SUNWAY PROPERTY LANCAR KEMPEN YOURS, 2020 – JANJI PENGALAMAN MENARIK DAN LEBIH MUDAH BELI RUMAH!






Menjadi impian setiap insan untuk memiliki kediaman atau rumah idaman. Selain menjadi tempat berteduh, rumah adalah satu ruang peribadi yang paling indah bagi setiap insan. Saya sendiri masih berangan untuk mempunyai rumah sendiri kerana ia bukan sekadar pelaburan baik, tetapi rumah adalah nadi kepada kualiti kehidupan yang lebih baik. Namun, membeli rumah bukan seperti membeli barang dapur. Banyak perkara harus diambil kira sebelum anda membeli rumah antaranya lokasi, harga, pemaju. Jadi amat penting anda mengkaji sebelum membeli. Sebut nama Sunway, ramai yang sudah tahu dan kagum dengan kejayaan jenama ini. Boleh saya katakan mereka berjaya membina empayar perniagaan mereka dari taman tema, pusat membeli belah, hotel, pusat perubatan sehingga kepada perumahan.

Saya berkesempatan menghadiri majlis anjuran Sunway Property iaitu Business Update & Media Briefing 2020 yang telah berlangsung dengan jayanya di Sunway GEOLake Sales Gallery yang terletak di Sunway GEOLake Avenue. Pada majlis ini, Ms. Sarena Cheah selaku Pengarah Urusan Bahagian Pembangunan Hartanah Sunway Berhad telah mengumumkan sasaran jualan sebanyak RM 2 billion pada tahun 2020. Sebagai rekod, pada tahun 2019, Sunway Property berjaya mengatasi sasaran jualan asal iaitu RM1.3 bilion dengan mencapai jualan sebanyak RM 1.55 bilion. Ini sudah pasti satu kejayaan yang cukup membanggakan dengan keadaan ekonomi dan pasaran hartanah yang tidak menentu. Ini sekaligus menjadi tanda ukur bahawa orang ramai mempercayai kredibiliti Sunway Property sebagai pemaju.









Tahun 2020 menyaksikan tahun lebih positif buat Sunway Property. Pihaknya memfokuskan kepada pemberian nilai seumur hidup kepada pembeli di pasaran Malaysia. Pelancaran projek sepanjang tahun ini akan dibangunkan secara bersepadu dimana pada pembeli akan menikmati kualiti kehidupan jauh lebih baik menerusi pemilihan lokasi strategik dan dikelilingi pelbagai kemudahan. 






Tahun 2020 juga menyaksikan banyak perancangan pembangunan Sunway Property di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor. Bukan itu sahaja! Sebagai perancangan untuk kepelbagaian geografi, sebanyak RM 3.5 billion nilai hartanah dalam nilai pembangunan kasar (GDV) bakal dilancarkan dimana RM1.0 bilion hartanah akan berada dalam Malaysia dan RM2.4 bilion di Singapura. Sunway Property terus melebarkan sayapnya di arena antarabangsa seperti projek pembangunan di China, UK dan Australia. Sebagai info, Sunway Property mempunyai 3362 ekar hartanah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) bernilai RM 59 bilion dan jangka masa pembangunan penuh sehingga 15 tahun setakat Disember 2019.


LEMBAH KLANG
Tahun 2020 menyaksikan sebanyak RM691 juta hartanah akan dilancarkan dimana RM573 juta pelaburan hartanah rancak dibina. Ini termasuk pelancaran bangunan komersial Sunway Avila Retail di Wangsa Maju (GDV RM 31 juta), Sunway Velocity TWO Tower C (projek pangsapuri: GDV RM300 juta), Sunway Belfield Tower A (pangsapuri: GDV RM 360 juta) yang terletak 500 meter daripada stesen monorel Maharajalela. Pada masa sama, sebuah Menara pejabat dan penambahan kemudahan pelajar sedang rancak dibina di Sunway City Kuala Lumpur. 








PULAU PINANG
Dengan RM250 juta hartanah akan dilancar dan RM 301 juta pelaburan hartanah sedang dibangunkan, antara projek yang dinantikan adalah Sunway Valley City di Paya Terubong, Ayer Itam. Ia adalah sebuah pembangunan bersepadu berkeluasan 25 ekar dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM 2.4 bilion dan siap kelak akan menempatkan kawasan kejiranan yang lengkap dengan kediaman, pusat pendidikan, pusat komersial, pusat kesihatan dan hotel.

