SAJIAN TAHUN BARU CINA 2020 DI THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR







Perayaan Tahun Baru Cina bakal menjelang tidak lama lagi. Perayaan yang bakal disambut pada 25 Januari dianggap cukup istimewa sempena Tahun Tikus sebagai pembuka tirai dan pembaharuan dalam kehidupan. Pastinya disana sini kemeriahan sambutan sudah terasa dengan dekorasi menarik mengalu-alukan kedatangan tahun baru bagi kaum Cina. Malah industri hotel juga tidak ketinggalan dengan menawarkan hidangan lazat sempena Tahun Baru Cina 2020 ini. Antara yang menarik perhatian adalah The Saujana Hotel Kuala Lumpur.






Menerusi restoran Cina Ti Chen, The Saujana Hotel Kuala Lumpur menawarkan pakej menu istimewa hasil sentuhan Chef Lim Chee Woi untuk ahli keluarga dan sahabat handai berkumpul meraikan hari gembira ini. Pakej yang ditawarkan pada tahun ini terdiri daripada set hidangan bertemakan Silver & Gold, Rich & Affluent dan Fortune & Longevity. Penawaran pakej adalah bergantung kepada bilangan orang bermula daripada lima hingga sepuluh orang. Antara hidangan yang terdapat disini adalah Roasted Sesame with Cracker and Green Chilli Sauce Chicken, Salmon and Snow Pear Yee Sang with Crispy Shredded Treasure and Blackcurrant-Plum dressing, Mini Steam Glutinous Rice wrapped in Lotus Leaf with Dried Oyster, Wok Fried Sea Prawn with Butter and Egg Yolk in traditional style Chilled Lemon Grass Jelly with Yuzu Sorbet dan banyak lagi.

SOFT SHELL CRAB AND SALMON YEE SANG WITH CRISPY SHREDDED TREASURES AND BLACKCURRANT-PLUM DRESSING

DOUBLE BOILED CHICKEN AND VEGETABLE SOUP WITH BAMBOO PITH, FISH MAW AND SUN DRIED SCALLOPS

STEAMED FISH COD FILLETS WITH CHINESE HERB IN CONGEE SAUCE

STEWED AFFLUENT CHICKEN WITH DRIED SEAFOOD AND CHINESE HERB

BRAISED ABALONE 5 HEAD, DRIED SEAFOOD CAKE AND FATT CHOY WITH GREEN VEGETABLE

OVEN BAKED FRESH WATER PRAWNS WITH CHEF’S SIGNATURE SAUCE





Setiap pakej hidangan didatangkan dengan sebotol Jacob's Creek Shiraz atau Free Flow minuman ringan selama tiga jam. Bagi set Rich & Affluent dan Fortune & Longevity disertakan dengan sebotol Glenlivet Captain’s Reserve atau sebotol Berry Bros. and Rudd Classic Sherry Cask.



SILVER AND GOLD SET

Set Menu RM898 untuk 5 orang
  • One Bottle of House Wine or Free Flow 3 Hours of Soft Drink 

Set Menu RM1788 untuk 10 orang
  • Two Bottles of House Wine or Free Flow 3 Hours of Soft Drink 



RICH AND AFFLUENT SET

Set Menu RM1088 untuk 5 orang

  • One Bottle of House Wine or Free Flow 3 hours of Soft Drink

Set Menu RM2088 untuk 10 orang

  • Two Bottles of House Wine or Free Flow 3 Hours of Soft Drink

Set Menu RM2388 untuk 10 orang

  • One Bottle of Glenlivet Captain’s Reserve or One Bottle of Berry Bros. & Rudd Classic Sherry Cask



FORTUNE & LONGEVITY SET 

Set Menu RM1488 untuk 5 orang

  • One Bottle of House Wine or Free Flow 3 Hours of Soft Drink

Set Menu RM2888 untuk 10 orang

  • Three Bottles of House Wine or Free Flow 3 Hours of Soft Drink

Set Menu RM3088 untuk 10 orang

  • One Bottle of Glenlivet Captain’s Reserve or One Bottle of Berry Bros. & Rudd Classic Sherry Cask


Sajian lazat sempena Tahun Baru Cina di restoran Ti Chen The Saujana Hotel Kuala Lumpur ini bermula daripada 8 Januari 2020 sehingga 8 Februari 2020 untuk sajian makan tengahari (12 tengahari - 3 petang) dan makan malam (6 petang - 10 malam). Restoran Ti Chen dibuka setiap hari kecuali pada 25 Januari 2020.

Lanjutan kepada sambutan perayaan Tahun Baru Cina, Saujana Hotel akan menganjurkan persembahan tarian singa di perkarangan lobi pada 30 Januari jam 10.30 pagi. Persembahan ini akan menampilkan aksi akrobatik bersama alunan gendang yang pastinya memukau.

Jangan lepaskan peluang merasai keenakan rasa sajian lazat di restoran Ti Chen The Saujana Hotel Kuala Lumpur sempena Tahun Baru Cina 2020. Hubungi 03-7843 1234 samb. 6122 atau emel kan sahaja di dine@thesaujana.com untuk tempahan. Layari www.saujanahotels.com untuk sebarang informasi lanjut berkenaan promosi atau tempahan secara atas talian.




#REEFISM #REEFISMTERRITORY #THESAUJANAHOTEL #CNY2020

0 Comments