PENGALAMAN MENGINAP DI DORSETT GRAND SUBANG PADA HUJUNG MINGGU







Siapa yang mengikuti perkembangan saya pasti maklum akan aktiviti menerjah hotel yang sering saya lakukan pada hujung minggu. Edisi #HotelHunting ini memberi peluang kepada saya dan sahabat handai untuk beristirehat dan pada masa sama meninjau hotel menarik untuk tatapan anda semua.

Kali ini, saya dan rakan sepakat untuk bercuti hujung minggu di Dorsett Grand Subang. Kenapa memilih Dorsett Grand Subang? Jawapannya adalah kami bukan pernah merasai pengalaman menginap di mana-mana rangkaian hotel dibawah jenama Dorsett jadi ini adalah peluang terbaik buat kami untuk meneroka pada yang menarik tentang hotel ini. Sebagai info, Dorsett Grand Subang diurus oleh Dorsett Hospitality International dan ia mempunyai 478 buah bilik penginapan dengan variasi jenis bilik.



 






Bagi warga Subang dan Petaling Jaya khususnya, sudah pasti hotel Dorsett Grand Subang menjadi ingatan kerana ia sudah lama beroperasi dan masih gah berdiri. Pandangan pertama saya, lokasi Dorsett Grand Subang ini cukup strategik. Dari LRT Subang Jaya hanya berjarak 1 kilometer, dari Terminal Subang Skypark adalah 13 kilometer dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hanya berjarak 48 kilometer sahaja. Lokasi Dorsett Grand Subang juga cukup mudah untuk akses kepada hub komersial dan pusat membeli-belah popular seperti Sunway Pyramid, Empire Subang dan Subang Parade.

Suka untuk saya kongsikan dimana penginapan saya kali ini agak menarik kerana Dorsett Grand Subang sedang menawarkan program Dorsett EcoValue+, Dorsett Compack dan Dorsett 3 Wishes sebagai menyahut saranan amalan hijau. Menerusi program Dorsett EcoValue+ ini, para tetamu dapat menikmati pengalaman penginapan mesra alam sekitar antaranya tidak menggunakan servis kemasan bilik sepanjang penginapan. Namun usah khuatir kerana keperluan seperti tuala, air botol, toiletries masih diulang isi sepanjang penginapan. Pada masa sama, anda juga boleh akses kepada minibar tersedia menerusi program Dorsett EcoValue+ ini.

Bagi program Dorsett Compack pula, kamar anda akan diselia dengan bantal berlebihan akan divakum dalam plastik dan disimpan di dalam almari. Selain itu, tetamu boleh menggunakan khidmat vakum plastik untuk membungkus pakaian dengan menghubungi meja resepsi dan servis ini hanya berharga RM 10 sahaja.

Kami telah menempah bilik jenis Dorsett Room kerana bilik jenis ini turut menawarkan program Dorsett 3 Wishes. Kelebihan program Dorsett 3 Wishes ini adalah diskaun sebanyak 25% untuk bilik jenis Dorsett Room dan anda boleh memilih 3 hajat daripada senarai pilihan yang tersedia untuk ditunaikan. Pada masa sama, program Dorset 3 Wishes ini melayakkan tetamu untuk menginap selama 26 jam di sini (subject to hotel room situation and a minimum of 72 hours advance notice to the hotel is required). Tawaran ini hanya terpakai untuk tempahan bilik jenis Dorsett Room dan anda harus menempah terus di laman rasmi Dorsett Grand Subang.

Antara pilihan hajat adalah:

  • Complimentary daily Breakfast for 2 persons at Terazza Brasserie
  • Complimentary room upgrade to Deluxe room for the entire stay
  • Complimentary Pressing service of 2 pcs of garments per stay
  • Complimentary one Round of Dorsett Mocktail from 5 pm - 8 pm for 2 persons at Piano Lounge per stay
  • Complimentary one canister of Dorsett Signature Cookies per stay
  • Complimentary One Time Minibar Service per stay(subject to a minimum stay of 2 nights)


Saya dan rakan sepakat memilih naiktaraf bilik kepada Deluxe Room, sarapan pagi di Terazza Brasserie dan servis minibar. Saya teruja melihat ruang isi kamar Deluxe ini kerana ia cukup moden dan selesa. Kebiasaannya, setiap kali saya dan rakan bercuti hujung minggu di hotel, kami memang akan lepak di dalam hotel sahaja. Malas hendak berjalan di kawasan sekitar kerana tujuan kami untuk merehatkan diri dan minda sambil menikmati keselesaan berada di kamar hotel. Jadi semua aktiviti kami tertumpu di dalam hotel sahaja.









