SAJIAN INSPIRASI TRADISI DAN MODEN SEMPENA TAHUN BARU CINA 2020 BERSAMA DORSETT GRAND SUBANG






Semua sedia maklum tahun ini merupakan tahun tikus dalam kalendar Cina. Bagi mereka yang lahir pada 1948, 1960, 1972, 1984, 1996 dan 2008), tahun ini adalah tahun anda! Pada zaman silam, tikus disanjung sebagai pelindung dan pembawa kekayaan. Jadi tahun ini diramalkan anda akan menikmati kejayaan dan kemewahan tetapi jangan mudah selesa ya!

Perayaan tahun baru Cina bakal dirai tidak lama lagi. Jadi pastinya masyarakat Tiong Hua sudah melakukan persiapan sempena kedatangan hari istimewa ini. Ini masanya untuk seisi keluarga dan sahabat handai berkumpul sambil menikmati sajian lazat istimewa sempena Tahun Baru Cina. Jika anda mencari lokasi menarik sebagai tempat menjamu selera di Tahun Baru Cina 2020, apa kata anda singgah di Dorsett Grand Subang kerana tahun ini variasi sajian lazat bakal menanti anda.










Menerusi restoran mesra muslim The Emperor, anda akan disajikan dengan menu memukau rasa hasil sentuhan ekslusif Chef Bryan Teh yang pernah memenangi anugerah. Kali ini, hasil sentuhan magis beliau menghasilkan sajian inspirasi lama dan baru dalam setiap menu. Sebagai info, restoran The Emperor telah mendapat pelbagai penghargaan sebagai restoran terbaik.






Mulailah dengan Toss of Prosperity, pilihan yee sang segar dengan pilihan sos yee sang tradisional atau jika anda mahukan kelainan, boleh nikmati bersama sos yee sang Wasabi. Terdapat beberapa pilihan Yee Sang untuk anda nikmati seperti Japanese style Prosperity Yee Sang with Crispy Fish Skin and Salmon Fish (RM98.00++ per half portion), Jellyfish and Fresh Fruits Prosperity Yee Sang (RM68.00++ per half portion); Salmon Fish and Korean Pear Prosperity Yee Sang (RM68.00++ per half portion); Baby Abalone and Korean Pear Prosperity Yee Sang (RM138.00++ per half portion) dan juga Soft-Shell Crab & Korean Pear Prosperity Yee Sang (RM88.00++ per half portion).


Tahun Baru Cina juga merupakan masa untuk bersama keluarga. Maka bagi memberi momen indah menjamu selera bersama tersayang, Chef Bryan Teh telah menyediakan 3 set menu berbeza mengkut bajet anda. The 8-course Prosperity Menu berharga RM1188 net untuk sebuah meja berkapasiti 10 orang, 9-course Wealthy Set Menu pula berharga RM1388 net bagi meja untuk 10 orang manakala Happiness Set Menu pula berharga RM1688 net untuk saiz meja bagi 10 orang.


Selain itu, pihak The Emperor Dorsett Grand Subang turut menawarkan hidangan ala-carte buat pengunjung. Antara yang patut anda cuba adalah Braised Dried Assorted Seafood and Sea Moss Served in Claypot (RM188++ per dish); Wok-fried River Prawns with Superior Soya Sauce (RM48.00++ per each prawn); Stir-Fried Fresh Scallop with Assorted Vegetable and Macadamia Nuts (RM98.00++ per dish) ; Stewed Dried Oyster with Black Mushroom, Black Moss and Stuffed Bean Curd (RM68.00++ per dish); Oil Poached Mandarin Fish with Superior Soya Sauce (RM230.00++ per kg); and Roasted Crispy Duck Stuffed with Glutinous Rice (RM188.00++ per dish). 














Promosi Khas Tahun Baru Cina boleh dinikmati untuk makan tengah hari (12 malam - 2.30 petang) dan makan malam (6 petang - 10 malam) dan ia bermula 15 Disember 2019 hingga 8 Februari 2020. Bukan itu sahaja! Restoran The Emperor turut menawarkan menu dim sum untuk makan tengahari iaitu Lunar New Year Dim Sum Lunch bermula 25 Januari 2020 sehingga 8 Februari 2020 dari jam 12 tengahari sehingga 2.30 petang. 






Berita baik! Jika anda membuat tempahan meja sempena promosi Tahun Baru Cina, anda akan menerima beg berupa produk Lee Kum Kee (satu beg untuk satu tempahan meja dan bergantung kepada stok) dan pada siapa yang menempah Wealth Set Menu, anda berpeluang membawa pulang hadiah istimewa sumbangan Lee Kum Kee. Ianya hanya terhad 2 set sehari sahaja!


Jadi apa ditunggu lagi! Segera membuat tempahan dengan menghubungi talian 603-5031 6060 samb. 1954 atau emel ke bookfnb.subang@dorsetthotels.com . Jangan lupa untuk menyaksikan persembahan tarian singa pada 4 Februari 2020 jam 12 tengahari di ruang lobi hotel bagi menghangatkan lagi sambutan perayaan pada tahun ini.



#DORSETTDISCOVERIES #DORSETTGRANDSUBANG #STAYVIBRANT #DORSETTHOTELS #DORSETTHOSPITALITY #PRICELESSDELIGHTS #VM2020 #CNY2020 #CHINESENEWYEAR

0 Comments