Jika tiada idea mahu menjamu selera dimana, barangkali anda boleh mencuba hidangan istimewa Fortune Burger di Marrybrown. Menu edisi khas sempena Tahun Baru Cina ini didatangkan dengan dua pilihan iaitu burger ayam bersama keju dan juga burger ayam bersama sos lada hitam (BLACK PEPPER). Menariknya tentang kedua-dua menu Fortune Burger ini adalah isi daging ayam yang tebal, juicy dan rasa sedikit pedas membangkit selera dan rasa. Ia diapit oleh bun bijan yang cukup lembut dab gebu. Bagi Fortune Burger Cheese, ia juga dimeriahkan dengan salad segar bagi melengkapi rasa enak burger ini. Manakala bagi Fortune Burger Black Pepper pula, rasa sos lada hitam nya cukup mengancam ditambah pula dengan hirisan cendawan dan bawang segar, memang enak tidak terkata!
FORTUNE BURGER CHEESE |
FORTUNE BURGER BLACK PEPPER |
Setiap set hidangan Fortune Burger Marrybrown ini, ia didatangkan bersama kentang goreng istimewa iaitu Golden Fortune Fries dan juga minuman Minute Maid®️ Refresh Orange. Sudah pasti set Fortune Burger cukup berbaloi untuk dinikmati dengan hidangan yang cukup lengkap! Harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan iaitu dari RM14.60 sahaja.
Jadi apa ditunggu lagi! Bawa seisi keluarga dan sahabat handai waktu cuti perayaan nanti untuk mencuba sendiri menu khas Fortune Burger Marrybrown. Tawaran ini berlangsung untuk masa terhad! Layari laman sesawang dan media sosial rasmi Marrybrown Malaysia untuk mendapatkan informasi lanjut.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #MBFORTUNEBURGER #KONGSIFORTUNE #SOMETHINGDIFFERENT #MARRYBROWN
LAMAN SESAWANG RASMI
LAMAN FACEBOOK RASMI
LAMAN INSTAGRAM RASMI
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #MBFORTUNEBURGER #KONGSIFORTUNE #SOMETHINGDIFFERENT #MARRYBROWN
2 Comments
Sedapnya burger Marrybrown ni.. Nak cubalah nanti! Thanks for sharing.
ReplyDeleteSekarang ni menu Marrybrown dah banyak yang sedap-sedap!
ReplyDelete