 







MAKAN MALAM DI TERAZZA BRASSERIE

Percutian hujung minggu di Dorsett Grand Subang harus dimanfaatkan sepenuhnya, jadi kami sepakat untuk menikmati makan malam di salah sebuah restoran di dalam bangunan hotel iaitu Terazza Brasserie. Kebetulan penginapan kami pada hujung minggu, jadi pihak Terazza Brasserie ada menawarkan BBQ & STEAMBOAT BUFFET DINNER. bufet ini ditawarkan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Harga yang ditawarkan cuma RM128 net untuk dewasa dan RM70 net untuk warga emas dan kanak-kanak 6-12 tahun.

























SARAPAN PAGI DI TERAZZA BRASSERIE

Tidak lengkap percutian di hotel tanpa menikmati sarapan pagi. Sarapan pagi di Dorsett Grand Subang juga diadakan di Terazza Brasserie. Saya sukakan seleksi menu sarapan pagi disini kerana ia menggabungkan selera dari serata dunia termasuk menu tempatan. Malah ia turut menawarkan hidangan sihat kepada mereka yang mengamalkan pemakanan sihat.































MAKAN TENGAHARI DI THE EMPEROR

Memandangkan sudah biasa dengan masakan Melayu, kami sepakat untuk ubah selera dengan mencuba sajian masakan Cina di restoran mesra Muslim, The Emperor. Pada setiap hari Ahad dan cuti umum, The Emperor Dorsett Grand Subang menawarkan sajian Family Dim Sum Brunch bermula dari jam 10 pagi sehingga 2.30 petang. Harga yang ditawarkan cuma RM88 net untuk dewasa dan RM44 net untuk warga emas dan kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas.



 







 




 




 










FASILITI DALAM HOTEL

Antara kemudahan yang tersedia di dalam hotel Dorsett Grand Subang adalah kolam renang, gimnasium (untuk ahli kelab sahaja), salon rambut, Piano Lounge bar, pilihan parkir berbumbung dan terbuka. Anda boleh menggunakan khidmat van secara percuma untuk ke destinasi terpilih seperti pusat membeli belah Sunway Pyramid, Subang Parade, Mid Valley, KLCC dan masjid sepanjang menginap disini.











Secara peribadi, saya cukup teruja dan berpuas hati sepanjang menginap 3 hari 2 malam di Dorsett Grand Subang ini. Walaupun pada awalnya, tanggapan saya bahawa hotel ini biasa-biasa saja memandangkan struktur bangunan ini yang agak lama namun setelah menginap disini, tangggapan saya salah sama sekali. Saya merasai penginapan cukup elegen dan mewah. Bantal dan tilam yang empuk dan suasana privasi dalam bilik adalah antara sebab saya jatuh cinta dengan Dorsett Grand Subang ini. Malah nasib saya agak baik kerana saya telah ditempat di bahagian bangunan yang baru sahaja mengalami pengubahsuaian. Jadi terasa berada di hotel baru! Selain itu, kualiti rasa masakan di Terazza Brasserie dan The Emperor tidak mengecewakan sama sekali. Hospitaliti dan layanan yang diberikan oleh warga Dorsett Grand Subang harus dipuji!

Betul kata orang, don’t judge a book by its cover! Itulah perumpamaan terbaik untuk pengalaman menginap di Dorsett Grand Subang ini. Kepada anda yang sedang merancang mencari hotel sebagai penginapan sepanjang bercuti di Lembah Klang, Dorsett Grand Subang boleh berada dalam senarai pilihan anda!



LOKASI DORSETT GRAND SUBANG 
JALAN SS 12/1, SS 12, 
47500 SUBANG JAYA, SELANGOR. 


LAMAN SESAWANG RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #DORSETTDISCOVERIES #DORSETTGRANDSUBANG #STAYVIBRANT #DORSETTHOTELS #DORSETTHOSPITALITY #PRICELESSDELIGHTS

0 Comments