RAIKAN CINTA ALA ITALI BERSAMA THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR SEMPENA HARI VALENTINE !







Salah satu hotel kegemaran saya, The Saujana Hotel Kuala Lumpur. Setiap kali ke sini, suasana persekitaraan yang indah dan privasi sentiasa mendamaikan jiwa. Pastinya The Saujana Hotel Kuala Lumpur adalah lokasi terbaik bagi anda yang mahukan pengalaman percutian di resort. Selain itu, sajian di beberapa restoran disini tidak pernah mengecewakan. Sajian bufet di Charcoal, masakan Cina di Ti Chen sentiasa menawarkan menu lazat. Mereka juga memiliki sebuah restoran sajian Itali berprestij yang diberi nama SENJA.











Sempena dengan bulan raikan cinta Februari ini, restoran Senja The Saujana Hotel Kuala Lumpur menawarkan set makan malam khas Hari Valentine. Anda akan terpesona dengan suasana romantik bersama hidangan menu Itali yang enak bersama yang tersayang. Pasti membangkit rasa cinta mendalam! 


Mulakan santapan anda dengan pembuka selera Poached Lobster with Crab Salad and Caviar (Astice al Vapore con Insalatina di Granchio e Caviale). Disusuli pula dengan menu Salmon Raviolo with Seafood Ragout and Mushroom Cappuccino (Raviolo di Salmone con Ragout di Mare e Cappuccino ai Funghi). 

POACHED LOBSTER WITH CRAB SALAD AND CAVIAR

SALMON RAVIOLO WITH SEAFOOD RAGOUT AND MUSHROOM CAPPUCCINO 

Menu utama pula, anda pasti teruja dengan pilihan samada menu ikan iaitu Baccala Avvolto in Zuchini Servito su Purea di Pomodoro Con Purea Sedano Rapa (Wrapped Cod Fish in Zuchini served on Celeriac Puree and Tomato Essence) atau seleksi daging iaitu Lombata di Agnello Con Purea di Ceci al Tartufo Mescolare Funghi Saltati e Riduzione di Jus (Lamb Loin with Truffle Chickpea Puree Mixed Sautéed Mushroom and Jus Reduction). 

WRAPPED COD FISH IN ZUCHINI SERVED ON CELERIAC PUREE AND TOMATO ESSENCE

LAMB LOIN WITH TRUFFLE CHICKPEA PUREE MIXED SAUTEED MUSHROOM AND JUS REDUCTION

Tidak lengkap makan malam anda tanpa pencuci mulut! Set menu Valentine ini hadir dengan Chocolate and Pistachio Tortino Pumpkin Cream and Vanilla Ice Cream Mixed Berries (Tortino al Cioccolato e Pistacchio Con Crema di Zucca e Gelato alla Vaniglia). 

CHOCOLATE & PISTACHIO TORTINO PUMPKIN CREAM AND VANILLA ICE CREAM MIXED BERRIES

Sajian makan malam Valentine di SENJA ini hanya berlangsung pada 14 Februari 2020 bermula dari jam 6.30 malam sehingga 11 malam. Jangan risau jika anda lupa membeli kumtuman bunga buat si dia kerana The Saujana Hotel Kuala Lumpur turut menjual pada harga RM25 sahaja. Harga yang ditawarkan untuk sajian makan malam romantik ini adalah RM418++ bagi setiap pasangan termasuk minuman alkohol Prosseco. 






Nikmatilah suasana romantik dengan pengalaman santapan mewah di The Saujana Hotel sempena Hari Valentine kali ini. Layari www.saujanahotels.com/promotions atau hubungi 03-7843 1234 samb. 6122 atau emelkan saja ke dine@thesaujana.com untuk mendapatkan informasi lanjut mengenai promosi Hari Valentine ini.


LOKASI THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR 
JALAN LAPANGAN TERBANG SAAS, 
40150, SELANGOR DARUL EHSAN. 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #THESAUJANAHOTEL

0 Comments