RAWATAN BUANG BULU DI HAIRY MARY PUBLIKA, YOUR HAIR REMOVAL EXPERT !







Kalau sebut soal rawatan wajah ia dianggap normal. Namun bila sebut tentang rawatan buang bulu di badan, barangkali ada sebilangan dari anda yang akan kerut dahi. Kenapa nak buang bulu? Sebenarnya ada dikalangan kita merasakan membuang bulu di bahagian tertentu dibadan adalah untuk faktor kebersihan. Ada segelintir terutamanya wanita merasakan bulu di bahagian tertentu badan terutamanya di bahagian ketiak dan kemaluan memberi ketidakselesaan kepada mereka. Namun rutin mencukur, mencabut atau waxing bulu hanyalah bersifat sementara kerana bulu yang sudah dicukur akan pasti tumbuh semula.

Jika anda mencari solusi membuang bulu secara kekal, barangkali anda boleh melihat apa yang pakar pembuangan bulu, Hairy Mary tawarkan. Hairy Mary merupakan pusat pakar pembuangan bulu dimana ia baru sahaja membuka cawangan ke-3 di Publika, Solaris Dutamas. Sebagai info, Hairy Mary Publika ini diusahakan oleh selebriti terkenal Ardell Aryana bersama bapa saudara beliau, Dr. Por yang mempunyai kepakaran dalam bidang estetik dan pembuangan bulu.




DR. POR BERSAMA ARDELL ARYANA

DARI KIRI: DR. POR, NADZMI ADHWA DAN ARDELL ARYANA





Apa yang menariknya tentang Hairy Mary adalah mereka merupakan pusat pembuangan bulu pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi laser THOR Light dari Korea Selatan. Teknologi ini menawarkan pengalaman yang lebih selesa, menyenangkan, tidak sakit dan lebih efektif berbanding kaedah lain di pasaran. Perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan juga cukup mesra dan mereka akan pastikan para pelanggan benar-benar selesa dengan persekitaraan. Selain itu, Hairy Mary membariskan tenaga kerja bertauliah dan sememangnya pakar dalam bidang ini. Jadi anda tidak perlu risau sama sekali kerana sebelum sebarang rawatan dibuat, anda akan menerima konsultansi dari mereka samada ianya sesuai atau sebaliknya.








Jangan terkejut jika saya katakan bahawa pelanggan Hairy Mary bukan sahaja dari kalangan wanita, tetapi pelanggan lelaki juga ada yang menjalani rawatan terutama mereka yang ingin memperkemaskan bulu jambang. Cuma rawatan untuk kaum lelaki adalah terhad berbanding wanita yang boleh menjalani rawatan di seluruh badan termasuk dibahagian sulit. Ini kerana para tenaga kerja di Hairy Mary adalah terdiri daripada kaum wanita.

Harga yang ditawarkan untuk setiap rawatan tidak membeban malah boleh saya katakan mampu milik. Selain itu, harga yang ditawarkan adalah telus dan tiada caj tersembunyi. Layari laman media sosial Hairy Mary atau laman sesawang rasmi di https://www.hairymary.com.my untuk mendapatkan informasi lanjut.



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #HAIRYMARY

1 Comments

  1. Wow! buang bulu pun dah ada pusat rawatan ya.

    ReplyDelete