realme BUDS AIR HABIS DIJUAL DALAM MASA KURANG 30 MINIT!






Jenama teknologi khusus dalam pembuatan peranti pintar, realme dilihat semakin agresif dalam menakluki pasaran dunia. Sejak ia ditubuhkan pada 2018, jenama ini dilihat semakin memikat perhatian pengguna gajet dengan penawaran spesifikasi peranti berkualiti pada harga mampu milik. Dengan berlandaskan kepada slogan Dare To Leap, realme nampaknya sudah menunjukkan taringnya dan memberi saingat sengit kepada jenama pesaing dalam industri sama.

Terbaru, ia baru sahaja melancarkan aksesori audio tanpa wayar realme Buds Air untuk pasaran Malaysia pada 14 Januari 2020 serentak bersama model peranti pintar realme 5i. Pada acara tersebut, pihak realme telah menjadualkan jualan pertama realme Buds Air secara atas talian menerusi portal Shopee pada 21 Januari 2020 tepat jam 12 tengah malam dengan menawarkan harga diskaun daripada RM299 menjadi RM199 untuk jualan satu hari.






Apa yang mengejutkan adalah ianya telah terjual sebanyak 300 unit dalam masa 1 minit sahaja! Malah sebanyak 1000 unit (warna putih) untuk batch pertama yang dikeluarkan untuk jualan khas ini habis dibeli dalam masa 28 minit. Ini adalah satu pencapaian yang cukup besar bagi realme Malaysia jika dibandingkan dengan jualan aksesori lain keluaran mereka. Satu lagi rekod berjaya dicatat menerusi jualan di Shopee dimana realme Buds Air diiktiraf sebagai jualan terbaik untuk segmen True Wireless Stereo (TWS) dan juga mencatat jualan tertinggi segmen ini dalam masa satu hari di platform membeli-belah ini.

Jelas Pengurus Jenama realme Malaysia Tiffany Teh, pihaknya sudah menjangkakan realme Buds Air akan menjadi hit sejak dia dilancarkan dengan harga promosi RM199 sempena Tahun Baru Cina namun beliau tidak menduga kesemua stok yang disediakan untuk jualan khas ini berjaya dijual habis dalam masa kurang 1 jam. Ini adalah diluar jangkaan! 

SPESIFIKASI realme Buds Air: https://www.thisisreef.com/2020/01/realme-malaysia-lancar-dua-peranti.html

Pastinya, ini satu petanda positif bahawa produk realme Buds Air berjaya mendapat perhatian pengguna diluar sana dan mereka mempercayai kualiti jenama ini. Siapa yang tidak mahu memiliki produk berkualiti tinggi pada harga yang mampu milik bukan? Tahniah realme Malaysia diatas kejayaan ini. Layari laman sesawang dan media sosial rasmi realme Malaysia bagi mendapatkan maklumat lanjut!


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #REALMEMALAYSIA #MYREALMEBUDSAIR

0 Comments