki.com.my untuk mendapatkan informasi dan kemas kini tentang sebarang promosi.
LOKASI THE FEDERAL KUALA LUMPUR
35, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #THEFEDERALKL #KONTIKIFKL
0 Comments