Bagi menghangatkan lagi sambutan Visit Malaysia 2020, pihak Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) telah melancarkan pelekat kenderaan khas Visit Malaysia 2020 yang akan digunakan di semua bas dan van pelancongan serta pejabat agensi pelancongan seluruh negara.
Sebagai info, MATTA pernah mengadakan MATTA Travel Exchange (MTEX) bersama dengan Federation of ASEAN Travel Associations (FATA) dimana ia telah dihadiri lebih daripada 100 pengendali agensi pelancongan. Selain itu, acara MATTA Fair telah berjaya menarik lebih daripada 200 ribu pengunjung setiap tahun dengan hasil pendapatan lebih RM400 juta.
Sehingga ke hari ini, terdapat 3628 syarikat pelancongan telah menjadi ahli MATTA dan 96% telah memiliki lesen operasi Inbound Tour dimana mereka dibenarkan untuk menjual dan menerima tempahan awal sebelum pelancong luar tiba dalam Malaysia selain menganjur dan menyediakan perkhidmatan pelancongan domestik ke seluruh negara.
Semoga inisiatif pihak MATTA dan juga kerjasama bersama Tourism Malaysia serta agensi berkaitan dapat menjadikan kempen Visit Malaysia 2020 satu kejayaan besar buat industri pelancongan Malaysia seperti yang diharapkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad.
Layari laman sesawang rasmi Visit Malaysia 202o di http://vm2020.malaysia.travel/ bagi mendapatkan senarai acara dan aktiviti pelancongan Malaysia untuk tahun 2020.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #TOURISMMALAYSIA #VM2020 #VISITMALAYSIA2020 #MYTRAVELMEDIABUDDY
0 Comments