Sebagai info, Sunway Property sedang rancak menyiapkan pembinaan Pusat Perubatan Sunway di Seberang Jaya. 




JOHOR
Hartanah bernilai RM 100 juta akan dilancar di Johor dengan pelaburan hartanah bernilai RM 182 juta dalam status pembinaan. Antara projek yang akan dilancarkan adalah Sunway Maple iaitu sebuah kawasan perumahan townhouse di Sunway Iskandar (GDV RM 100 juta). Selain itu, Sunway Big Box Hotel di Sunway Iskandar bakal siap pada tahun ini dan SJK (C) Cheah Fah akan dibuka untuk pendaftaraan hujung tahun ini. 


ANTARABANGSA
Sunway Property telah melabur dalam sektor hartanah di Singapura sejak 2007 bernilai RM 14.98 bilion, merangkumi 70% daripada jumlah pelancaran untuk tahun ini.

Pelancaran akan datang di Singapura akan berjumlah RM 2.44 bilion hartanah kediaman termasuk Parc Canberra, Canberra Link (kondominium eksekutif: GDV RM 560 juta), Ki Residence, Clementi (kondominium: RM 1.0 bilion) dan Park Avenue Residences, Tampines (kondominium eksekutif: GDV RM 880 juta). 






Di China, di mana pemaju telah melabur sejak tahun 2010, ia telah memperoleh tanah seluas 6.85 ekar di Eco-City Tianjin-Singapura pada tahun 2019. Sehingga kini, pemaju telah menyiapkan hartanah bernilai RM 990 juta dalam 110 ekar bersepadu pembangunan yang merupakan perjanjian kerjasama antara kerajaan China dan Singapura untuk bersama-sama membangunkan bandar yang harmoni, mesra alam dan pemuliharaan sumber bandar di China.

Tahun lepas, Sunway Property telah memeterai kepercayaan di Singapura dengan permulaan £38 juta (RM202 juta) aset di bawah pengurusan (AUM) yang memberi tumpuan kepada penginapan pelajar yang dibina di UK. Ini termasuk tiga blok penginapan pelajar yang lengkap di Bristol dan Sheffield. Sektor pendidikan Britain kekal sebagai salah satu sektor antarabangsa yang paling menguntungkan dengan kerajaan mensasarkan untuk mencapai pendapatan sebanyak £35 billion menjelang tahun 2030.

Pemaju juga mengintai peluang dalam penginapan dan perkembangan pelajar di Australia. Pendidikan adalah sektor eksport ketiga terbesar dengan pendapatan AUD $ 32 bilion setahun. Pasaran hartanah Australia kini semakin meningkat, dengan Sydney dan Melbourne adalah antara bandar yang membawa keuntungan secara nasional.


KEMPEN YOURS 2020
Pada majlis sama, Sunway Property turut melancarkan kempen YOURS, 2020 dimana kempen ini meletakkan para pembeli sebagai keutamaan dan sentiasa menjadi fokus syarikat dalam memberi perkhidmatan terbaik. Kempen Yours, 2020 ini membolehkan para pembeli membeli rumah idaman pada harga yang berpatutan di lokasi yang strategik serta sokongan kewangan lebih baik. Sunway Property menjanjikan pembelian rumah di wilayah Sunway jauh lebih mudah serta pengalaman lebih baik sepanjang proses pembelian. 

Sudah pasti saya teruja dengan pelancaran kempen Yours, 2020 kerana menjadi impian jika dapat memiliki rumah di bawah kendalian Sunway Property. Keterujaan saya berganda ketika berpeluang melihat sendiri beberapa rumah contoh projek Sunway GEOLake Residences. Terletak di tengah-tengah bandar Sunway di Subang Jaya, projek Sunway GEOLake Residences ini bukan sahaja selesa untuk didiami, malah ia dikelilingi pelbagai kemudahan bersepadu seperti pusat membeli belah, pusat perubatan, pusat pendidikan dan jaringan pengangkutan terbaik. 


KONDOMINIUM










TOWNHOUSE


























Tahun 2020 pastinya tahun yang cukup positif bagi anda membeli rumah idaman. Jika anda jatuh cinta dengan projek Sunway Property, barangkali ini adalah masa sesuai untuk anda! Hubungi 017-9640688 atau layari www.sunwaygeolake.com untuk mendapatkan informasi lanjut. 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #YOURS2020 #SUNWAYPROPERTY #SUNWAYGEO #SUNWAYCITY #SUNWAYFORGOOD

0 Comments