MELAWAT TEMPAT MENARIK DI SINGAPURA DALAM MASA 12 JAM!







Percutian satu hari sahaja di Singapura? Tidak masalah sama sekali. Lokasi Singapura yang berjiran dengan Johor Bahru menjadikan negara jiran ini destinasi luar negara paling digemari ramai rakyat Malaysia. Walaupun keluasan Singapura tidak lah sebesar mana, namun ia mempunyai seribu satu daya tarikan yang mampu menarik pelancong dari serata dunia.

Namun, bagi sebilangan warga Malaysia, melancong ke Singapura memerlukan bajet yang tinggi kerana faktor tukaran mata wang. Yelah, bayangkan SGD 1 bersamaan RM3! Sudah pasti ada yang akan berfikir berkali-kali untuk berkunjung ke negara republik yang satu ini. Usah khuatir! Anda masih boleh melancong dan melawat banyak tempat menarik dalam Singapura dalam masa sehari, secara tepatnya 12 jam tanpa mengeluarkan bajet dan kos yang besar.

Kunjungan saya ke Singapura baru-baru ini sekadar untuk lari seketika dari menghirup udara Kuala Lumpur. Mahu kembara di negara lain memerlukan banyak masa dan kos. Pada masa sama, saya malas untuk mengatur sendiri jadual kerana mahukan trip kali ini bertemakan santai dan tidak mahu serabut kepala. Maka, saya menggunakan khidmat Nourah Travel, sebuah agensi pelancongan yang cukup terkenal dengan pakej Day Trip to Singapore ini.

Kenapa saya memilih Noural Travel? Pertama sudah pasti harga pakej yang ditawarkan iaitu RM135/seorang cukup mampu milik. Harga tersebut termasuk pengangkutan pergi & balik dari Kuala Lumpur serta sepanjang trip dalam Singapura menggunakan bas persiaran berhawa dingin dan sarapan pagi. Saya tidak perlu susah payah turun naik MRT dan bas tambang untuk pusing keliling kota.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM @NAZIRULMUBINZAKARIA

KREDIT FOTO: INSTAGRAM @NAZIRULMUBINZAKARIA





Trip ini bermula di KL Sentral pada sekitar jam 10 malam hari Jumaat dimana semua ahli rombongan akan berkumpul untuk menaiki bas persiaran. Bas persiaran yang digunakan sepanjang trip ini cukup selesa dan bersih. Sepanjang perjalanan, saya punya masa untuk tidur dan istirehat yang cukup kerana tenaga akan diperlukan sepanjang satu hari keesokkan hari. Pagi Sabtu sekitar jam 4 pagi, kami akan berhenti sebentar di kawasan rehat dan rawat (R&R) Gelang Patah untuk mandi dan juga sarapan pagi. Bas kami mula bergerak masuk ke Singapura melalui Tuas Checkpoint sekitar jam 6.45 pagi. Tip untuk masuk ke dalam Singapura pada hujung minggu dan cuti sekolah adalah bergerak awal pagi bagi mengelakkan kesesakan luar biasa di bahagian imigresen Singapura. Saya kongsikan lokasi menarik yang sempat saya dan ahli rombongan teroka sepanjang sehari di Singapura.



PULAU SENTOSA 

KREDIT FOTO: INSTAGRAM @NAZIRULMUBINZAKARIA

KREDIT FOTO: INSTAGRAM @NAZIRULMUBINZAKARIA

KREDIT FOTO: INSTAGRAM @NAZIRULMUBINZAKARIA

KREDIT FOTO: INSTAGRAM @NAZIRULMUBINZAKARIA

KREDIT FOTO: INSTAGRAM @NAZIRULMUBINZAKARIA

KREDIT FOTO: INSTAGRAM @NAZIRULMUBINZAKARIA





Biasanya bas akan terus ke Pulau Sentosa namun trip kali ini kami semua mahukan kelainan, jadi kami turun dari bas di VivoCity dan berjalan kaki ke Pulau Sentosa menyusuri laluan pejalan kaki Sentosa Gateway. Ternyata, keputusan kami pilih untuk berjalan kaki tepat kerana sepanjang menyusuri Sentosa Gateway, kami menikmati panorama menarik. Tidak sah kunjungan ke Pulau Sentosa yang cukup kenal dengan pusat keriangan. Disini terletaknya Universal Studios Singapore. Jangan lupa abadikan kenangan dengan bergambar bersama glob bergerak yang cukup ikonik! Jika punya waktu lebih, panjangkan kaki ke Palawan Beach!


ARAB STREET, KAMPONG GLAM DAN MASJID SULTAN

KREDIT FOTO: INSTAGRAM @NAZIRULMUBINZAKARIA

KREDIT FOTO: INSTAGRAM @NAZIRULMUBINZAKARIA


KREDIT FOTO: INSTAGRAM @NAZIRULMUBINZAKARIA

KREDIT FOTO: INSTAGRAM @NAZIRULMUBINZAKARIA






Selesai pusing keliling Pulau Sentosa, kami dibawa terus ke Arab Street, kawasan yang menjadi pusat komuniti Islam di Singapura. Kalau ke Arab Street, wajib makan di restoran Zam Zam, singgah solat di Masjid Sultan yang merupakan bangunan ikonik dan menjadi monument negara Singapura. Di kawasan ini terletaknya Kampong Glam yang mempunyai banyak pilihan makanan halal dan bangunan komersial. Terdapat sebuah kedai kek bernama Julie Bakes yang menawarkan variasi kek citarasa tempatan seperti perasa onde-onde, gula melaka yang cukup lazat!


