Baru-baru ini saya sempat untuk menikmati percutian hujung minggu di salah sebuah hotel terkemuka di ibu kota iaitu Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel. Kenapa memilih Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel untuk edisi kali ini? Jawapannya mudah sahaja! Saya belum pernah berkesempatan merasai pengalaman menginap di mana-mana rangkaian hotel Sheraton sebelum ini. Pastinya keinginan untuk mengetahui sejauh mana hotel ini boleh memberi kepuasan pada diri cukup berkobar-kobar.
Sebagai info, Sheraton Imperial Kuala Lumpur merupakan salah satu hotel bertaraf 5 bintang di bawah pengurusan Marriott International. Ia digelar “Grande Dame” menggambarkan betapa prestij dan terkemuka jenama hotel ini di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur baru sahaja melakukan transformasi dari segi hiasan dalaman dan juga bilik. Ia mempunyai 38 tingkat dengan jumlah 398 buah bilik. Lokasi hotel ini cukup strategik pada saya kerana ia bertentangan dengan pusat membeli belah Quill City Mall dan juga stesen monorel Medan Tuanku.
Saya menempah bilik jenis Deluxe Room memandangkan ia adalah jenis bilik yang paling berbaloi pada saya dari segi keluasan dan harga memandankan percutian hujung minggu kali ini hanya berdua sahaja. Melangkah masuk ke ruang bilik, saya cukup teruja dan terpesona dengan hiasan dalaman setiap ruang Deluxe Room ini. Moden dan eksklusif! Bilik yang berkeluasan 42 meter persegi didatangkan dengan katil bersaiz king, bilik air beserta tab mandi, sofa, meja kerja dan kemudahan asas lain antaranya TV pintar, pengering rambut dan peti keselamatan.
Selesai daftar masuk, kami terus meletak beg di bilik. Memandangkan jam masih awal untuk menikmati malam malam, kami memilih untuk menikmati sajian Afternoon Tea di Pavilions Lounge & Bar. Sudah alang-alang berada di hotel ini jadi kami ambil peluang merasai pengalaman minum petang di sini. Pavilions Lounge juga baru sahaja mengalami renovasi dan ternyata ia berjaya memukau mata! Sentuhan dekorasi moden dan klasik memberi aura eksklusifiti dan aras prestij kepada Pavilions Lounge & Bar ini.
Anda boleh memesan sajian set Afternoon Tea yang didatangkan dengan variasi snek lazat dihidang menggunakan pinggan 3 tingkat. Ia turut didatangkan dengan pilihan teh mengikut selera anda. Harga yang ditawarkan cukup berpatutan iaitu cuma RM98 net untuk 2 orang. Set Afternoon Tea ini bermula dari jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang.
Pagi Ahad saya dan rakan bangun awal supaya kami tidak terlepas untuk menikmati sarapan pagi di restoran Essence. Seperti sajian makan malam yang kami nikmati, sajian sarapan pagi di Essence tidak mengecewakan dengan variasi pilihan sajian untuk dinikmati.
Selesai makan, kami cuba meneroka fasiliti yang terdapat di Sheraton Imperial Kuala Lumpur. Antara fasiliti yang terdapat disini adalah kolam renang, gimnasium, Mandara Spa dan kesemua fasiliti ini terletak di aras 5. Sempat lah saya dan rakan berenang santai dan juga bersenam di gimnasium. Cuma kami tidak berkesempatan untuk mencuba perkhidmatan spa di Mandara Spa memandangkan masa kami agak terhad pada waktu itu. Oh ya, pada aras sama, terletak sebuah restoran masakan Itali iaitu Villa Danieli. Saya merancang mahu mencuba sajian disini pada kunjungan akan datang.
Secara peribadi, percutian hujung minggu saya di Sheraton Imperial Kuala Lumpur cukup menarik! Tidak puas rasanya sekadar menginap selama satu malam disini. Dari keselesaan katil dan bilik Deluxe, perkhidmatan pelanggan warga kerja hotel ini yang patut dipuji, pilihan tempat makan menarik dan sedap dalam satu bumbung, sudah pasti membuatkan Sheraton Imperial Kuala Lumpur menjadi pilihan penginapan ramai.
Jadi kepada anda yang mencari-cari lokasi hotel menarik di Kuala Lumpur, anda patut memilih Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel sebagai penginapan anda. Berbaloi untuk setiap masa dan wang yang anda laburkan disini.
LOKASI SHERATON IMPERIAL KUALA LUMPUR HOTEL
JALAN SULTAN ISMAIL,
50250 KUALA LUMPUR
TELEFON: 03-2717 9900
LAMAN SESAWANG RASMI
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SHERATONIMPERIALKL #SHERATONHOTELS #WHERETHEWORLDCOMESTOGETHER #MARRIOTINTERNATIONAL
0 Comments