BUGIS STREET 

KREDIT FOTO: INSTAGRAM @NAZIRULMUBINZAKARIA

KREDIT FOTO: INSTAGRAM @NAZIRULMUBINZAKARIA

Kemudian, kami dibawa terus ke Bugis Street yang hanya terletak berhampiran dengan Arab Street. Kalau ke Bugis Street, wajib membeli cenderamata kerana disini terdapat banyak pilihan kedai menjual cenderamata menarik. Menariknya lagi, disini juga terdapat sebuah kedai yang menjual barangan berharga SGD1!


MERLION PARK, ESPLANADE 

KREDIT FOTO: INSTAGRAM @NAZIRULMUBINZAKARIA

KREDIT FOTO: INSTAGRAM @NAZIRULMUBINZAKARIA

KREDIT FOTO: INSTAGRAM @NAZIRULMUBINZAKARIA





Kalau ke Singapura, tidak lengkap jika tidak bergambar dengan patung ikonik Merlion bukan! Ia juga bukti anda sudah jejak kaki ke pulau Singapura. Sebagai info, tugu berketinggian 8.6 meter ini telah dibina oleh seorang tukang seni bernama Lim Nang Seng dan dirasmikan pada 15 September 1972 oleh mantan Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew. Tahukan anda, pada 2002, patung Merlion telah diubah sejauh 120 meter dari lokasi asal kerana pembinaan lengkap Esplanade Bridge pada 1997 telah menyebabkan patung ini tidak dapat dilihat dengan jelas daripada kawasan waterfront. Di kawasan ini juga terletakknya bangunan persis durian iaitu Esplanade, pusat persembahan seni terkemuka.


GARDENS BY THE BAY 

KREDIT FOTO: INSTAGRAM @NAZIRULMUBINZAKARIA





Gardens By The Bay merupakan sebuah taman moden yang paling luas dan indah di negara itu. Berkeluasan 101 hektar dan memiliki lebih dari satu juta koleksi tanaman, tidak hairanlah mengapa lokasi yang terletak berhampiran Marina Reservoir dan di selatan Marina Bay Sands ini menjadi ikon pelancongan Singapura. Antara tarikan disini adalah Cloud Forest, sebuah taman dalam kubah kaca yang mempunyai air terjun buatan manusia yang tertinggi. Ia dinobatkan sebagai “The Tallest Indoor Waterfall’ dengan ketinggian 35 meter. Selain sejuk dan dipenuhi tumbuhan hijau, di sini juga sayup kelihatan orang ramai berjalan melalui Cloud Walk. Selain itu, Gardens By The Bay juga menempatkan Flower Dome yang memiliki banyak pokok unik dari serata dunia. Paling saya teruja adalah Supertree Grove, bangunan berbentuk pokok buatan menakjubkan dengan ketinggian sehingga 50 meter. Setiap malam akan diadakan pertunjukan muzik dan lampu yang cukup memukau.


MARINA BAY SANDS (LIGHT & WATER SHOW) 

KREDIT FOTO: INSTAGRAM @NAZIRULMUBINZAKARIA

KREDIT FOTO: INSTAGRAM @NAZIRULMUBINZAKARIA

KREDIT FOTO: INSTAGRAM @NAZIRULMUBINZAKARIA


Lokasi terakhir kami adalah Marina Bay Sands, sebuah bangunan yang menempatkan pusat membeli belah dan hotel. Disini lah juga terdapat kolam renang infiniti terbesar di dunia berbentuk kapal persiaran. Ia berkeluasan 150 meter panjang dan 1.2 meter dapam dan terletak di aras 57 hotel Marina Bay Sands. Setiap malam, di hadapan Marina Bay Sands ini akan diadakan pertunjukan lampu dan air pancutan yang cukup memukau mata!



Usai sahaja persembahan Light & Water Show, kami terus bergerak pulang ke Malaysia. Kami singgah sebentar di R&R Machap untuk mengalas perut dan membersihkan diri sebelum bergerak pulang.

Secara peribadi, walaupun tidak dinafikan trip sebegini sedikit penat namun berbaloi kerana saya bukan sahaja dapat bercuti di luar negara tapi saya dapat kawan baru. Ahli rombongan sememangnya cukup fun! Dengan harga cuma RM135 seorang (harga untuk kanak-kanak juga sama), saya tidak perlu pening kepala untuk rangka itinerary, pengangkutan ketika berada di Singapura. Saya harga bawa duit belanja dan bayaran duit kepada pemandu pelancong sebanyak SGD 15.

Jika anda yang mahu bercuti untuk masa singkat seperti saya, anda boleh lah menghubungi Nourah Travel. Berita baik! Jika anda guna kod promo REEF10, akan boleh nikmati diskaun sebanyak RM10 bagi setiap tempat duduk yang anda tempah! Layari laman media sosial rasmi Nourah Travel untuk mengetahui promosi dan informasi lanjut tentang perkhidmatan dan destinasi yang ditawarkan. 

KREDIT FOTO: INSTAGRAM @NAZIRULMUBINZAKARIA

LAMAN INSTAGRAM RASMI

LAMAN FACEBOOK RASMI



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #NOURAHTRAVEL #NOURAHTRAVELXSINGAPURA

2 Comments

  1. Murahnya pakej ke Singapore ni. Menarik! Nanti nak tengok IG Noural Travel untuk check out pakej dia offer! Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  2. Travel to Singapore in just one day? WOW! Menarik ni. Nanti nak amik pakej dengan Nourah Travel lah.

    ReplyDelete